Sekolah Menengah Islam Darul Ulum

sekolah persendirian Islam di Kedah, Malaysia

Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) ialah sebuah Sekolah Agama Rakyat yang terletak di sempadan Pokok Sena dan Kuala Nerang, Kedah. Bersama dengan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), kedua-dua gabungan ini dinamakan sebagai Muassasah Darul Ulum. Sekolah ini diasaskan oleh Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Sekolah Menengah Islam Darul Ulum
Lokasi
KM23 Jalan Kuala Nerang 06300 Kuala Nerang, Kedah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Rakyat
Moto"Ke Arah Melahirkan Ulama' 'Amilin Pewaris Anbiya"
Ditubuhkan1992
Nombor sekolah+604-7824454
PengetuaUstaz Abdullah bin Hj. Ramli
Laman sesawang

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1992 di bawah pentadbiran Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah di atas nama Markas Tarbiah Watta’lim. Kemudian pada 1998, nama sekolah ini dengan rasminya ditukar kepada nama sekarang, Sekolah Menengah Islam Darul Ulum.