Sekolah Menengah Agama (Arab) Sultan Zainal Abidin


Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin atau nama ringkasnya SMA (A) Sultan Zainal Abidin, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , Malaysia.

Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin
Lokasi
Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Agama, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096221086
Kod sekolahTFT3002[1]
Faks6096317086

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin memiliki 299 pelajar lelaki dan 489 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 788 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2009

Sejarah sunting

Tarikh Penubuhan

  • 1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
  • 1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
  • 1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
  • 1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
  • 1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)

Pengasas/Tokoh Penubuhan


Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.


Tapak / Lokasi Sekolah

Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja Kampung  Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu


Bangunan Sekolah Peringkat Awal

Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu dengan nama “Madrasah Arabiah”

Pada tahun 1932  sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.

Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.  Nama sekolah adalah  Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin


Pada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun) DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai Istana Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim  Fikri bin Muhammad (Tan Sri Ibrahim Fikri))


Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.


Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru


Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-

·         Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun

·         Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun


Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi  selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)


Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.


Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.

Pada tahun 1962, dua blok bangunan batu dua tingkat telah didirikan, mengandungi 16 buah bilik darjah.


Pada tahun 1965 sebuah dewan yang boleh memuatkan 500 orang pelajar/guru telah didirikan untuk kegunaan perhimpunan, majlis syarahan dan sebagainya.

Pada tahun 1966 sebuah bangunan batu 3 tingkat telah didirikan sebagai bangunan tambahan.  Bangunan ini Telah dilengkapi dengan makmal sains dan sains rumah tangga serta bilik darjah.

Sebuah bangunan asrama untuk pelajar puteri telah didirikan dan bangunan ini boleh menampung kira-kira 150 orang  pelajar.


Bilangan murid dan tenaga pengajar di awal persekolahan


Tahun Bilangan Guru Bilangan Pelajar
1958 3 34
1959 6 86
1960 6 79
1961 6 159
1962 7 212
1963 10 250
1964 9 276
1965 15 438
1966 17 531
1967 19 602
1968 27 650
1969 30 773
1970 34 734
1971 34 752
1972 37 740
1973 38 820
1974 39 951
1975 40 1024
2012

Pencapaian sunting

Kejayaan yg di capai oleh SMAASZA thn 2018 di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

🇲🇾KEBANGSAAN

1. Majlis Ihtifal Sanawi Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (MISSMAM) Tarikh: 27-29 Julai 2018


🥈NAIB JOHAN •Syarahan Bahasa Arab Perempuan PENCAPAIAN - Naib Johan : Robidatulhutdawiyah bt. Marudin

🥈NAIB JOHAN • Khat Arabi PENCAPAIAN - Naib Johan : Izzah Afifah bt. Anuar

🥉KETIGA • Kuiz Bahasa Arab PENCAPAIAN - Tempat Ke-3 : - Faris Hakimi bin Shamsul Bahri - Syarifah Nabilah by. Syed Abdul Rahman - Nur Aina Alia bt. Abdul Ghazak - Irdina bt. Hamdi

2. 🥇JOHAN Pertandingan Seni Khat. Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah (KDSS)Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh : 13-15 okt 2018 Peserta..Izzah Afifah bt Anuar Tempat: SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Bandar Damansara, Kuantan, Pahang.

3. Anugerah Kualiti IPA KPM tahun 2017 (AKIPA) Tempat: The Everly Putrajaya Tarikh: 9 hingga 11Julai 2018. kejayaan-kejayaan yang diraih oleh SMAASZA antaranya;

 i. Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik STPM 2017:

🥇BA: Tempat 1 NGMP: 3.56 🥇Pengajian Am: Tempat 1 NGMP: 3.44 🥉Sejarah: Tempat ke3 NGMP: 3.53 🥇Anugerah Pencapaian Terbaik STPM 2017 : tempat 1 GPS 3.45

 iii. Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik STAM 2017:

🥈Fiqh: Tempat 2 GPMP: 1.50 🥉Tafsir dan Ulumuhu: Tempat 3 GPMP: 1.95 🥉Balaghah: Tempat ke3 GPMP: 1.45

 Iv: Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik SPM 2017 SABK:

🥇Ekonomi Asas: Tempat 1 GPMP: 1.89 🥇Matematik Tambahan: tempat 1 GPMP: 2.39 🥉Anugerah Sahsiah Unggul Murid SABK 2017:Tempat ke3

4. Water roket competition peringkat kebangsaan.

Tarikh : 3 Mac 2018 Tempat : Puma Hall, USM Engineering campus Pencapaian : Keempat

5. Karnival Kebitaraan Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan 2018 Tarikh: 11-13 Okt. 2018 Tempat: SMKA Wataniah, Besut

PENCAPAIAN:

🥇JOHAN Pidato Bahasa Arab:

  • Johan*

Robidatulhitdawiyah bt. Marudin

🥉KETIGA Hiwar Bahasa Arab:

  • Tempat ke-3*

Nor Aqilah bt Burha Fatin Zulaikha bt Abd Ghani Arifah Nurbazilah bt Bat Latif


🌏ANTARABANGSA

1. 🥇JOHAN IIUM International Arabic Debate Open 2018 (school category)

🥇Overall best debater: Imran bin Sulaiman 🥇final best debater : Sharifah Nur Syakirah bt Syed Ubaidillah 🥉top 3 best debater : Abdullah Hakim bin Mohd Nasir - top 5 best debater : Sharifah Nur Syakirah bt Syed Ubaidillah

Tempat : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tarikh : 27-30 Julai 2018

2. 🥈SILVER MEDAL I - Envex 2018 (International Invention & Innovation Exhibition) pada 12-15 April 2018 di UNIMAP Perlis

3. 🥇ITEX 2018 (International Invention, Innovation and Technology Exhibition) - pada 9-12 Mei di KLCC, Kuala Lumpur- pencapaian Gold Medal WYIE) World Young Inventors Exhibition)

4. 🥇Gold Medal 10 pemenang gold utk 50 Kategori Environmental Sciences) anjuran KPM. IYSIE 2018 (International Young Scientist Innovation Exhibition) pada 9-12 July 2018 di rhr Hotel Uniten Bangi, program khas utk sekolah2 Kluster Kecemerlangan, SBP dan MRSM.

5. ADRYNA AMNI BT RICKIENO.. Program Pertukaran Pelajar & Jaringan Pendidikan Antarabangsa Ke Jepun Siri 52/2018, 18 - 26,Jun 2018, anjuran KPM & Kelab Hiroshima

6. 🥉Tempat Ketiga Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah-sekolah ASEAN

Tempat : Universiti Sains Islam Malaysia

Tarikh: 31 Mac- 2 April 2018

7. PERTANDINGAN ROBOTIK "TUG OF WAR" PERINGKAT ANTARABANGSA 2108

Tarikh : 27 Feb 2018 Tempat : Dewan Melati & Dewan Siantan, Perbadanan Putrajaya Pencapaian: Penyertaan


Penyertaan Dalam Acara Dikir Arab & Kalam Jamaie Piala Yayasa Sultan Mizan

2016 : SMA(A)SZA telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Dikir Arab dan Kalam Jamai'e Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan

2017 : SMA(A)SZA telah mendapat gelaran juara dalam pertandingan Dikir Arab Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan.

2018 : SMA(A)SZA telah mendapat gelaran juara dalam pertandingan Kalam Jamai'e Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan.


Multaqa Institusi-institusi Pendidikan Agama (AKIPA) KPM 2019 Tarikh: 24-26 Jun 2019 Tempat: Royale Chulan Seremban. Antara kejayaan yang diraih oleh SMAASZA: 1. Anugerah Pencapaian Terbaik STPM 2018 - tempat ketiga 2. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik STPM 2018

 Bahasa Arab Tempat Pertama
 Pengajian Am Kedua
 Usuluddin ketiga

3. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik STAM 2018

 Nahu  Dan Sarf  Ketiga
 Fiqh ketiga

4. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM 2018

 Ekonomi Tempat Pertama
 Matematik Tambahan Kedua
 PQS  ketiga

Alamat sunting

Sekolah Menengah Agama (Arab) Sultan Zainal Abidin
Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , Malaysia
Terengganu Darul Iman,   Malaysia
Telefon = 096221086
Fax = 6096313069

Rujukan sunting

Pautan luar sunting