Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Kuala Abang


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang atau nama ringkasnya SMK (A) Kuala Abang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jln. Kg. Baru Kuala Abang , Dungun , Malaysia. Sekolah ini telah mendapat pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa Ke-9 (2015) iaitu Kebitaraan Bahasa Melayu dan F1 in School [1]

Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Kuala Abang
Lokasi
Jln. Kg. Baru Kuala Abang , Dungun , Malaysia, Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoAl-Ihsan Hati Bestari
Nombor sekolah6098454485
Kod sekolahTRA1001[1]
PengetuaEn. Ridhuan bin Salim
GPK Pentadbiran dan AkademikEn.Zul @ Zulkifli bin Mansor
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Fauzi bin Nawang
Penolong Kanan KokurikulumEn. Azfian bin Ali
Faks6098456153
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Kuala Abang memiliki 229 pelajar lelaki dan 342 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 571 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang dibangunkan di atas tapak seluas 18.2 hektar di Kuala Abang, iaitu kira-kira 12 km dari bandar Dungun dan 68 km dari Kuala Terengganu. Pada awalnya sekolah ini dikenali sebagai sekolah bestari dan kemudiannya ditukar kepada SMK Agama Rantau Abang (KARA). Kemudiannya ditukar lagi kepada SMK Agama Kuala Abang atau pada hari ini lebih dikenali sebagai KAKA. Sekolah ini mula dibuka pada 1 Julai 1997 dengan pengambilan pertama pelajar seramai 523 orang dengan kelayakan 4A UPSR tahun 1996. Pendaftaran ambilan kedua dibuat pada 9 Ogos 1997 di mana seramai 172 orang telah dipilih. Pengambilan kedua pelajar tingkatan 1 dibuat pada awal tahun 1999 seramai 136 orang dengan kelayakan minima 4A 1B UPSR tahun 1998.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Kuala Abang
Jln. Kg. Baru Kuala Abang , Dungun , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098454485
Fax = 6098456153

Rujukan sunting

Pautan luar sunting