Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah Marakau

sekolah pondok di Sabah, Malaysia

Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah Marakau atau nama ringkasnya SMA Al-Irsyadiah Marakau, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di ,Ranau W.D.T 40.

Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah Marakau
Lokasi
Ranau W.D.T 40, 89308, Ranau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088877014
Kod sekolahXFT5401[1]
Faks6088877014


Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah Marakau memiliki 76 pelajar lelaki dan 51 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 127 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah Marakau Ranau adalah nama baru bagi Madrasah Al-Irsyadiah Marakau. Ia merupakan sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Sebelum ini sekolah ini hanya dikenali sebagai Madrasah Al-Irsyadiah Marakau Ranau. Sekolah ini ditubuhkan atas dasar rasa kesedaran beberapa orang tokoh agama dan akademik daerah Ranau yang merasakan perlunya wujud sebuah institusi Pendidikan Islam untuk meniupkan roh keislaman benteng survival Islam di dalam masyarakat pada 01 April 1992.

Sekolah ini terletak 5 kilometer dari pekan Ranau dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Marakau (2km) Sekolah Menegah Kebangsaan Mat Salleh Ranau. (5km). Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah marakau adalah sebuah sekolah menengah agama yang menitik beratkan pendidikan agama dan akademik. Secara umumnya sekolah ini adalah serupa dengan Sekolah Menengah Toh Puan Hajah Rahmah, Kota Kinabalu, tetapi yang membezakannya hanyalah satu iaitu Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahmah adalah sekolah agama di bawah kerajaan negeri manakala Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah adalah sekolah agama di bawah kerajaan persekutuan.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah Marakau
,Ranau W.D.T 40
89308, Ranau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088877014
Fax = 6088877014

Rujukan sunting

Pautan luar sunting