Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu


Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) atau nama ringkasnya SMAP Labu, merupakan sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh. Sekolah yang mula beroperasi pada 1982 ini terletak di Kilometer 11, Jalan Labu, Labu, Negeri Sembilan.

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Lokasi
Km 11, Jln Labu, 71900 Labu, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah berasrama penuh, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Beriman dan Beramal
DitubuhkanJanuari 1982
Nombor sekolah06-7912245
Kod sekolahNRA4002
Pengerusi PIBGEn. Nurrizal bin Ahmad Imran
PengetuaUstaz Samzini bin Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Normah binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Lokman bin Idris
Penolong Kanan KokurikulumPn. Noor Hasimah binti Ibrahim
Faks06-7912198
Laman sesawang
SMAP lebih dikenali dengan nama SMAP L selepas penubuhan SMAP Kajang dan Bentong.
Map

SMAP Labu merupakan sebuah sekolah daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa ke-4) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (kohort 2). SMAP Labu memiliki 315 orang pelajar lelaki dan 358 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 673 orang di samping mempunyai 81 orang guru (statistik 2009).

Sejarah sunting

SMAPL ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan (Malaysia) pada waktu itu, Tan Sri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. Selepas cadangan itu diterima oleh kerajaan, sekolah itu diberikan nama sebagai Menengah Sekolah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP).

SMAWP pada mulanya tidak mempunyai bangunan sendiri dan 500 orang pelajar sekolah (yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 4, dan 6 rendah) menumpang di bangunan Kolej Islam Klang (KIK) di Selangor. Generasi pertama pelajar diajarkan oleh sekitar 40 guru, dipimpin oleh pengetua sekolah pertama, Tuan Hj Muhammad bin Shafie.

Selepas lebih kurang dua tahun menumpang di KIK, pada awal Januari 1984, SMAWP dipindahkan ke sebuah bangunan sementara di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya. Pada tahun 1985, Tuan Hj Muhammad Yusof bin Abu Bakar menggantikan Tuan Hj Muhammad bin Shafie sebagai pengetua dan berkhidmat sehingga pada akhir tahun 1985. Di bawah kepimpinannya, SMAWP berjaya memenangi pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri pada tahun yang sama.

Pengetua seterusnya, Tuan Hj Muhd Yusof bin Hj Ahmad, meneruskan warisan SMAWP. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan berjaya menyelesaikan masalah bangunan sekolah pada bulan April 1987 dengan meminjamkan sebuah bangunan di Kilometer 11, Jalan Labu yang sepatutnya digunakan sebagai bangunan Sekolah Agama Sheikh Hj Mohd Said. Selepas beberapa sesi rundingan, bangunan itu diberikan kepada sekolah secara sah, dan secara rasmi dibuka pada bulan Julai 1989 oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada waktu itu. Nama SMAWP kemudian berubah menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP). Penubuhan SMAP Kajang kemudian membuat SMAP secara semulajadi dikenali sebagai SMAP Labu (SMAPL) dan kekal hingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, tidak seperti SMAP Kajang dan SMAP Bentong, SMAP Labu tidak mempunyai perkataan Labu di dalam lencana sekolah.

Detik kegemilangan SMAP Labu semakin terserlah apabila genapnya 25 tahun penubuhannya. Sambutan Jubli Perak yang diadakan pada tahun 2007 telah menyaksikan perubahan SMAP Labu sebagai sebuah sekolah yang menjadi nadi setiap insan yang ingin membina keperibadian yang unggul serta berteraskan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.

Kini, SMAPL telah mendapat satu lagi bangunan empat tingkat yang dikenali sebagai blok G. Beberapa kemudahan sekolah ditempatkan di sini seperti dewan terbuka, Dewan Seri Lestari, makmal Bahasa Asing yang baru, Bilik Seni Visual , beberapa buah kelas baru dan juga bilik rawatan pergigian. Di samping itu, SMAP Labu terus menjulang namanya dengan memperoleh gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2010 dan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2011.

Identiti sunting

Lokasi sunting

SMAP Labu terletak di Labu, sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan.

 
Labu
 
Peta ke SMAPL

Misi sunting

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Visi sunting

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 
Tanda aras SMAPL. Sebenarnya merupakan tangga ke pejabat yang terletak di aras atas bangunan

Falsafah pendidikan sekolah sunting

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh, budaya Islam serta suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada diri, ummah dan agama.

Slogan sunting

Berilmu, Beriman & Beramal

Objektif sunting

- Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam

- Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi

- Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan

- Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara

Piagam Sekolah sunting

Bahawasanya kami warga SMAP Labu dengan penuh tekad dan iltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan :

1. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra.
2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang jelas, menarik dan berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
3. Memberikan bimbingan kepada pelajar untuk menjadi insan seimbang, harmoni dan boleh diteladani dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani dan kepimpinan.
4. Memberikan maklum balas kepada ibu bapa mengenai perkembangan dan kemajuan anak mereka dari semasa ke semasa.
5. Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua urusan rasmi :
i) Pendaftaran pelajar dalam masa 15 minit seorang.
ii) Laporan prestasi pelajar dua minggu selepas peperiksaan.
iii) Borang pertukaran pelajar dalam masa 30 minit.
iv) Mengeluarkan resit yuran melalui bank slip yang diterima daripada ibu bapa dalam masa 10 minit seorang.
v) Pengesahan sijil / dokumen peribadi dalam masa 30 minit.

SMAP LABU KINI SEDANG MENCARI DANA UNTUK MEMBIAYAI PEMBELIAN BAS BAHARU BAGI MENGGANTIKAN BAS LAMA YANG TELAH UZUR. SEBARANG SUMBANGAN BOLEHLAH DIKEMUKAN KE AKAUN RHB BANK ISLAMIC: 26413300023748.TOLONGLAH KAMI BAGI MEMBIAYAI BAS KAMI. KESIAN ENCIK DRIVER SAKIT TANGAN DIA.==

Lagu sekolah sunting

1982
Ditubuhkan dengan harapan waja
Dalam cabaran dalam rintangan
Akhirnya kau berdiri tegak megah
Melahirkan anak-anak yang berjaya
Engkau cemerlang dalam segala-gala
Menjadi kebanggaan nusa dan bangsa
Generasimu intelektual ulama’

Bangun segera bersatulah
Majukan sekolah menuju jaya
Seagama sebangsa dan sealiran

Tingkatkan kesatuan menuju ke hadapan
Berilmu beriman dan beramal
Konsep menghadapi pembelajaran
Islam panduan maju bersama

Sekolah Menengah Agama Persekutuan

Lirik: Mohd Hafidz Khamis

Nama-nama batch sunting

NAMA-NAMA BATCH TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5

TRIME (9600)

BASTA15(9701)

Batch of Neutral 85' (BON85) (9802)

Dreamz (0004)

Double8 (0105)

Genesis '03 (0307)

Zealous (0610)

Extrovert (0509)

Istidhar (0711)

Frontage (0812)

Dextrous (0913)

Legacy of Ithar (LOI) (1014)

Valour (1115)

Adroit (1216)

Ittizan (1317)

Ihtisyam (1418)

Ibda'i (1519)

Ijtihad (1620)

Iqtidar (1721)

Iltizam (1822)

Ibti'as (1923)

Audex (2024)

Ittihad (2125)

Ittiqan (2226)

Ihtiraf (2327)

Soffist (1996)

NAMA-NAMA BATCH TINGKATAN 6

I'tiqad (1819)

Iktizaz (1920)

Rumah Sukan sunting

1.Umar (Kuning)

2.Uthman (Merah)

3.Abu Bakar (Hijau)

4.Ali (Biru)

Bekas pelajar/Alumni sunting

Badan Alumni sekolah ialah Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu atau dikenali sebagai (Al-Ittihad Li Khirriji Al-Ma'had Al-Islami Al-Fidrali (IKMAL).[1]

Antara Alumni yang dikenali ialah:

Bidang Keagamaan

  • Y.B Datuk Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri[1]
  • Ustaz Ikmal Zaidi Hashim - Mursyid Imam Muda
  • Ustaz Zulkefli Hamat - Mursyid Imam Muda
  • Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa - Tanyalah Ustazah TV9
  • Imam Muda Najdi - Program Imam Muda TV9
  • Dr. Muhammad Lukman Ibrahim - Pensyarah Taranum
  • Ustaz Hasrizal Abdul Jamil - Pendakwah Bebas dan Blogger Saifulislam.com
  • PU Fakhrul - Pencetus Ummah Astro
  • PU Izzat - Pencetus Ummah Astro
  • Syamsul Amri Hj Ismail (Syamsul Debat) - Personaliti TV AlHijrah

Bidang Akademik

  • Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman - Perunding & Penasihat Shariah
  • Dr. Mohd Farid Mohd Shahran - Felo Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM
  • Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali - Pengarah Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI), USIM
  • Dr Hjh Firdaus Mukhtar - Pensyarah Kanan/Pakar Psikologi Klinikal, UPM
  • Dr. Mohd Khairun Anwar Hj Uyup - Pegawai Penyelidik, FRIM

Bidang Penyiaran / Kewartawanan

  • Dr Zabrina A. Bakar - Pengarang Siri Buku Motivasi yang Laris 'Life is an Open Secret'
  • Fatin Syamimy Liana - CEO Iman Publication & Iman Shoppe

Bidang Perniagaan / Bisnes

Nor Adni Ismail - Pakar Kewangan / Perniagaan. CFO dan VP Kewangan dan Pengembangan Perniagaan Multimedia University (MMU)


Ahmad Zaki bin Ahmad Rafa'i - Pakar Motivasi / Pakar Runding Latihan


Bidang Politik

  • Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Hj Dato Dusuki - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Ustaz Dr Mohd Shafie Ngah - ADUN Bangi, Selangor (PRU13)/ Timbalan Speaker Dun Selangor 2014 - Sekarang
  • Alias bin Abdullah - bekas ADUN Alor Limbat, Terengganu (PRU11 dan 12)

Bidang Hiburan

  • Mohd Salleh Mohamed Deril - Kumpulan Brothers
  • Mohd Syahril bin Abdul Khalid - Kumpulan In-Team
  • Sofi Jikan - Pelakon dan Pengarah Filem[2]

Alamat dan telefon sunting

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Kilometer 11, Jalan Labu
71900, Labu
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: 06-7912245
Faks: 06-7912198

Rujukan sunting

  1. ^ "Pelajar Thailand di SMAP Labu cemerlang SPM". Utusan Online. 13 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-08. Dicapai pada 8 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Pelakon Sofi Jikan mohon maaf kepada 'junior-junior' di sekolah". Astro Awani. 5 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2017. Dicapai pada 8 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting