Sekolah Menengah Arab (JAIM)) Al-Asyraf


Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Asyraf Pekan Pulau Sebang atau nama ringkasnya SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, merupakan sebuah Sekolah menengah arab yang terletak di Bukit Merchat, Jln Tanjung Rimau Luar.

Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Asyraf Pekan Pulau Sebang
Lokasi
 Malaysia Bukit Merchat, Jln Tanjung Rimau Luar, 78000, Alor Gajah,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU, BERAMAL DAN BERIMAN
Nombor sekolah6065549022
Kod sekolahMFT0002[1]
Pengerusi PIBGTn Hj. Rahmat Bin Md. Akib
PengetuaCik Hjh Normadiah Binti Mohamad Isa
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPn Fauziah Binti Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Mohd Ghazali Bin Mohd Yusop
SingkatanSMASRA
Kemasukan475 orang pelajar
Faks6065549022 & 6065547364
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Arab Jaim Al-Asyraf memiliki 175 pelajar lelaki dan 160 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 335 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

SejarahSunting

Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Asyraf Pekan Pulau Sebang, (SMASRA) telah ditubuhkan pada 4 Januari 1988, hasil inisiatif Yang Berhormat Datuk Hj Mohd Shariff bin Hj Mohd Derus, Exco Agama dan Pendidikan Negeri Melaka pada waktu itu. Turut bertanggungjawab dalam penubuhan sekolah ini ialah Allahyarham Ustaz Tn Hj Jaafar bin Abdul Hamid, yang pada waktu itu menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Pada awalnya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama (JAIM) Pekan Pulau Sebang (SMAPPS). Lokasi sekolah terletak berhampiran dengan Pekan Pulau Sebang dan Pekan Tampin, 15 km dari Pekan Alor Gajah dan 40 km dari Bandar Melaka. Lokasi ini merupakan lokasi sementara berkongsi dengan Sekolah Rendah Agama Pekan Pulau Sebang ,menantikan bangunan sebenar sekolah ini yang dijangka siap penghujung tahun 2007, di mukim Tanjung Rimau, Alor Gajah Melaka.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn Hj Shukor bin Hj Salikin. Beliau merupakan bekas Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah dan seorang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran pendidikan. Namun begitu, beliau telah ditukarkan ke Maahad Tahfiz Anjung Batu, Serkam Melaka. Tempat beliau telah digantikan dengan Tn Hj Suboh bin Ma’soom bermula pada 1 Mac 2003. Pada tahun 1998, perjalanan sekolah ini dimulakan dengan sebuah Kelas Peralihan yang terdiri daripada 28 orang pelajar ; 24 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Seramai 17 pelajar lelaki ditempatkan di asrama pada awal penubuhan sekolah ini.

Pada tahun 1999, 2 buah kelas peralihan telah ditambah iaitu terdapat seramai 60 orang pelajar menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 88 orang. Tenaga pengajar telah meningkat kepada 5 orang bagi membantu melicinkan lagi perjalanan sekolah.

Tahun demi tahun berlaku pertambahan pelajar. Pada tahun 2002, ada seramai 147 orang pelajar iaitu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Dalam masa yang sama tenaga pengajar turut bertambah iaitu sermai 12 orang dibantu dengan 3 orang kakitangan sekolah. Pertambahan pelajar dan guru sebenarnya banyak membantu melicinkan perjalanan sekolah.

Sehingga tahun 2003, pelajar sekolah ini terus bertambah dan jumlahnya ialah seramai 151 orang. Pada tahun ini, "anak sulung" sekolah ini iaitu seramai 16 orang pelajar Tingkatan 5 Al-Amin telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan mereka berjaya mencatatkan keputusan 100% lulus.

Sekolah ini juga menyediakan asrama untuk para pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Seramai 17 orang lelaki ditempatkan di asrama pada awal penubuhan sekolah. Pada tahun 1999 dan 2000, Jabatan Agama Islam Melaka telah menyewa empat buah rumah teres dua tingkat untuk menampung 103 orang pelajar (lelaki dan perempuan) dan seramai 44 orang lagi berulang alik dari rumah ke sekolah. Pertambahan pelajar asrama telah memaksa pihak sekolah terutama daripada Pengetua Tuan Hj Suboh bin Maasom untuk meminta JAIM menyewa sebuah rumah untuk para pelajar. Kini jumlah rumah sewa sebanyak 6 buah di mana 2 buah rumah untuk pelajar lelaki dan 4 buah rumah untuk pelajar perempuan. Kerajaan Negeri Melaka melalui MAIM dan JAIM telah menyediakan tanah di Bukit Merchat dalam DUN Gadek untuk membina bangunan sekolah. Pada bulan Ogos 2007, bangunan sekolah di Bukit Merchat telah digunakan sepenuhnya. Sebanyak 4 buah bangunan sekolah telah dibina dan 3 buah bangunan untuk asrama.

Pada 2006, sekolah ini telah diserapkan ke dalam Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan ISlam dan Moral (JAPIM). Sekolah ini telah didaftarkan di bawah nama baru iaitu Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Asyraf (SMASRA). Bermula sesi persekolahan 2008, sekolah ini telah beroperasi sepenuhnya di bangunan baru yang terletak di Bukit Merchat. Pada pertengahan tahun 2009, PengetuaTuan Haji Suboh bin Maasom telah berpindah ke SMA (JAIM) Al-Ahmadi, Sungai Udang Melaka. Jawatan tersebut telah diisi oleh Cik Kamariah binti Ismail.

Pada tahun 2009 bilangan pelajar semakin bertambah menjangkau hampir ke 350 pelajar yang majoritinya tinggal di asrama. Pihak sekolah telah diberi kelulusan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dulu dikenali dengan Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) untuk membuka kelas tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama (STAM). Pihak sekolah telah menggambil tindakkan awal dengan membuka kelas Pra STAM di tingkatan 5. Pada bulan November 2010 Cik Kamariah binti Ismail telah ditugaskan di Jabatan Pelajaran Melaka. Jawatan pengetua di SMASRA telah diamanahkan kepada Cik Hjh Normadiah binti Mohamad Isa sehingga kini (2017). Pengalaman yang dimiliki oleh beliau di beberapa buah sekolah sekitar daerah Alor Gajah telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar SMASRA terutamanya di bidang akademik.

Pada tahun 2011 pula, buat pertama kalinya SMASRA menerima calon-calon Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Jangka masa pelajar untuk mengikuti kelas STAM adalah selama setahun. Seramai 35 orang calon telah menjalani peperiksaan STAM buat pertama kalinya. Atas sambutan yang menggalakkan, kelas STAM masih diteruskan sehingga kini. Pada tahun 2017, SMASRA mempunyai seramai 475 orang murid dan seramai 47 orang guru. Guru-guru terdiri daripada guru lantikan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Guru Akademik dan Guru Diniyah Jabatan Agama ISlam Melaka yang mengajar mata pelajaran Diniyah ataupun Kurikulum Al-Azhar.

PencapaianSunting

unidentified

Senarai PengetuaSunting

Bil Tempoh Nama
1 1998 - 2003 Tuan Haji Md Shukor bin Haji Salikin
2 2003 - 2009 Tuan Haji Suboh bin Maasom
3 2009 - 2010 Cik Kamariah binti Ismail
4 2010 - kini Cik Hjh Normadiah binti Mohamad Isa

Lagu SekolahSunting

SMASRA GEMILANG

Berkhidmat untuk semua

Berbakti ikhlas dan setia

Bersama SMASRA AL-ASYRAF

Mencapai wawasan

Menjadi generasi beriltizam

Cekal teguh dan berdisiplin

Bersatu capai kejayaan

SMASRA AL-ASYRAF

Cemerlang gemilang dan terbilang

Putera Puteri setia

Berpadu tenaga

Guru membimbing kejayaan

SMASRA AL-ASYRAF tetap utama

Di sini langkahku bermula

Ilmu penyinar penyuluh hidup

Cahaya masa depan

Jasamu tak dilupai


Bulan Kemerdekaan 2017Sunting

AlamatSunting

Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Asyraf Pekan Pulau Sebang
Bukit Merchat, Jln Tanjung Rimau Luar
78000, Alor Gajah
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065549022
Fax = 6065549022

RujukanSunting

Pautan luarSunting