Sekolah Menengah Agama Telok Kemang


Sekolah Menengah Agama Telok Kemang atau nama ringkasnya SMATKEM, merupakan sebuah Sekolah agama yang terletak di Batu 9.

Sekolah Menengah Agama Telok Kemang
Lokasi
Si Rusa, 71050, Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah agama, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6066625366
Kod sekolahNFT2002
Faks6066627149
Laman sesawang
Map

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Telok Kemang memiliki 146 orang pelajar lelaki dan 148 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 294 orang. Ia mempunyai seramai 22 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Agama Telok Kemang merupakan salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Negeri Semblan pada Januari 2009.  Sekolah ini telah telah dibina pada tahun 1964 dan telah memulakan pengajiannya pada tahun 1965 . Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Rendah Agama Haji Awaludin, mengambil sempena nama Wakil Rakyat Kawasan Telok Kemang, Daerah Port Dickson. Ia dibina di atas sebidang tanah di pekan Telok Kemang yang diwakafkan oleh Tuan Haji Hitam bin Karim. Pada awalnya pengambilan pelajar adalah dari tingkatan satu hingga tiga dan tidak ada kemudahan asrama.

           Pada awal penubuhannya seramai 65 orang pelajar telah memulakan pengajian mereka di sini. Jumlah pelajar kemudiannya meningkat kepada 92 orang pada tahun 1975 tetapi kembali berkurangan pada tahun 1979 iaitu seramai 44 orang.          

Pada tahun 1989, Sekolah Menengah Rendah Agama Haji Awaludin telah berpindah ke kawasan baru di batu 9 Jalan Port Dickson. Sekolah ini bersebelahan dengan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Satu lembaran baru dalam sejarah sekolah ini telah diukir pada tanggal 28hb. Februari 1989 apabila nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (SMATKEM).

           Pada tahun sama, sekolah ini juga mengalami satu perubahan besar dalam sistem pendidikannya. Sekolah ini telah memulakan pengajiannya dari tingkatan satu hingga ke tingkatan 5. Untuk melicinkan lagi sistem pembelajaran di sekolah ini, bilangan tenaga pengajar telah bertambah dari semasa ke semasa.

           Sekolah ini pada awal pembinaannya mempunyai tiga buah bangunan. Dua daripadanya merupakan bangunan sekolah dan sebuah lagi bangunan asrama. Sekolah ini juga mempunyai sebuah dewan makan, sebuah rumah pengetua dan dua buah rumah guru. 3 buah bangunan tambahan turut dibina beberapa tahun berikutnya seperti makmal sains, bangunan KHB dan asrama lelaki.

           Pada tanggal 3 Mac 1992M bersamaan 28 Sya’ban 1412H, sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj. Mohamad Isa Bin Hj. Abdul Samad. Pihak sekolah telah dihadiahkan sebuah van hasil kutipan derma yang diusahakan oleh Syarikat Wanija Enterprise Sdn. Bhd.

           Sekolah ini dahulunya dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dan melalui perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan pada penghujung tahun 2008, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju meletakkan sekolah ini di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan ia dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

           Adalah diharapkan sekolah ini akan mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam semua bidang seiring dengan sekolah-sekolah agama di bawah Kementerian Pelajaran yang lain.


Alamat sunting

Sekolah Menengah Agama Telok Kemang
Batu 9
71050, Si Rusa, Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066625366
Faks = 6066627149

Pautan luar sunting