Sekolah Menengah Imtiaz

rangkaian sekolah di Terengganu

Sekolah Menengah Imtiaz, atau nama rasmi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (disingkatkan menjadi IMTIAZ atau SMIYT) ialah rangkaian sekolah agama yang ditubuhkan di bawah Yayasan Terengganu. Rangkaian sekolah ini kini dikategorikan dalam sekolah agama bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkembangan penubuhan sunting

Penubuhan rangkaian sekolah ini diilhamkan pada 1996 oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan ketika itu, Idris Jusoh hasil daripada program Pintar al-Quran dengan pengambilan tujuh pelajar pertama pada 1999. Pada 2002, ia didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama Imtiaz dan sebagai sekolah swasta pada 2003. Pada 2004, ia diserahkan kepada Yayasan Terengganu dan pada 2006 dikawal selia oleh Integrity Icon Sdn Bhd, anak syarikat Yayasan Terengganu serta diiktiraf sebagai sekolah berasrama penuh kerajaan Terengganu. Pada 2007, ia didaftarkan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pendidikan sebelum mendapat status sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada 2010[1].

Senarai rangkaian sekolah sunting

  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Besut
  2. Sekolah Menengah Imtiaz, Dungun
  3. Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang
  4. Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu
  5. Sekolah Menengah Imtiaz, Kemaman
  6. Sekolah Menengah Imtiaz, Setiu
  7. Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Nerus
  8. Sekolah Menengah Imtiaz, Marang

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Nasif Badruddin (Jun 8, 2017). "Azharvard cemerlang [METROTV]". HMetro. Dicapai pada 4 Julai 2022.