Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al Islami


Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al Islami,atau nama ringkasnya SMA Maahad Al Mashoor Al Islami, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ia juga dikenali dengan gelaran "Maahad" oleh pelajarnya dan "Al Mashoor Balik Pulau" oleh masyarakat setempat merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jalan Sungai Nipah, Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al Islami memiliki 146 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 146 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al islami
Fail:Logo Maahad Al Mashoor Al Islami.jpg
Logo Maahad Al Mashoor Al Islami
Lokasi
Mukim G, Jalan Sungai Nipah, 11000, Balik Pulau, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan
Motoberilmu, beramal, bertaqwa
Ditubuhkan1916
Nombor sekolah04-866 1190
Kod sekolahPFT3001
PengetuaMohd Azmi Bin Abdul Hamid
GPK Pentadbiran dan AkademikSobri Bin Md Nor
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAbdul Rasheed Bin Abdul Ghani
Penolong Kanan KokurikulumSiti Alha Binti Ramli
Faks04-866 1193
Laman sesawang

Alhamdulillah, tanggal 24 jun 2011 yang lalu dengan bangganya telah termetrai satu Majlis Perasmian Maahad Al Mashoor Al Islami yang dirasmikan sendiri oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan dan sekaligus nama maahad telah bertukar ke Kompleks Pendidikan Maahad Al Mashoor Al Islami, Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Sejarah Maahad Al-Mashoor Al-Islami sunting

Maahad Al Mashoor Al Islami ditubuhkan pada tahun 1916. Nama sebenar sekolah ini ialah Madrasah Al-Quran. Maahad Al Mashoor diberi nama sempena nama seorang penghulu yang terkemuka di Pulau Pinang iaitu Tuan Habil Al-Mashoor. Asal usul sekolah ini bermula di Lebuh Aceh (Masjid Melayu).

Tahun 1916 sekolah ini berpindah ke Kampung Jawa kerana hendak membesarkan sekolah dan menambahkan mata pelajaran Agama dan Bahasa Arab. Oleh kerana memenuhi kehendak penuntut yang kian bertambah sekolah ini terpaksa berpindah sekali lagi. Sekolah ini berpindah ke Lebuh Tek Soon iaitu sebuah rumah kepunyaan Tuan Haji Bachik, seorang hartawan dari Melaka. Di sana kurikulum sekolah mula berubah bagi menyesuaikan dengan keadaan dan kehendak masa.

Sekolah ini menjadi terkenal di kalangan masyarakat melayu khasnya dan juga kaum Islam di pelusuk rantau kepulauan Indonesia dan Negeri Thai. Pada tahun 1934, Tuan Sheikh Abbas telah menjadi guru besar sekolah ini. Dalam masa pentadbiran Tuan Sheikh Abbas, sekolah ini berjaya mengeluarkan majalah bulanan seperti Ar-Raja , Wahdatul Madaris dan Risalatul Hijrah. Semasa pemerintahan Jepun, sekolah in telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan tetapi dibuka semula apabila British memerintah semula. Pada awal 1957, Y.T.M Tunku Abd. Rahman Putera Al-Haj telah melawat sekolah lelaki dan perempuan. Sejak itu sekolah yang dahulunya tidak mendapat perhatian para pembesar Islam sudah mula menarik perhatian ramai.

Y.T.M. Tunku telah berjanji membantu mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua sekolah dan beliau juga telah menyuarakan supaya Jawatankuasa sekolah membuat permohonan bantuan kewangan kepada Lembaga Kebajikan Masyarakat Persekutuan Tanah Melayu dan lembaga ini telah bersetuju membina bangunan baru. Selepas tahun 1970, semasa Al-Ustaz Sheikh Ahmad Bajunid menjadi guru besar, beliau memainkan peranan penting dalam usaha menampung lebih ramai lagi murid-murid Melayu yang tercicir dari Sekolah Menengah Kerajaan. Dalam masa pentadbiran beliau sekolah ini menerima bantuan bulanan daripada Rabitah Al-Alam Al-Islami (The World Muslim League).

Pada akhir tahun 1978, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tanah tapak bangunan sekolah lelaki di Lebuh Tek Soon, Pulau Pinang untuk mendirikan Kompleks Tun Abd. Razak. Sebagai gantinya Kerajaan Negeri memberikan sebidang tanah di Jalan Air Itam seluas 2.8 ekar mulai 1 Januari 1979, Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian Agama telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini secara rasmi dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki).

Setelah persetujuan diperolehi, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada Februari 1993, Maahad Al Mashoor Al Islami pun diwujudkan semula.

Oleh kerana tiada tempat yang sesuai MAIPP dan TRUSTY telah bersetuju untuk menumpang sementara di bangunan wakaf Masjid Ridwaniah, Sungai Batu, Bayan Lepas, dan kini Maahad Al-Mashoor Al-Islami telah mula bertapak dan tersergam indah di Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang. Tapak ini diberikan oleh kerajaan sebagai menggantikan tapak sebenar yang telah diambil alih untuk bangunan Komtar.

Alhamdulillah, tanggal 24 Jun 2011 yang lalu dengan bangganya telah termetrai satu Majlis Perasmian Maahad Al Mashoor Al Islami yang dirasmikan sendiri oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan dan sekaligus nama maahad telah bertukar ke Kompleks Pendidikan Maahad Al Mashoor Al Islami, Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al Islami
Mukim G, Jalan Sungai Nipah
11000, Balik Pulau
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon : +604-866 1190
Fax  : +604-866 1193
Emel  :
Web  : https://www.mashoorbp.edu.my/

Visi sunting

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Misi sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Moto sunting

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Objektif Sekolah sunting

  • Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam PT3, SMRA, SPM dan STAM
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mampu menguasai bidang akademik, Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah mulia, berketrampilan serta mampu memimpin
  • Melahirkan pemimpin yang berilmu, beriman dan bertaqwa

Hasrat Sekolah sunting

  • Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
  • Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
  • Mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani

Piagam Pelanggan sunting

A - Azam dan tekad meningkatkan prestasi pelajar duniawi dan ukhrawi
L - Latihan dan teori serta bimbingan menuju ke arah kecemerlangan
M - Motivasi dan jati diri sumber utama bagi meneroka ilmu
A - Atasi masalah dengan iman bukan perasaan
S - Sentiasa berusaha bagi mewujudkan suasana yang selesa dan sempurna kepada warga Maahad
H - Hasilkan anak-anak soleh dan solehah adalah idaman kami
O - Obor agama menjadi teras perjuangan kami
O - Objektif yang jelas supaya matlamat dapat dikecapi asas perjuangan kami
R - Rububiah dan Uluhiah tunjang akidah dalam mendidik anak-anak kami

Organisasi Sekolah sunting

Jawatan Nama guru
Pengetua Azmi Bin Abdul Hamid
Penolong Kanan Pentadbiran Sobri Bin Md Nor
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Abdul Rasheed Bin Abdul Ghani
Penolong Kanan Kokurikulum Siti Norsham
Penolong Kanan Tingkatan 6 Mohd Shukri Bin Abdul Razak
Guru Kanan Teknik dan Vokasional Zalina Binti Md Zain
Guru Kanan Sains dan Matematik Azrin Binti Saidin
Guru Kanan Bahasa Ibni Hajar Bin Abdul Wahab
Guru Kanan Kemanusiaan Shuhaida Binti Abdullah
Guru Kanan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam Mohd Azam Bin Abdullah
Guru Kanan Dini dan Azhari Mohd Shukri Bin Abdul Razak
Guru Kaunseling
Habibah Binti Abdul Ghani
NurulShuhada Binti Ahmad

Senarai Guru Cemerlang sunting

  • Nazrinah Binti Nahoor Meera (Sejarah dan Bahasa Melayu)

Senarai Pengetua sunting

Tahun Berkhidmat Nama Pengetua
1916-1917 Tiada Data
1918 Tuan Syed Al Shiekh Al Hadi
1919-1944 Tiada Data
1945 Tuan Sheikh Hussein Bakar Rafiq
1946-1981 Tiada Data
1982 Tuan Sheikh Abbas Bakar Rafiq
1983 Tiada Data
1984 Haji Shaikh Ahmad Othman Bajenid
1985-1992 Tiada Data
1993-2000 Al Ustaz Haji Mohd Shapien Bin Mohd Zin
2001-2002 Tiada Data
2003 Haji Hashim Bin Haji Mat Nanyan
2004 Tiada Data
2005-2010 Haji Jubir Bin Haji Din
2011-2015 Tuan Haji Mohd Isa Bin Abdul Rahman
2016-2018 Ishak Bin Harun
2019-2021 Mohamad Bin Mokhtar
2021-Kini Azmi Bin Abdul Hamid

Rukun 17 Pelajar Maahad Al Mashoor Al Islami sunting

1. Subuh Kami Muafiq

2. Peraturan Kami Patuh

3. Masa Kami Tepat

4. Bertindak Kami Segera

5. Guru Kami Taat

6. Ibu Bapa Kami Sayang

7. Tetamu Kami Sapa

8. Sahabat Kami Hormat

9. Dorm Kami Kemas

10. Cadar Kami Tegang

11. Kasut Kami Susun

12. Sampah Kami Kutip

13. Pakaian Kami Kemas

14. Belajar Kami Fokus

15. Bahasa Kami Tiga

16. Markah Kami Atas 80

17. Kokurikulum Kami Kebangsaan

Pengambilan Pelajar sunting

  • Lelaki dan Perempuan (Pelajar diwajibkan tinggal di asrama sekolah)
  • Hanya dibuat untuk kemasukan ke Tingkatan 1,4 dan 6
  • Keputusan kemasukan pelajar adalah di bawah urusan Jemaah Pengurus sekolah ini

Kaedah Memohon Kemasukan sunting

Sebelum ini, borang kemasukan pelajar boleh didapati di pejabat sekolah.Namun, sejak COVID-19 melanda negara ini, permohonan kemasukan ke Tingkatan 1,4 dan 6 dilaksana secara atas talian, iaitu di web sekolah. Pemohon boleh melayari web sekolah dan klik pautan Google Forms atau mengimbas QR Code Google Forms tersebut bagi mengisi borang kemasukan pelajar. Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi pejabat sekolah.

Syarat Kemasukan sunting

Tingkatan Syarat Kemasukan
Tingkatan 1
Lulus Ujian Kemasukan yang dikendalikan oleh sekolah

Pelajar diuji secara:

1. Ujian Bertulis:

  • Bahasa Arab
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

2. Ujian Lisan

  • Al-Quran
Pelajar warganegara dan berumur 13 tahun pada tahun semasa
Tingkatan 4
Lulus Ujian Kemasukan yang dikendalikan oleh sekolah

Pelajar diuji secara:

Ujian Bertulis:

  • Bahasa Arab
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
Pelajar warganegara dan berumur 16 tahun pada tahun semasa

Aliran sunting

Tingkatan Aliran
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan

Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)

Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Dini Tulen
  • Dini Sains
  • Dini Sastera
Tingkatan 6
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Mata Pelajaran Yang Ditawarkan sunting

Tingkatan Mata Pelajaran
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Geografi
Reka Bentuk Teknologi
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Seni Visual
Al-Syariah
Usul Al-Din
Al-Lughah Al-'Arabiah Al-Mu'asirah
Asas Sains dan Komputer
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Al-Syariah
Usul Al-Din
Al-Lughah Al-'Arabiah Al-Mu'asirah

Dini Tulen

  • Manahij Al-'Ulum Al-Islamiyah
  • Al-Adab Wa Al-Balaghah

Dini Sains

  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik

Dini Sastera

  • Prinsip Akaun
  • Perniagaan
Tingkatan 6
Fiqh
Balaghah
Nahu dan Sarf
Adab dan Nusus
Tauhid dan Mantiq
'Arudh dan Qafiyah
Tafsir dan Ulumuhu
Insya' dan Mutala'ah
Hadith dan Mustolah
Hifz Al-Quran dan Tajwid
Malaysian University English Test (MUET)

Pembahagian Kelas sunting

Tingkatan Kelas
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
Ibnu Sina
Ibnu Nafis
Sumaiyah
Khadijah
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
Al Biruni
Al Farabi
Al Khawarizmi
Al Jazari
Tingkatan 6
Al Ghazali

Program Peningkatan Akademik sunting

  • Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sains dan Matematik bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
  • Kelas tambahan bagi mata pelajaran PT3, SMRA dan SPM
  • Kelas tambahan berfokus SPM mata pelajaran kritikal seperti Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik Tambahan
  • Bengkel dan seminar peperiksaan PT3 dan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  • Perkampungan Akademik/ Teknik Menjawab PT3, SMRA dan SPM bagi semua mata pelajaran
  • Bengkel Latih Tubi Berfokus PT3, SMRA dan SPM sebulan sebelum peperiksaan
  • Pelaksanaan jadual anjal sebulan sebelum peperiksaan PT3, SMRA dan SPM
  • Bengkel Latih Tubi Berfokus SMRA
  • Dialog Prestasi antara guru-guru, para pelajar dan ibu bapa bertukar pandangan untuk membuka minda

Program Peningkatan Sahsiah sunting

  • Setiap pelajar diwajibkan hadir untuk solat fardhu secara berjemaah
  • Membaca Al-Mathurat selepas solat fardhu
  • Kuliah Bimbingan selepas solat fardhu
  • Kursus Kepimpinan Pengawas
  • Kursus Kefahaman Islam
  • Tazkirah ringkas sebelum pelajar masuk ke kelas
  • Kelas Kemahiran Al-Quran dan Hafazan
  • Kursus Pengurusan Jenazah
  • Kursus Penyembelihan Binatang
  • Majlis Muhadhoroh dwimingguan
  • Nasyid

Kemudahan Di Sekolah sunting

  • Bilik Darjah
  • Pusat Sumber Sekolah (PSS)
  • Makmal Sains
  • Makmal Komputer
  • Bengkel Kemahiran Hidup
  • Bilik Geografi
  • Bilik Seminar
  • Bilik Pengawas
  • Blok Asrama Putera 4 Tingkat (ASPURA)
  • Blok Asrama Puteri 4 Tingkat (ASPURI)
  • Dewan Makan
  • Padang Balapan 400 Meter
  • Gelanggang Sepak Takraw
  • Gelanggang Bola Tampar
  • Padang Bola Sepak
  • Padang Bola Jaring
  • Pejabat
  • Pusat Islam

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sunting

Jawatan Nama
Penasihat Azmi Bin Abdul Hamid
Yang Di-Pertua Mohamad Pazli Bin Ismail
Naib YDP Fazil Akashah Bin Othman
Setiausaha Nur Wardah Binti Hamzah
Penolong Setiausaha Siti Noraini Binti Mohd Nor
Bendahari Raja Ermalawati Binti Raja Othman
Penolong Bendahari Khairul Azha Bin Halim
AJK Guru
Hasbul Nizal Bin Zakaria
Muhammad Naim Bin Ghazali
Muhammad Amirul Bin Abdul Rahman
Cik Noor Hidayah Binti Mohamed Nor
Nur Faizeen Binti Mohd Ghani
AJK Waris
Mohd Fairuz Bin Mokhtar
Yusoff Bin Yaakob
Zahir Bin Rahman
Samsiah Binti Muhammad
Erni Riana Binti Othman
Che Maszita Binti Che Mat
Pemeriksa Kira-Kira
Hamizun Binti Rejab
Khairulhayani Binti Ahmad

Alumni Maahad Al Mashoor Al Islami sunting

Pada tahun 2010 sekumpulan 11 orang bekas pelajar Maahad telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah organisasi persatuan untuk bekas-bekas pelajar.[perlu rujukan] Organisasi ini dikenali sebagai Persatuan Alumni Maahad Al-Mashoor Al-Islami atau nama singkatannya PAMMI juga dikenali sebagai AMMI yang membawa maksud signifikan 'bapa saudara'. Pelbagai program telah diaturkan di mana program Reunion Aidil Fitri adalah merupakan program tahunan yang diadakan setiap hari ketiga Syawal setiap tahun.

Pautan Luar sunting