Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuantan

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuantan atau nama ringkasnya MGSS (Methodist Girls' Secondary School), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gambut, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist
Lokasi
 Malaysia Jalan Gambut, 25000, Kuantan,, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095131989
Kod sekolahCEB4034
Faks6095133469


Pada tahun 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuantan mempunyai seramai 442 pelajar perempuan dan merupakan sekolah satu sesi. Terdapat seramai 42 orang guru. 20 buah kelas beroperasi di sekolah ini. Puan Josephine Hezrin binti Azhar merupakan pengetua MGSS sejak 17 November 2021, bersama barisan kepimpinan Encik Hazliman bin Ibrahim (PK Pentadbiran), Puan Rosita binti Mat Dahan (PK Hal Ehwal Murid) dan Puan Noorishah binti Zaidon (PK Kokurikulum).

Niche area MGSS merupakan pasukan Pancaragam Sekolah yang merupakan trademark bagi MGSS. Selain daripada itu, barisan Pengawas Sekolah juga menjadi kebanggaan warga MGSS. MGSS juga mempunyai rekod pencapaian akademik yang baik, terutamanya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Moto serta tagline MGSS ialah "From Darkness To Light", "Making Great Successes" dan "Sekolah Harian Biasa, Pencapaian Luar Biasa".

Sejarah sunting

1938 - Permulaan

Sekolah Perempuan Methodist, Kuantan telah dibuka di Kelab Cina, Jalan Bukit Ubi oleh Rev.dan Mrs.Abel Eklund. Pengetua yang pertama adalah Miss Mary Olson dan bersama 4 orang guru, beliau memulakan operasi sekolah ini. Apabila Miss Mary Olson bersara, Miss C. Lois Rea mengambil alih buat sementara sehingga Perang Dunia Kedua tercetus. Jumlah enrolmen murid pada waktu itu adalah seramai 115 orang dari Darjah 1 dan 2 dan Tingkatan 1 hingga 8.

1939-1945 - Tahun peperangan

Perang Dunia Kedua menghentikan operasi sekolah.

1947 - Permulaan Baharu

Sekolah Perempuan Methodist dibuka semula pada 20 Januari di Sekolah Abdullah. Hanya kelas Sekolah Rendah dibuka dengan Miss Rea sebagai pengetua. Walau bagaimana pun, satu kelas khas dibuka untuk murid yang lebih tua. Terdapat 56 orang murid Sekolah Rendah dan 6 murid Kelas Khas pada masa itu.

Pada bulan Februari, lokasi sekolah berubah ke lokasi sekarang di Jalan Gambut. Hari Sukan yang diadakan pada bulan Julai merupakan satu peristiwa yang menarik di mana DYMM Sultan Pahang, Bishop Edwin F. Lee, Rev. Abel Eklund dan tetamu-tetamu luar yang lain turut hadir.

1948 - Pembinaan Bangunan Baharu

Pembinaan dua bangunan sekolah kekal menggantikan dua pondok tinggalan Jepun bermula. Malangnya, yuran sekolah tidak dapat dinaikkan disebabkan beberapa orang murid telah meninggalkan sekolah. Enrolmen murid pada waktu itu adalah 174 orang.

2 unit bangunan sekolah berjaya disiapkan semasa Miss Rea bersara pada bulan Disember 1951.

1952- Tahun Penting

Pada waktu ini, enrolmen murid telah meningkat kepada 143 orang dengan 21 orang murid di Kelas Khas.

Pada bulan Februari, harapan insan-insan yang telah membina dan menjaga sekolah ini termakbul. Sekolah Perempuan Methodist telah menerima geran dalam bantuan untuk beroperasi sebagai Sekolah Rendah Darjah 1 hingga 5, kecuali Darjah 4.

Oleh kerana kekurangan ruang, Sekolah Kerajaan Abdullah telah bersetuju menerima murid Darjah 7 dan 8 Sekolah Perempuan Methodist di sekolah tersebut.

1953 - Kemajuan

Semua kelas kecuali Darjah 5 mendapat geran dalam bantuan.

Murid-murid berasa sangat gembira mengambil bahagian dalam Perarakan Pertabalan Sultan.

Mr. Barkar, Ketua Pegawai Pelajaran melawat sekolah. Beliau memuji kelancaran pentadbiran sekolah, walau pun terdapat banyak kekangan.

1954 - Dua Konsert Dilaksanakan

Pada akhir penggal pertama, satu konsert telah diadakan untuk ibu bapa. Sumbangan diminta dan 600 dolar berjaya dikumpulkan. Duit sumbangan tersebut digunakan untuk membeli kerusi meja untuk 2 buah kelas.

Satu lagi konsert diadakan pada bulan Disember dan kali ini ia terbuka kepada umum. Kira-kira 700 dolar berjaya dikumpulkan bagi tabung sekolah.

Pasukan bola jaring sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan di antara Sekolah Abdullah dan Sekolah Melayu dan Sekolah Perempuan Methodist berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

Pada bulan November 125 orang murid menduduki Peperiksaan Standard Kerajaan.


Pencapaian sunting

Alamat Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist sunting

Jalan Gambut
25000, Kuantan
Pahang, Malaysia
Telefon : 6095177048
Emel : ceb4034@moe.edu.my

Pautan luar sunting