Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah
Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah ( المدرسة العلوية الدينية) atau nama ringkasnya Al Maad (المعاد), merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Depan Poliklinik Arau, Jalan Syed Sirajuddin.
Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah | |
---|---|
Lokasi | |
Depan Poliklinik Arau, Jalan Besar,, 02600, Arau,, Perlis Indera Kayangan![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6049861350 |
Kod sekolah | RFT0002 |
Faks | 6049866852 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah memiliki 397 pelajar lelaki dan 229 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 626 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009
Visi,Misi Dan Moto SekolahSunting
Visi
Menjadikan SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah sebagai penjana generasi muslim cemerlang
Misi
Membangun potensi murid secara menyeluruh berteraskan Al Quran dan As Sunnah
Moto
بايدينا نبني المعادSunting
'Biaidina Nabnil Maad'
Dengan tangan-tangan ini kami membina Al Maad.
SejarahSunting
Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah atau singkatannya SMA AL-MAAD, terletak di Bandar Diraja, Arau, Perlis Indera Kayangan dengan jarak dari Istana Arau 300 meter sahaja dan jarak dari Masjid Negeri 320 meter sahaja. Pada tahun 1940 bangunan sekolah ini menjadi salah satu tempat kem tentera Jepun bagi pemerintahan Jepun di Perlis ketika dulu.
Kronologi Sejarah Al Maad :
1930 -Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah ditubuhkan dengan menggunakan dana Zakat Negeri Perlis bertempat di bangunan sementara iaitu di sebuah rumah di Jalan Pauh, Arau, kemudian berpindah ke rumah Allahyarham penghulu Arau ketika itu di alamat No, 2 Jalan Besar Arau .
1936 -Pembinaan bangunan pertama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah setelah diperintahkan oleh Almarhum Raja Syed Alwi di tapaknya kini.
1940 -Sekolah ditutup setelah dijadikan kem petempatan tentera Jepun.
1951 -Dibuka semula dan diambil warganegara Mesir sebagai pengetua.
1976 -Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Lelaki)
1989 -Yayasan Islam Perlis (YIPs) telah mengambil alih pengurusan dan pentadbiran Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah.
2006 -Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK)
PencapaianSunting
Tempat Ke 3 Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun MSSPS
Johan Kawad Kaki Negeri Perlis Bagi Kateori:
- Kerajaan-Kadet Bomba Dan Penyelamat
- NGO-Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
- KRS-Kadet Remaja Sekolah
Ketua Platun 2013
PBSM-Khairul Anuar Bin Abu Bakar
KRS-Muhd Zul Amin
BOMBA DAN PENYELAMAT-Asyraf Bin Mahadir
KOR KADET POLIS-Muhd Lutfi Bin Ramli
AlamatSunting
- Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah
- Depan Poliklinik Arau, Jalan Syed Sirajuddin,
- 02600, Arau
- Perlis, Malaysia
- Telefon = 6049861350
- Fax = 6049866852