Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa (CF) juga dikenali sebagai SMJK Chong Hwa, merupakan sebuah Sekolah Menengah yang terletak di Jalan Gombak, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Kuala Lumpur
吉隆坡中华国民型华文中学
Sekolah Menengah Kebangsaan Chong Hwa, Jalan Gombak.jpg
Lokasi
Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Sekolah Kerajaan
Moto礼 KESOPANAN

义 KEADILAN

廉 INTEGRITI

耻 KESEDARAN
SesiPagi
Nombor sekolah+60 03-40232411
Kod sekolahWEB0247
Pengerusi PIBGTan Soong Ling
PengetuaTan Siew Choo
GPK Pentadbiran dan AkademikTan Wei Chin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTe Ah Theen
Faks+603-40235459
Laman sesawang

SejarahSunting

Tahun 1919Sunting

Sekolah itu telah ditubuhkan dengan dan operasi bermula dengan menyewa tiga bangunan dua tingkat di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur kerana ketika itu sekolah ini tidak memiliki tanah sendiri. Hasil dari peningkatan bilangan pelajar, Lembaga Pengarah mengumpul dana untuk membeli sebuah harta tanah di mana Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa atau SRJK(C) Chong Hwa terletak pada hari ini iaitu di tepi Jalan Pahang, Setapak, Kuala Lumpur.

Tahun 1922Sunting

Kawasan sekolah ini ketika itu hanya disediakan dengan hanya empat bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah perpustakaan. Namun, bilangan kemasukan pelajar ke sekolah ini semakin meningkat setiap tahun. Perkara sedemikian telah menyebabkan sekolah kekurangan kemudahan yang sebegitu banyak sehingga pada tahun 1937, sekolah ini tidak lagi mampu menampung peningkatan bilangan pelajar.

Tahun 1938Sunting

Sekolah ini akhirnya telah membina sebuah bangunan dua tingkat yang lebih kukuh kerana pembinaan diperbuat daripada batu-bata. Sekolah ini akhirnya mampu menampung dua kali ganda bilangan pelajar pada tahun 1937.

Tahun 1939Sunting

Sekolah pendidikan pertama ditubuhkan dan secara rasminya dinamakan Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Cina Selangor. Encik Liang Long Guang (梁龙光) merupakan pengetua pertama sekolah ini. Tidak lama kemudian, lagu sekolah itu disusun dengan seorang bantuan guru muzik iaitu Encik Chen Luo Han (陈洛汉). Sekolah menengah pula mula memperkenalkan aliran seni dan sains dan reputasinya sekolah ini meningkat dari semasa ke semasa. Sekolah ini mempunyai lebih daripada 900 pelajar yang berasal dari Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Tahun 1940Sunting

Encik Liu Jing Sheng (刘经生) dilantik sebagai pengetua sekolah yang baharu selepas perletakan jawatan Encik Liang Long Guang. Disebabkan oleh Akta Pendidikan pada masa itu, sekolah menengah perlu dipindahkan ke Jalan Gombak iaitu 3.2km dari kedudukan asal sekolah.

Tahun 1941Sunting

Sekolah ini terpaksa ditutup kerana ketika itu dunia telah digegarkan dengan Perang Dunia Kedua dan Perang Pasifik. Sekolah ini telah dimusnahkan semasa peperangan dan apa yang ditinggalkan adalah runtuhan. Segala buku teks, peralatan, alat bantu mengajar dan usaha selama bertahun-tahun telah hancur.

Tahun 1945Sunting

Selepas pengunduran semula Tanah Melayu pada tahun 1945, sekolah rendah dibuka semula pada 1 November 1945 manakal sekolah menengah pula dibuka semula pada 26 Mac 1946. Sekolah menengah telah dibangunkan buat sementara waktu di seberang sekolah rendah.

Tahun 1954Sunting

Di bawah pentadbiran Encik Ye Shao Chun (叶少春), sekolah ini telah meningkatkan bilangan pelajar kepada 2,000 orang pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat bilik darjah yang tidak mencukupi dan pembinaan kampus baharu tidak dapat dimulakan. Pada tahun berikutnya, sekolah menengah terpaksa meminjam 16 bilik darjah dari sekolah rendah kerana bilangan pelajar yang semakin meningkat.

Tahun 1957Sunting

Pembinaan sekolah menengah di Jalan Gombak yang baharu itu akhirnya dimulakan dan telah selesai pada Julai 1958. Sekolah itu kemudiannya berkembang kepada 30 bilik darjah dan bilangan pelajar meningkat kepada 1,300 orang pelajar. Sekolah rendah mula menerima subsidi dari kerajaan dan menjadi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Secara tidak langsung, sekolah menengah terpaksa dipisahkan dari situ.

Tahun 1962Sunting

Sekolah Menengah itu telah dibahagikan kepada Sekolah Menengah Kerajaan Cina (SMJK Chong Hwa) dan Chong Hwa Independent High School. Walau bagaimanapun kedua-dua sekolah ini berkongsi di tanah yang sama. Kedua-dua sekolah itu pada ketika itu mempunyai kelas sesi pagi dan petang.

Tahun 1979Sunting

Encik Chen Di Long (陈迪隆) dilantik secara rasmi sebagai pengetua SMJK Chong Hwa.

Tahun 1982Sunting

Sekolah Menengah Bebas Chong Hwa kemudiannya berpindah ke Jalan Ipoh, manakala SMJK Chong Hwa masih kekal di Jalan Gombak. Dari situ, sekolah ini terus berkembang.

Tahun 1985Sunting

Kelas komputer mula diperkenalkan bersama dengan penganjuran Persekutuan Pelajar untuk menggalakkan para pelajar dan kakitangan sekolah untuk bekerjasama untuk memupuk semangat autonomi dan kesediaan, menghalang pengaruh sosial yang buruk kepada para pelajar yang akhirnya meningkatkan kualiti pelajar. Sepanjang tahun ini, sekolah ini sentiasa memperluaskan kemudahan sekolah demi memuatkan bilangan kemasukan para pelajar yang ramai.

Tahun 1994Sunting

Tiga auditorium berhawa dingin telah dibina untuk menyediakan persekitaran sekolah yang lebih baik. Pada 8 September 1994, Encik Li Yu Chai (黎煜才) dilantik sebagai pengetua bertindak selepas persaraan Encik Chen Di Long. Encik Chen Bao Wu (陈宝武) kemudiannya secara rasmi mengambil jawatan pengetua sekolah pada tahun berikut.

Tahun 1999Sunting

Sekolah ini mula menyediakan 4 bilik darjah yang selesa untuk menyediakan pelajar tingkatan enam dengan persekitaran yang selesa untuk belajar. Pada tahun yang sama, sekolah juga telah membaikpulih gelanggang bola keranjang yang sering digunakan untuk aktiviti sekolah. Pada 16 Oktober 1999, Encik Zhou Fu Chai (周福彩) dilantik sebagai pengetua sekolah selepas persaraan Encik Chen Bao Wu pada 8 Ogos tahun itu. Encik Zhou Fu Chai telah membawa SMJK Chong Hwa menjadi satu lagi piawaian yang berdaya saing sepanjang 8 tahun berkhidmat sebagai pengetua sekolah.

Tahun 2008Sunting

Encik Chen Bao Wu bersara pada 19 April 19, 2008 dan Cik Liu Yue Yao (刘玥瑶) dilantik sebagai pengetua sekolah yang baharu dan juga merupakan pengetua wanita pertama di sekolah.

Tahun 2009Sunting

Cik Liu kemudian dipindahkan ke SMK La Salle, Sentul pada 23 Ogos 2009, yang kemudian digantikan oleh Encik Liang Jing Lai (梁金来). Malangnya, Encik Liang tidak fasih berbahasa Cina dan kemudiannya dipindahkan ke SMK St.John pada 15 November 2009. Pada 16 November 2009, Encik Chai Chit Chuen (蔡 植群) telah dilantik sebagai pengetua sekolah dan berkhidmat di sekolah sehingga tahun 2014.

Tahun 2012Sunting

Encik Chai mendapati bahawa peningkatan pelajar sekolah semakin meningkat dan beliau bercadang untuk membina bangunan yang baharu. Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak pada 20 Januari 2012 iaitu ketika Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sekolah itu telah mengegarkan negara bahawa beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa Jalan Gombak di sini bagi pembinaan bangunan baru sekolah tersebut.

Tahun 2014Sunting

Persaraan Encik Chai Chit Chuin telah digantikan oleh Encik Goh Chee Chiang (吴志强).

Tahun 2015Sunting

SMJK Chong Hwa terus berkembang dengan membina sebuah dewan sekolah di belakang bangunan tengah sekolah. Dewan Sekolah tersebut telah siap dibina pada tahun 2017. Dewan Sekolah tersebut terdapat 14 bilik darjah, satu kantin sekolah dan satu dewan besar di tingkat atas yang mengandungi lapan gelanggang badminton.

Tahun 2017Sunting

SMJK Chong Hwa telah memansuhkan sesi petang dan SMJK Chong Hwa mula melaksanakan pengajian satu sesi pada 5 Februari 2017. Sekaligus telah menyebabkan Penolong Kanan Petang, Puan Chan Mai Moi (陈美湄) terpaksa berpindah ke sekolah lain. Beberapa bulan kemudian, sekolah menerima arahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menghentikan kemasukan pelajar tingkatan enam.

Tahun 2018Sunting

SMJK Chong Hwa sedang menantikan ulang tahun SMJK Chong Hwa yang ke-100 pada tahun hadapan. SMJK Chong Hwa ketika itu berada di ambang ke ulang tahun yang ke-100.

VisiSunting

SMJK Chong Hwa memartabatkan budaya ke arah kecemerlangan (提高文化层次,迈向灿烂前景).

MisiSunting

  1. Menyediakan pendidikan yang menyeluruh dan berkualiti.
  2. Membina insan yang cemerlang dan seimbang dalam akedemik, sahsiah dan kokurikulum.
  3. Melahirkan murid yang berani dan berkebolehan menghadapi cabaran hidup.
  4. Memelihara dan mengekalan tradisi sekolah jenis kebangsaan yang mementingkan tiga bahasa.

Peruntukan RM2.5 JutaSunting

Kerajaan Malaysia mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa Jalan Gombak di sini bagi pembinaan bangunan baru sekolah tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "Kerajaan telah meluluskan model pembangunan projek bagi menggantikan bangunan sekolah yang sudah lama." Peruntukan yang diberikan itu merupakan sebahagian daripada sumbangan kerajaan melalui Belanjawan 2012 untuk sekolah jenis kebangsaan Cina. "Sebagai Ah Jib Gor (abang), saya nak beri angpau kepada sekolah ini sebagai sumbangan ikhlas kepada rakyat." Katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalannya, Datuk M. Saravanan (Presiden MCA), Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Timbalan Menteri Pelajaran), Datuk Dr. Wee Ka Siong (Ahli Parlimen Wangsa Maju) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju, Datuk Mohd. Shafei Abdullah.

Kemudahan SMJK Chong HwaSunting

Bangunan BaharuSunting

- Bilik Darjah (Bersertakan Projektor LCD dan Penghawa Dingin)

- Bilik Guru (Bersertakan Penghawa Dingin dan Kelengkapan Komputer)

- Bilik Pengetua Sekolah (Bersertakan Perabot, Penghawa Dingin dll.)

- Bilik Penolong Kanan (Bersertakan Penghawa Dingin)

- Bilik Kaunseling (Bersertakan Penghawa Dingin)

- Bilik Disiplin (Bersertakan Penghawa Dingin)

- Bilik Mesyuarat (Bersertakan Penghawa Dingin)

- Kantin Sekolah

- Makmal Kimia (Bersertakan Projektor LCD)

- Makmal Biologi (Bersertakan Projektor LCD)

- Makmal Fizik (Bersertakan Projektor LCD)

- Makmal Komputer (Bersertakan Projektor LCD dan Penghawa Dingin)

- Auditorium (Bersertakan Projektor LCD dan Penghawa Dingin)

- Pejabat Am (Bersertakan Mesin Fotokopi, Faks dan Penghawa Dingin)

- Bilik Seni

- Bengkel Reka Cipta

- Bengkel Kerja Kayu

- Bengkel Jatihan

- Bengkel Masakan

- Perpustakaan Sekolah (Bersertakan Kelengkapan Komputer dan Penghawa Dingin)

- Tangki Air Hujan

Bangunan LamaSunting

- Bilik Darjah (Bersertakan Projektor LCD dan Penghawa Dingin)

- Surau Sekolah (Bersertakan Kelengkapan Perabot dan Penghawa Dingin)

- Bilik Darjah Agama Islam (Bersertakan Projektor LCD dan Penghawa Dingin)

- Kedai Buku

- Bilik Rawatan Dan Kesihatan (Bersertakan Penghawa Dingin)

- Pusat Kegiatan Pelajar (Bersertakan Gelanggang Bola Keranjang dan Pentas)

- Stor Sukan (Bersertakan Kelengkapan Sukan)

- Makmal Sains (Bersertakan Penghawa Dingin)

- Makmal Komputer (Bersertakan Projektor LCD dan Penghawa Dingin)

Bangunan DewanSunting

- Bilik Darjah (Bersertakan Penghawa Dingin)

- Dewan Sekolah (Bersertakan Pentas, Penghawa Dingin dan Gelanggang Badminton)

- Kawasan Tempat Letak Kereta

- Tangki Air Hujan

Hari Sukan SekolahSunting

Sebelum tahun 2012, SMJK Chong Hwa mengadakan Hari Sukan di padang sekolah setiap tahun. Padang sekolah tersebut sebesar kira-kira 0.9 ekar tanah. Namun begitu, tapak projek pembinaan bangunan baharu telah menggantikan kawasan padang sekolah. Hal ini demikian telah menyebabkan sekolah kekurangan kemudahan kesukanan. Dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan Hari Sukan Sekolah dengan menyewa Stadium Saidina Hamzah di Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) setiap tahun bermula tahun 2012.

Lagu SekolahSunting

Lagu Rasmi Sekolah SMJK Chong Hwa 《中华校歌》
Bahasa Cina

(Lirik Asal)

Cara Bacaan

(Han Yu Pin Yin)

Bahasa Melayu

(Diterjemahkan)

我们是马来西亚的好儿女 wǒ men shì mǎ lái xī yà de hǎo er nǚ Kamilah anak Malaysia yang baik
我们是马来西亚的好儿女 wǒ men shì mǎ lái xī yà de hǎo er nǚ Kamilah anak Malaysia yang baik
团聚在马来半岛的最当中 tuán jù zài mǎ lái bàn dǎo de zuì dāng zhōng Bersatu padu di tengah Semenanjung Tanah Melayu
礼义廉耻是我们做人的传统 lǐ yì lián chǐ shì wǒ men zuò rén de chuán tǒng Kesopanan, Keadilan, Integriti, Kesedaran adalah tradisi kami
严肃活泼是我们学习的作风 yán sù huó pō shì wǒ men xué xí de zuò fēng Serius dan aktif adalah gaya pembelajaran kami
世界文明正待我们迎头赶上 shì jiè wén míng zhèng dài wǒ men yíng tóu gǎn shàng Ketamadunan menunggu kita untuk mengejarkannya
历史使命正待我们奋起担当 lì shǐ shǐ mìng zhèng dài wǒ men fèn qǐ dān dāng Misi sejarah menantikan kebangkitan kita
为了祖国,为了人民 wèi le zǔ guó, wèi le rén mín Demi negara dan rakyat
认定目标向前,向前进 rèn dìng mù biāo xiàng qián, xiàng qián jìn Maju mara kecapi matlamat
雄心似火,壮志如虹 xióng xīn sì huǒ, zhuàng zhì rú hóng Cita-cita bagai api, perpaduan bagai pelangi
雄心似火,壮志如虹 xióng xīn sì huǒ, zhuàng zhì rú hóng Cita-cita bagai api, perpaduan bagai pelangi
看,中华儿女吐万丈光芒 kàn, zhōng huá ér nǚ tǔ wàn zhàng guāng máng Lihatlah, anak Chong Hwa menuju ke cahaya kegemilangan
Lagu Rasmi Murid Sekolah SMJK Chong Hwa 《中华同学歌》
Bahasa Cina

(Lirik Asal)

Cara Bacaan

(Han Yu Pin Yin)

Bahasa Melayu

(Terjemahan)

我爱中华,我爱中华 Wǒ ài zhōng huá, wǒ ài zhōng huá Saya sayang Chong Hwa, Saya sayang Chong Hwa
历史愈久,成就堪夸 lì shǐ yù jiǔ, chéng jiù kān kuā Semakin bersejarah, semakin mengagumkan
立校数十载,师生共一家 lì xiào shù shí zài, shī shēng gòng yī jiā Selama sepuluh tahun, guru dan pelajar adalah keluarga
中华同学,品行文雅 zhōng huá tóng xué, pǐn xíng wén yǎ Murid-murid Chong Hwa, perwatakan yang baik
为母校,为国家 wèi mǔ xiào, wèi guó jiā Demi sekolah, demi negara
牺牲小我不惧怕 xī shēng xiǎo wǒ bù jù pà Segala pengorbanan saya tidak akan takut
我们要维护中华 wǒ men yào wéi hù zhōng huá Kami perlu pertahankan Chong Hwa
我们要维护中华 wǒ men yào wéi hù zhōng huá Kami perlu pertahankan Chong Hwa

Semua lagu di atas merupakan lagu rasmi sekolah SRJK(C) Chong Hwa, SMJK Chong Hwa dan SMB Chong Hwa. Hanya SRJK(C) sahaja tidak mengamalkan budaya menyanyi "Lagu Rasmi Murid Sekolah Chong Hwa (中华同学歌)".

AlamatSunting

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa (CF), Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Telefon = 0340232411
Faks = 0340235459

RujukanSunting


Pautan luarSunting