Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Kuda

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Kuda
Lokasi
Jalan Perak, KLANG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah333424810
Kod sekolahBEB0106[1]
Faks333432282



SEJARAH NAMA SEKOLAH sunting

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan (Inggeris) Bukit Kuda. Nama ini telah diberi oleh Pendaftar Sekolah-Sekolah Selangor. Sekolah ini ditubuhkan pada 8hb Januari 1968. Oleh kerana pembinaan bangunan-bangunan sekolah masih belum siap, murid-murid sekolah ini terpaksa berkongsi bangunan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (P) Bukit Kuda, Klang selama lima bulan. Pada 13 hb Mei 1968 murid-murid perintis ini telah berpindah ke bangunan sekolah yang telah siap dibina. Nama sekolah ini telah diubah menjadi Sekolah Menengah Perempuan Bukit Kuda pada bulan Jun 1981.

SEJARAH LEMBAGA PENGURUSAN sunting

Lembaga Pengurusan SMP Bukit Kuda telah ditubuhkan pada 5hb Januari 1968. Ahli Lembaga Pengurus yang telah dilantik terdiri daripada Encik S. S. Murugesu AMN, PJK, JP, Encik Yap Seng Kiat, Puan Amna Illias AMN, PJK dan Cik R.Sundram.

Mesyuarat pertama Lembaga Pengurusan telah diadalan pada 17hb Mei 1968 untuk memilih ahli-ahli jawatankuasa. Encik S. S. Murugesu dipilih menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus sementara Cik R. Sundram dipilih menjadi setiausaha. Ahli-ahli jawatankuasa yang lain termasuk Puan Amna Illias dan Encik Yap Seng Kiat. Kematian Encik S. S. Murugesu pada tahun 1973 menyebabkan calon baru terpaksa dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus.

Pada 1hb Januari 1974, Encik R Ramanathan telah dilantik sebagai Pengerusi baru sementara Cik R. Sundram kekal sebagai setiausaha. Ahli-ahli jawatankuasa yang lain ialah Puan Amna Illias, Encik Yap Seng Kiat, Encik Govindasamy a/l Raman dan Puan Bina Mandal.Pada bulan Ogos 1974, Puan Amna Illias telah meletak jawatan dan tempatnya telah diganti oleh Encik Abdul Malik bin Haji ABdul Halim AMN, PJK.

                             Pada 1hb Januari 1980, Cik R. Sundram telah ditukarkan menjadi guru besar Sekolah Rendah (P) Methodist, Klang. Tempat beliau telah diganti oleh Puan Fatimah bt Embong, sebagai guru besar yang baru serta setiausaha Lembaga Pengurus Sekolah. Pada 27hb November 1980, Encik Yap Seng Kiat telah meletak jawatan dan Tuan Haji Mohd. Ismail bin Mohd. Nordin PPS telah dilantik untuk menggantikan tempat beliau.

Pada 8hb Jun 1982, Ahli Lembaga Pengurus telah dibatalkan dan kini hanya terdapat Pengawal Kewangan untuk menguruskan hal-hal kewangan sekolah.


Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Kuda atau nama ringkasnya SMK (P) Bukit Kuda, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Perak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Kuda memiliki 0 pelajar lelaki dan 1484 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1484 orang. Ia mempunyai seramai 105 orang guru.2009

Sejarah sunting

smk p bukit kuda adalah sekolah yang mementingkan disiplin murid !

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Kuda
Jalan Perak
Selangor, Malaysia
Telefon = 333424810
Fax = 333432282

Rujukan sunting

Pautan luar sunting