Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar (SMKA (P) Alawiyah Kangar)(Jawi: سکوله منڠه کبڠسأن اݢام ڤرمڤوان علويه کاڠر، ڤرليس) ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan agama yang terletak di tengah-tengah bandar Kangar, Perlis dan berhampiran Masjid Syed Alwi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar
Alamat
Persiaran Jubli Emas
Kangar, Perlis
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama
MotoILMU ASAS TAKWA
Ditubuhkan1947
Nombor sekolah04-9760336
Kod sekolahRRA0002
Pengerusi PIBGPROFESOR MADYA DR. HAJI ABDUL JALIL BIN HAJI RAMLI
PengetuaPN. HAJAH SHAKIRAH BINTI AHMAD
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. ROHANA BINTI MAT
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. HISHAMUDDIN BIN HASHIM
Penolong Kanan KokurikulumPN. NADIAH BINTI YUNUS

Sekolah ini telah diwujudkan sebelum zaman merdeka lagi dan dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Alawiyah Lil Banat. Sekolah ini merupakan sekolah agama yang mempunyai pelajar perempuan sahaja. Sekolah ini juga merupakan salah sebuah sekolah yang cemerlang di Perlis.

VISI DAN MISI SEKOLAH[1] sunting

VISI sunting

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI sunting

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

SEJARAH sunting

  • 1947 - Sekolah ini dibina hasil cadangan Pejabat Zakat Dan Fitrah Negeri Perlis bagi memenuhi permintaan masyarakat terhadap Sekolah Agama khusus untuk pelajar perempuan. Pada mulanya,menggunakan rumah Imam Masjid Alwi Kangar iaitu Tuan Syeikh Abu Bakar Al- Asy’ari. Kemudian, sekolah tersebut berpindah ke Pengkalan Asam Kangar dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Alawiyah Lil Banat yang diterajui Ustaz Salleh bin Othman.
  • 1957 - Pada tahun ini, sekolah ini dipindahkan ke bandar Kangar berhampiran Masjid Alwi Kangar dan mereka menggunakan bangunan pejabat bekas penasihat British sebagai bangunan sekolah.
  • 1963 - Dua blok baru telah dibina. Satu blok untuk sekolah dan satu blok asrama dibina di atas tanah seluas 2.8 ekar. Pelajar - pelajar sekolah terdiri daripada dalam dan luar negeri Perlis.
  • 1977-1995 - Kerajaan Pusat telah mengambil alih seluruh urusan pentadbirannya pada tahun 1977. Sejak dari itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar. Pada 1983 2 blok bangunan baru telah dibina. Pembukaan kelas tingkatan enam aliran Usuluddin dan Syariah pada 1986. Pada 1987 sekolah dinaikkan ke kategori Gred A. Pada 1993 dua buah bengkel jahitan dibina diikuti dengan pembinaan sebuah bangunan tambahan dengan 5 bilik darjah pada tahun 1995.
  • 1999-2001 - Pada 25.9.1999 pengetua, Pn. Fuziah bt Sani@Sanin bersara an digantikan dengan Pn. Siti Zarah bt Hj Buhi lulusan B.A (Hons) Pengajian Islam UKM dan M.A Curriculum & Instructional, Western Michigan University U.S.A. Dua kelas aliran Sains Tulen Tingkatan 4 dimulakan mulai 1 Januari 2000. Lagu sekolah diperdengarkan pertama kali dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 9 Ogos 2001. Lagu ini ciptaan En. Ahmad Abdul Malik dan lirik ditulis oleh Ustz. Siti Zarah, Ustaz Hadzir dan Pn. Meriam.
  • 2002-2005 - Pada 31 Mei 2003, pengetua sekolah iaitu, Ustzah Siti Zarah Hj Buhi ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lumpur. Kemudian, pengetua sekolah diganti oleh Ustaz Haji Shamsudin bin Sharkoshi pada 1 Jun 2003. Lawatan DiRaja sempena Hari Anugerah Permata pada tahun 2004. Kelulusan pembinaan bangunan tiga tingkat.
  • 2006 - Pertukaran pengetua – Ustaz Shamsudin bin Sharkosi ke Sek Men. Keb. Agama Al-Manshoor (L) Pulau Pinang. Pertukaran masuk pengetua baharu – Pn. Hjh Ramlah bt Sudin pada 16 Mac 2006. SMKAP mendapat tembok baru daripada UPEN. Pendawaian semula asrama dan blok tingkatan 3. Perasmian Dewan Az-Zahra', iaitu dewan utama bagi sekolah ini.
  • 2007 - Menaiktaraf bilik guru perempuan, bilik guru cemerlang dan makmal sains. Perasmian Surau Az-Zahra’. Wakaf baru untuk pelajar sebagai tempat belajar dan tempat pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan. Menaiktaraf tandas lama menjadi tandas VIP. Menaiktaraf bilik mesyuarat. Membina tempat menunggu gantikan pondok Lambaian Puteri. Johan pertandingan Pantun peringkat Negeri Perlis. Permulaan pembinaan 2 blok 3 tingkat RMK-9. Padang sekolah sudah tiada kerana padang tersebut menjadi tapak pembinaan 2 blok 3 tingkat tersebut.

PENCAPAIAN sunting

  • 1999-2000 - Sekolah ini telah mendapat johan memasak peringkat Kebangsaan Anjuran Syarikat Maggi.Pelajar-pelajar SMKA yang mewakili Perlis ke Pertandingan tersebut ialah Nurliza bt.Rahim, Roslina bt.Mat dan Siti Fitriyah bt.Othman.Sekolah ini turut mendapat Anugerah Asrama Cemerlang buat kali Ke-2 Peringkat Negeri. Anugerah Cemerlang Mac Donald’s, Berita Harian – Nor Hafizah bt Abd. Rahim.
  • 2002-2005 - Pelajar sekolah ini Norhafizah bt Abd. Rahim mendapat Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.Johan Kalimatus Sobah peringkat Kebangsaan pada tahun 2005 oleh Norjannah bt Othman.
  • 2007 - Sekolah ini mendapat Anugerah ‘Best Presentation’ Program Toyota Eco Youth Peringkat Kebangsaan. Johan pertandingan Kuiz Pelancongan Peringkat Kebangsaan 2007.
  • 2021 - Sekolah ini telah merangkul tempat ke-2 dan ke-3 kategori Sekolah Menengah dalam Pertandingan penghasilan Karya Kreatif Lukisan Digital sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 peringkat negeri. Pelajar tersebut ialah Aleeya Aneesa Binti Ruzaimi dan Nur Athirah Ilyana. Mereka mendapat wang RM500 beserta sijil penyertaan. Tahniah!
Sekolah ini telah merangkul tempat pertama dalam Pertandingan penghasilan Karya Kreatif Cerpen kategori Sekolah Menengah peringkat negeri. Pelajar tersebut ialah Nur Jannah Aleeyah Binti Jamil .
- Sekolah ini telah memenangi Simposium pengurusan Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan Tahun 2021. SMKAP telah berjaya mendapat Johan dalam Inovasi dan Kreativiti Minda Sihat (SM) dan naib Johan dalam Pengurusan Pembangunan Pengembangan sahsiah Murid (SM)
-SMKAP telah mendapat tempat ke-5 dan ke-6 dalam Program Kecergasan 1M1S secara dalam Talian Peringkat Kebangsaan'. Pelajar terlibat ialah Nur Aina Safiyyah Noor Azhan dan Nur Adleen Daneesa Ahmad Firdaus
-Majlis Apresiasi HEM
1.Johan Pertandingan Inovasi Minda Sihat Kebangsaan.
2.Naib Johan Penarafan Pembangunan Sahsiah Terpuji Gemilang Kebangsaan.
3. Ikon Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Perlis ( NurulNajha Bt Saidon )
4. Ikon Sahsiah Terpuji Gemilang Negeri Perlis ( Nurul Izzah )
Dalam majlis tersebut juga, srikandi SMKAP diberi kepercayaan sebagai bukti kemenjadian murid :
1. Pengacara Majlis
2. Moderator Forum
-Tahniah kepada pelajar Nurin Insyirah binti Azahar atas pencapaian PINGAT EMAS dalam Pertandingan Video Kreatif Peringkat Negeri Perlis 2021.
-D'Podium MPPADNI
1. Johan - 6 pingat
2. Naib Johan - 2 pingat
3. Ketiga - 1 pingat
- SMKAP telah memenangi beberapa pertandingan dalam PERLIS STEAM [SCIENCE 🧪, TECHNOLOGY 🧬, ENGINEERING 🔩, ARTS 🎭 & MATHEMATICS💡] EXPO 2021. Pelajar terlibat ialah Nureen Aunie Wardina Effendy, Alia Athirah Zubir dan Nur Izni Syaurah.
  • 2022 - SMKAP Alawiyah membuka tirai 2022 dengan melakar sejarah dalam PERLIS DIGITAL UTILISATION AND TECHNOLOGY AWARD (DUTA) 2021 PERINGKAT NEGERI PERLIS[1] . SMKAP telah membawa pulang PIALA PUSINGAN PENGARAH bagi Anugerah Sekolah Menengah Terbaik (DUTA 2021). Syabas dan tahniah buat penerima anugerah:
1. Sabriah binti Sabri, Anugerah Tokoh Nilam SM Bahasa Melayu - Naib Johan
2. Sharifah Suffi Sumayyah binti Syed Arifmarja, Anugerah Tokoh Nilam SM Bahasa Inggeris - Naib Johan
3. Nur Izni Syaurah binti Samsuri, Pertandingan Minecraft Challenge - Ketiga
4. Khairil Azmir Ahmad , Channel YouTube Terbaik Kategori Guru - Naib Johan
5. Khairil Azmir bin Ahmad, Guru Teknologi Pendidikan - Johan
6. Anugerah Pembudayaan Pendidikan Digital SM - Johan
-Pertandingan Statistics Story Telling. Pelajar terlibat ialah Nur Sofea Alia Mohd Nazir serta guru pembimbing Tecer Nurminazura.
- SMKAP telah merangkul Johan dalam Kem Inovasi Pertanian anjuran ARUS dengan kerjasama KPM dan Jabatan Pertanian Hasil ciptaan mereka SMART AQUAPONIK. Pelajar terlibat ialah Luthfiyah Zahra Mohd Farouk serta guru pembimbing Puan Noor Athikah Nabak
- Pertandingan Tokoh Nilam
1. Kategori Bahasa Melayu - DURRATUL IMAN BT MUSTAPHA (NAIB JOHAN)
2. Kategori Bahasa Inggeris - NUR SYAMIMI BT MOHAMAD ASWADI (JOHAN).
- Tahniah diucapkan kepada Cikgu Lailey Ali atas kejayaan membawa pulang 2 PINGAT EMAS dalam Kolokium Pendidikan dan Inovasi Tahun 2022 anjuran Muafakat Guru Cemerlang Selangor dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
- Tahniah diucapkan kepada ustazah Basyira Omar atas penobatan sebagai Ikon Guru Inovasi PdPr peringkat Negeri Perlis 2022
- SMKAP mendapat anugerah EMAS untuk sudut Terima kasih Cikgu (TKC) dan Pemilihan Sekolah Menengah Magnet.
- Pencapaian Guru Cemerlang Perlis dalam Anugerah sempena Majls Hari Guru Peringkat Negeri Perlis 2022
1.Anugerah Khas Pendidikan: Inovasi Pendidikan (Cikgu Khairilazmir Ahmad)
2.Anugerah Ikon: Guru Inovasi PdPR' ( Ustazah Basyira Omar - GC Bahasa Arab)
- Saudari Athifa Nur Afza telah merangkul Johan dalam Pertandingan Bicara Buku Kategori Bahasa Melayu Peringkat Negeri Perlis.
- SMKAP telah mendapat Gold Award Pencapaian Guru Cemerlang Perlis dalam Anugerah sempena Majls Hari Guru Peringkat Negeri Perlis 2022. Pelajar terlibat ialah Nur Irdina Madihah.
- SMKAP telah mendapat naib johan dalam Pertandingan Bola Jaring peringkat negeri bagi bawah 15. Nazhan Afifah Abd Ghani telah dinobatkan sebagai centre terbaik kejohanan

-: Johan dalam Pertandingan Bicara Berirama Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perlis

- Telah mendapat Top 5, Top 10 dan Top 25, tempat ke-14 dan tempat ke-12 dalam Kejohanan Catur MSSPs 2022
-SMKAP telah menyertai Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat 2022 peringkat Negeri Perlis' dan telah memungut 5 pingat emas, 1 perak dan 4 gangsa. Pelajar terlibat ialah Amna Wong Daniel Wong,Durratul Iman Mustapha,Izzatul Syakira Shahrizan Azrol,Lubna Mohamad Heykal,Malikah Hanun Muhammad,Nur Ain Syahirah Mohamad Salmizam,Siti Nur Athirah Mohd Fansuri,Siti Nur Husnina Mohd Fansuri,Umairah Khairina Khirul Anuar,Wafaa Nasuha Mihamad Nazeri dan Zulaikha Mohd Azha.
- Athifa Nur Afza Mohd Nor Zaini telah mendapat tempat ke-3 dalam Acara E-Kalimatus Sobah Menengah Atas Kategori Perempuan.
- Johan dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen 2022. Pelajar terlibat ialah Durratul Iman, Farhana Alya, Umi Sofia, Ku Maisarah, Nur Athirah Ilyana dan Nur Qatrunnada. Durratul Iman telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik.
- Kejohanan Olahraga MSSPs 2022. Dua orang srikandi SMKAP telah mendapat pingat Perak iaitu Athifa Nur Afza Mohd Nor dan Nurul Izzati Normizan.
- Nur Hazratul Nisa telah berjaya ke Final Global IT 2022 kategori MBPK Masalah Fizikal
- Tempat ke-2 dalam Dare to Spell peringkat Perlis 2022. Pelajar terlibat ialah Aisyah Zamri.
- Microsoft Innovative Educator Experts sesi 2022/23. Guru terlibat ialah Khairil Azmir Ahmad, Nurul Syafiqa Samsudin, Noor Athikah Abd Kadir dan Rozita Othman.
- Pertandingan Debat Bahasa Arab (suku akhir). Pelajar terlibat ialah Madihah Mohiding, Nur Jannah Aleeyah Jamil, Nur Lidiya Athirah Mohd Zamri dan Nur Afrina Nabila.
- Essay Writing Competition: Champion (Secondary-Lower) and Second Place (Secondary-Upper)
-Pertandingan Penulisan Kreatif Kelab Doktor Muda. Pelajar terlibat ialah Maisarah Hannani Mohamad Zahir dan Nuratikah Aris
- Majlis penutup sambutan bulan Kebangsaan peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis 2022:
1. EMAS - Kawad kaki merdeka
2. EMAS - Inovasi stem merdeka
3. PLATINUM - Laluan merdeka
4. PERAK - Video pendek mat kilau
-SMKAP telah menggondol Emas dalam acara Pencak Silat (Womens Team Regu) dan Gangsa (Solo Kreatif) dalam SUKMA XX MSN 2022. Pelajar terlibat ialah Maisarah Zainal.
- JOHAN Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2020/2022 Peringkat Negeri Perlis. Terima kasih kepada Cikgu Norrafidah dan Cikgu Wan Kartini
-JOHAN kategori perempuan Pertandingan Memanah
-Anugerah KOKURIKULUM Sekolah SMKA Kebangsaan
-Anugerah Platinum STPM 2021 PNGK 3.42
-Pertandingan Akhir Cabaran Keselamatan Siber Nasional(CAKNA) Peringkat Kebangsaan 2022. Pelajar terlibat ialah Aimi Nabihah dan Lidiya Athirah.
-Karnival STEM PERLIS 2022. Pelajar terlibat ialah Mirrah Adriana Marzuki (Stem Online Quiz), Novice Web Builder Challenge (Badminton, Catur, Tenis), Young Innovators Fair SM (IOT Based VF Greenhouse, Vasshell)
-Karnival Keterampilan Bahasa 2022
1. Cabaran Wartawan Muda tempat pertama, Auni Humayraa Aswazir
2. Cabaran Penglipur Lara tempat ke-4, Nur Elyana Batrisyia Mohd Khairol
-Cabaran Kokurikulum KRS peringkat Negeri Perlis 2022. Pelajar terlibat ialah Nur Widad Basir dan Siti Zubaidah Abd Haffidz masing-masing telah mendapat tempat ke-2 dan ke-3
-Debat Bahasa Arab Antarabangsa UIAM
-SMKAP telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Bicara Buku Kebangsaan. Pelajar terlibat ialah Athifa Nur Afza.
-Anugerah emas dan perak dalam Pertandingan Poster Inovasi Dan Amalan Terbaik Snapped Chuping Valley 2022.
-SMKAP telah mendapat tempat ke-4 dalam Kejohanan Sukan Ultimate Frisbee MSSPS 2022
-Majlis Anugerah Duta 2022 DIGITAL UTILISATION TECHNOLOGY AWARD 2022:

1.Athifa Nur Afza Bt. Mohd Nur Zaini- Bicara Buku Sekolah Menengah Bahasa Melayu (Johan)

2.Iman Najwa Bt. Izwan-Bicara Buku Sekolah Menengah Bahasa Inggeris (Naib Johan)

3.Nurin Insyirah Binti Azhar dan Nur Qistina Batrisyia Binti Muhamad Azmi-Video Kreatif Menengah Bawah (Johan)

4.Azi Hedeleen Binti Azeedy dan Nur Izni Syaurah Binti Samsuri-Minecraft Challenge Menengah Bawah(Naib Johan dan Johan)

5.Nur Amni Aqilah Binti Nor Hashimi dan Nur Dania Humaira Binti Shair@shahir-Edu Drone Challenge Menengah Bawah (Johan)

6.Hasya Humaira Binti Majdi,Nur Umairah Nasuha Binti Azhan dan Adibah Sakinah Binti Ahmad-Digital Story Telling Animation Sekolah Menengah (Ketiga)

7.Aimi Nabihah Binti Amirul dan Nur Lidiya Athirah Binti Mohd Zamri-Cakna Menengah (Johan)

8.Durratul Iman Bt. Mustapha-Tokoh Nilam Menengah Bahasa Melayu (Naib Johan)

9.Nursyamimi Bt. Mohamad Aswadi-Tokoh Nilam Menengah Bahasa Inggeris (Naib Johan)

10. Anugerah Khas Sekolah Duta Men (Johan)

-Kejohanan Taekwondo Tertutup Remaja Perlis : PINGAT PERAK.Pelajar terlibat ialah Erin binti Ezni.
-D'podium 2022
-Pertandingan Bahasa Arab sempena Hari Bahasa Arab Sedunia, anjuran KuiPs. Pelajar terlibat ialah;
1.Arabic running man (Johan : Nur Dina, Nur Aaliya, Ainin Maisarah)
2.Spell it right (Arabic) (Johan : Durratul Iman) (Tempat Ke3 : Nurul Batrisyia)(Saguhati : Nur Fahimah)
3.Kitabah Insyak (Esei)(Naib Johan : Durratul Iman)
4.Kitabah Khat (Saguhati : Ainul Hanan)
  • 2023 - Majlis Apresiasi Akar Tunjang Kemenjadian Murid peringkat Negeri Perlis
-SMKAP telah mendapat Johon dalam Pertandingan Infografik Skim Lencana Anti Dadah peringkat Kebangsaan.Pelajar terlibat ialah Siti Nursyafira Ahmad Yani.
-SMKAP telah mendapat Naib Juara dalamSarawak Premier International Silat Championship.Pelajar terlibat ialah Amna Wong Daniel Wong.
-Anugerah Khas Yayasan Tuanku Syed Putra bagi keputusan cemerlang SPM Tahun 2021.Pelajar terlibat ialah Sharifah Nur Fatini, Raja Nur Khairina, Anis Wong, Nur Amalia Sakina dan Nurul Syifaa.

IKRAR PELAJAR sunting

Saya berikrar dan berjanji dengan nama Allah,

Bahawa saya akan menjadi mukminah solehah yang sebenar-benarnya,

Mentaati kedua ibu bapa saya,

Menghormati guru-guru,

Bersungguh sungguh mencari ilmu,

Berpegang teguh kepada kesopanan dan kesucian,

Lurus dalam segala perilaku kehidupan,

Optimis terhadap masa hadapan,

Berlumba-lumba dalam amalan kebajikan,

Ikhlas dalam urusan keagamaan dan keduniaan,

Semata-mata mencari keredhaan Allah Rabbul-Alamin,

Dan rasul Al-Amin.

LAGU SEKOLAH sunting

Sekolah kami ceria wajahnya,

Kasih abadi tersemat di hati,

Kami pelajar-pelajar putri menuntut ilmu duni ukhrawi,

Al-Quran menjadi pandua,

Nabi Muhammad jadi teladan,

Beriman, berilmu, Bertakwa,

Inilah Visi sekolah kami,

Cemerlang dunia cemerlang akhirat,

Inilah matlamat SMKAP,

Akhlak mulia kami hayati,

Semoga Allah akan berkati (x 2)