Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina atau nama ringkasnya SMK (P) Raja Zarina, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Raja Muda Musa.

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina
Lokasi
Persiaran Raja Muda Musa, PELABUHAN KLANG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBELAJAR DAN BERPELAJARAN
Ditubuhkan10 Januari 1966
Nombor sekolah03-31688031
Kod sekolahBEB0109[1]
Pengerusi PIBGEN MOKHTAR BIN MANAF
PengetuaPN HAJAH ROHIMAH BINTI MUHAMMAD
GPK Pentadbiran dan AkademikPN HAJAH SABARIAH BINTI MOHD HUSAIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN HAJAH NORAZLINDA BINTI KASSIM
Penolong Kanan KokurikulumPN NOREZAN BINTI DAUD
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangDATIN HAJAH FAIZAH BINTI SANUSI
Faks03-31663605


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina memiliki 0 pelajar lelaki dan 1944 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1944 orang. Ia mempunyai seramai 111 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham, Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Pencapaian sunting

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah 2015 - Tempat Ke-2

Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah 2015 - Tempat Ke-2

Pertandingan Forum Peringkat Daerah 2015 - Johan

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah 2016 - Tempat Ke-1

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri 2016-Tempat Ke-3

Pertandingan Memasak-Maggi Peringkat Negeri 2016-Tempat Ke-3

Pertandingan Show Band Peringkat Kebangsaan-Pingat Gangsa

Pertandingan Show Band Asia Junior Marching Band Championship Peringkat Antarabangsa-Pingat Perak

Pertandingan Street Parade Asia Junior Marching Band Championship-Pingat Perak

Pertandingan Perbarisan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri-Johan

Alamat sunting

SMK (P) Raja Zarina,
Persiaran Raja Muda Musa,
42000 Pelabuhan Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon = 03-31688031
Fax = 03-31663605

Rujukan sunting

Pautan luar sunting