Sekolah Menengah Imtiaz, Dungun


Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun atau nama ringkasnya Imtiaz Dungun, "IDUN", "SMID", ”iDexs” merupakan salah sebuah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu yang memulakan operasi pada tahun 2005 dengan pengetua pertama iaitu Encik Mazlan bin Che Wil yang kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun
Lokasi
 Malaysia Dungun Jalan Sura Jeti, Dungun, Malaysia, Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kerajaan Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Nombor sekolah6098483421
Kod sekolahTFT1002[1]
PengetuaUst Azli bin Musa
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Kahiri bin Talib
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mustaffa bin Ngah
Penolong Kanan KokurikulumPuan Edawati binti Omar
Faks6098482514
Laman sesawang

Sekolah ini mempunyai 2 bahagian iaitu Imtiaz A (atas) yang terletak di Jalan Teluk Lipat, Kompleks Sura Jeti, Dungun dan Imtiaz B (bawah) yang terletak di Jalan Sura Jeti, Dungun.

Sekolah ini juga diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kebitaraan Memanah dan Bahasa Arab

Sejarah sunting

Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun merupakan salah sebuah sekolah yang diilhamkan oleh bekas Menteri Terengganu iaitu Y.A.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh pada tahun 2005 bagi melahirkan generasi ULUL ALBAB (Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik). Pembelajaran di Sekolah Menengah IMTIAZ YT Dungun dibahagikan kepada 3 kurikulum iaitu Kurikulum Kebangsaan (Akademik), Kurikulum Agama (Diniyyah/I’dadi) dan Program Hafazan Al-Quran.

Pada tahun 2007, Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun terbahagi kepada 2 premis bagi menampung  jumlah pelajar yang semakin meningkat. Sekolah Menengah IMTIAZ Atas terletak di Kompleks Sura Gate yang beralamat di Jalan Teluk Lipat Dungun. Ia menempatkan pelajar tingkatan 4 dan 5. Sekolah Menengah IMTIAZ Bawah terletak di Jalan Sura Jeti Dungun yang menempatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.

Sesi persekolahan di IMTIAZ bermula jam 7.40 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang. Pengambilan pelajar adalah berdasarkan keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang memohon akan menjalani proses temu duga hafazan dan temu duga personaliti.

SM Imtiaz YT Dungun juga pernah mewakili negeri Terengganu Darul Iman ke Pertandingan Choral Speaking Sekolah-sekolah Menengah seperti pada Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan 2014 Piala Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dan Pertandingan Bicara Berirama Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2016.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Imtiaz
Dungun Jalan Sura Jeti, Dungun, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098483421
Faks = 6098482514

Rujukan sunting

Pautan luar sunting