Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah

Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah atau nama ringkasnya SMA Tarbiah Islamiah, merupakan antara sebuah Sekolah menengah agama atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Pulau Pinang yang terletak di 109 Jalan Kampung Rawa. Pada Tahun 2016, sekolah ini ditukar ke bangunan lama asrama Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Francis Light di Jalan Perak.

Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah
Lokasi
 Malaysia 109 Jalan Kampung Rawa, 10150, Georgetown,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Nombor sekolah+6042826407
Kod sekolahPFT1001
Faks+6042826407


Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah memiliki 44 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 80 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pencapaian sunting

Pencapaian terbaik yang pernah dilakar oleh Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah ialah pada tahun 2012,Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 pada waktu itu memperoleh keputusan yang terbaik sepanjang sekolah itu ditubuhkan. Bilangan pelajar yang memperoleh sekurang kurangnya 1A menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun-tahun sebelumnya dan menunjukkan lulus 100%.Pada Tahun Berikutnya, PMR (Penilaian Menengah Rendah) merupakan peperiksaan terakhir yang dilaksanakan sebelum bertukar kepada format yang baru iaitu PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3). Seramai 15 pelajar sekolah ini akan menduduki peperiksaan ini pada tahun berikut. Keputusan yang diperoleh sekali lagi menunjukkan peningkatan dan merupakan pencapaian yang paling terbaik sepanjang peperiksaan pernah dijalankan di sekolah ini. peratus menunjukkan 15 pelajar yang menduduki peperiksaan ini lulus 100% dalam semua mata pelajaran. Hanya seorang memperoleh gred 6A 3B iaitu Siti Hajar Binti Zakirullah Tong, diikuti Mohamed Amir bin Sarjahan yang memperoleh gred 4A 5B. Peperiksaan SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama) merupakan peperiksaan yang wajib diambil oleh semua pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia. Keputusan peperiksaan ini pada tahun 2013 menunjukkan kecemerlangan dengan seorang pelajar memperoleh pangkat Jayyid Jiddan dan selebihnya memperoleh pangkat Jayyid dan Maqbul. Kesemua Mata Pelajaran Yang Diambil menunjukkan peratus 100% lulus. Pada Tahun 2014 pula, keputusan SMRA membanggakan walaupun tiada seorang yang memperoleh pangkat Mumtaz mahupun Jayyid Jiddan namun tiada pelajar yang gagal peperiksaan ini sama seperti peperiksaan tahun lepas. Tahun 2013 dan 2014 merupakan tahun Terbaik yang menunjukkan kecemerlangan dan peningkatan dalam peperiksaan SMRA.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah
Jalan Perak,
10150, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042826407
Fax = 6042826407

Pautan luar sunting