Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra


Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra atau nama ringkasnya SMK Ade Putra, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra
Lokasi
Masjid Tanah, 78300, Masjid Tanah, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-3841200
Kod sekolahMEA0074[1]
Pengerusi PIBGBelum diisi
PengetuaPn Rafidah Binti Abd Rahim
GPK Pentadbiran dan AkademikPn.Hasni Binti Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Salmah Binti Md Ali
Penolong Kanan KokurikulumPn Hjh Fatimah Binti Tarmudi
Faks06-3844085

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra memiliki 376 orang pelajar lelaki dan 366 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 742 orang.2009

Pada 2023, SMK Ade Putra mempunyai seramai 17 guru lelaki dan 39 orang guru perempuan serta 5 orang staf sokongan lelaki dan 8 orang staf sokongan perempun.

Kini setakat bulan Mei 2023, SMK Ade Putra mempunyai seramai 306 pelajar lelaki dan 284 pelajar perempuan. Terdapat 5 buah kelas tingkatan 1, 2 dan 3 serta 2 kelas Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dalam bidang penyediaan makanan. Selain itu, terdapat juga kelas Integrasi Kelas Khas Pembelajaran (Masalah Pembelajaran).





Sejarah sunting

Bangunan lama pada tahun 1 Januari 1982
 

Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra telah ditubuhkan pada 1 Januari 1982 sempena nama Ade Putra, iaitu nama mahaguru silat pahlawan Hang Tuah. Sebelum sekolah ini siap sepenuhnya, pelajar telah menumpang di sebelah petang di Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah (sekarang dikenali sengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi) selama sebulan.

Pada 1 Febuari 1982, pelajar mulai belajar di sekolah ini. Sekolah ini terletak di Kampung Air Hitam Darat, kira-kira 4.8 km dari Masjid Tanah di jalan menghala Tanjung Bidara. Luas kawasan sekolah ini ialah 6 hektar. Keluasan kawasan sekolah ialah 6.07 hektar dan 1.62 hektar ialah luas kawasan padang. Pelajar sekolah ini datang dari beberapa buah kampung yang berhampiran iaitu Kampung Air Hitam Darat, Kampung Air Hitam Pantai, Kampung Padang Kemunting, Kampung Pengkalan Balak, Sungai Tuang, Paya Mengkuang dan Tanjung Bidara.

Identiti SMK Ade Putra sunting

VISI
'Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera'

MISI
'Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara'

MOTO
'HIDUP BERJASA'


SMK Ade Putra : Sekolahku Sejahtera, Sepakat Melakar Kecemerlangan

#adeputra:langkahgemilangandabermuladisini

sunting

 

KERIS - Taming Sari (Semangat Waja).
BULATAN BESAR - Melambangkan universal, mengelilingi dunia.
BUKU - Menekankan budaya ilmu dan keutuhan pendidikan serta ilmu pengetahuan.
BULATAN BERGERIGI - Melambangkan teknologi dan teknikal.
1 1/82 - Tarikh ditubuhkan.
5 BULATAN KECIL - Rukun Islam.
HIDUP BERJASA - Cogan kata SMK Ade Putra.

Barisan Pentadbir 2023 sunting

PUAN RAFIDAH BINTI ABD RAHIM

(PENGETUA)

PUAN HASNI BINTI ISMAIL

(GPK1)

PUAN SALMAH BINTI MD ALI

(GPK HEM )

PUAN HJ FATIMAH BINTI TARMUDI

(GPK KOKU )

TUAN HAJI NOOR AZLAN BIN MUSLIN

(GPK P.KHAS)

 
PUAN RAFIDAH ABD RAHIM
 
PUAN HASNI BINTI ISMAIL
 
PUAN SALMAH BINTI MD ALI
 
PUAN HJ FATIMAH BINTI TARMUDI

Pengetua sunting

Dari Hingga Pengetua
1) 1982 1986 Tn. Hj. Hashim Mohd. Pjk
2) 1986 1992 Tn. Hj. Abd. Kahar Tamby Chik
3) 1992 1995 Tn. Hj. Mohd. Yunus Md. Noh
4) 1995 1996 Tn. Hj. Badrun Md. Nor
5) 1996 1997 Pn. Hjh. Maimun Abdul
6) 1997 2000 Tn. Hj. Sahari Jantan
7) 2000 2001 Tn. Hj. Rashid Budin
8) 2001 2004 Pn. Hjh. Julia Mahmud
9) 2004 2006 Tn. Hj. Kasim Mohamad
10) 2006 2007 Tn. Hj. Lazis Jaffar
11) 2007 2008 Tn. Hj. Zolkaply Yunus
12) 2009 2010 Th. Hj. Ismail Sulaiman
13) 2010 2012 Tn. Hj. Md. Noor Bin Awang
14) 2012 2014 Tn. Hj. Hamdan Bin Hashim
15) 2014 2015 Pn. Hjh. Zaleha Binti Ahmad
16) 2015 2020 Tn Hj Md Yazed Bin Yatim
17) 2020 2022 Pn Mazlina Binti Mohammed
18) 2022 Kini Pn Rafidah Binti Abd Rahim

Lagu sekolah sunting

Sekolahku

Gedung ilmuku yang kucintai

Sekolah Menengah Ade Putra

Tetap abadi

Belajar terus belajar

Itulah ikrar kami

Maju dalam pelajaran

Dan juga sukan

Hidup berjasa

Itulah cogannya

Rukun Negara pegangan kami semua

Itu janjiku.

Persekitaran sunting

Sekolah ini terletak lebih kurang 5 km dari pekan Masjid Tanah. Kebanyakan pelajar sekolah ini berasal dari Kampong Air Hitam Darat, Kg Telok Gong, Tg Bidara,Londang, Kg Padang Kamunting, Kg Pengkalan Balak, Sg Tuang dan Kg Sg Kertah. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Kolej Matrikulasi Melaka. Persekitaran sekolah ini dikelilingi oleh kawasan perumahan seperti Taman Bidara Jaya, Taman Bidara Permai, Taman Pengkalan Balak dan lain-lain. Sekolah lain yang berada berhampiran dengan sekolah ini ialah SMK Sultan Alauddin, SMK Ghafar Baba, SMK Hang Kasturi, SK Pengkalan Balak dan SK Sg Tuang.

Panorama D'Putra sunting

Arca D'Putra Bangunan Baru Bengkel SRT Bengkel KHB
 
Arca D'Putra ini telah direka oleh bekas guru SMK Ade Putra,En Zaini Aman. Arca berbentuk keris ini melambangkan keberanian dan kecekalan warga SMKAP menghadapi cabarab dan rintangan.
 
Bangunan baru dibina pada tahun 2002. Bangunan setinggi 3 tingkat ini menempatkan bilik mesyuarat di tingkat bawah,Makmal Bahasa,Tingkatan 1A dan 2A serta bilik BOSS di tingkat 1,Tingkatan 2 di tingkat 3 dan Tingkatan 1 di tingkat 3
 
Bangunan ini menempatkan bengkel khas untuk mata pelajaran MPV Seni Reka Tanda. Terdapat 2 kelas iaitu Tingkatan 4 SRT dan 5 SRT yang mengambil mata pelajaran ini. Pernah menjadi benchmark untuk peringkat kebangsaan.Selain itu bangunan ini juga menempatkan 2 buah makmal sain tulen serta Tingkatan 4 dan 5 Sains.
 
Bangunan ini merupakan bengken untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.Terdapat 2 buah bengkel disini.Selain itu di bangunan ini juga terletaknya Bilik Rawatan SMKAP.
Dataran Tun Fatimah Laluan Ilmu Surau Ar-Rahmaniah Laluan Masuk
 
Nama diambil sempena seorang serikandi Malaysia yang terkenal iaitu Tun Fatimah dan merupakan anakanda perempuan kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Dataran ini menjadi tempat perhimpunan pagi diadakan pada setiap hari Isnin dan juga tempat bagi kebanyakan acara rasmi diadakan
 
Di laluan ini terdapat pelbagai informasi tentang kelab dan persatuan yang terpilih seperti Kelab Siber,Persatuan Bahasa Melayu.Segala info tentang persatuan dan kelab boleh didapati di sini
 
Surau Surau Ar-Rahmaniah terletak di sebelah kiri pintu masuk ke SMK Ade Putra. Terdapat pebagai aktiviti yang diadakan di surau ini.Antaranya ialah program Keindahan Bersama Islam pada setiap petang Jumaat, amali solat,Program masih ada yang sayang dan sebagainya
 
Disebelah kanan terletak padang SMKAP dan disebelah kiri berdiri megah surau Surau Ar-Rahmaniah. Disepanjang laluan masuk ini ditanami dengan pelbagai pokok bunga

Galeri Warisan sunting

Sudut Warisan Sudut Warisan Sudut Warisan
 
 
 

Galeri ini terletak di pusat sumber sekolah. Lokasi ini memudahkan para pelajar untuk mengunjunginya setiap kali mereka masuk ke pusat sumber.

Antara warisan tradisional yang terdapat dalam sudut galeri warisan SMK Ade Putra ialah:

ALATAN TRADISIONAL VIDEO GAMBAR
TENUNAN KAIN PUA sunting
  • Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat ialah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak.
  • Ia ialah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan ‘Kek Iban’.
  • Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular dalam kalangan masyarakat Sarawak.
  • Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17
  • Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga boleh dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi.
  • Jalinan hasil tenunan dan kegemilangan kombinasi warna dan corak tenunan yang mempersonakan, memaparkan keindahan serta nilai estetika dan mistik tenunan pua yang masih terpelihara hingga ke hari ini.
  • Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm.
  • Reka corak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.
Video
 
BATU KISAR sunting
  • Batu kisar diperbuat daripada batu granit dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak.
  • Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar.
  • Bahagian ibu pula mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran.
  • Batu kisar biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih.
  • Ia juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk ubat-ubatan tradisional.
  • Menggunakan tenaga manusia untuk memusingkan batu boh tersebut.
  • Batu kisar dipusing pada pemegangnya pada arah lawan jam.
  • Beras pulut yang sudah hancur menjadi tepung akan keluar dari celah-celah batu boh (yang bulat) dan masuk ke dalam alur terus ke hujung alur dan masuk ke dalam mangkuk yang diletak di bawahnya.
Video
 
LESUNG BATU sunting
  • Lesung batu diperbuat daripada batu tunggal (monolith).
  • Ia mempunyai anak batu yang digunakan sebagai penumbuk dan bekas penumbuk yang lompang dipanggil ibu
  • Ia digunakan untuk menumbuk bahan dalam kuantiti yang sedikit seperti cili, rempah, kacang dan kerisik untuk kegunaan harian..
Video
 
TEMPAYAN sunting
  • Tempayan merujuk kepada sejenis bekas yang diperbuat daripada tembikar.
  • Bekas ini bermulut luas dan terdapat dalam pelbagai saiz, kadangkala dengan pelbagai ukiran tetapi biasanya tanpa ukiran.
  • Selain itu, terdapat juga tempayan yang mempunyai ukiran timbul pada bahagian sisinya.
  • Tempayan ini berasal dari negeri China, dan digunakan bagi menyimpan barangan, makanan, air dan sebagainya.
  • Apabila barangan yang di dalamnya habis dijual, bekas ini turut dijual.
  • Tempayan mempunyai pelbagai kegunaan, antaranya penggunaan untuk membuat ikan pekasam, menyimpan air basuh kaki, memeram air tapai, dan malah digunakan bagi menyimpan mayat di kalangan orang pribumi Borneo
Video
 
BATU GILING sunting
  • Batu giling diperbuat daripada batu dan terdiri daripada yang dipanggil ibu dan anak.
  • Ibu adalah bahagian dasar batu giling yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan untuk digiling.
  • Anak pula ialah anak batu yang digunakan untuk menggiling bahan gilingan di atas ibu.
  • Cara menggiling adalah anak digerakkan dengan memegang bahagian kiri dan kanannya secara sorong tarik.
  • Tujuannya agar bahan gilingan dapat digiling dengan serata.
  • Batu giling biasanya digunakan untuk menggiling cili, rempah, kelapa, kacang dan bahan-bahan lain.
  • Selalunya menggiling cili tangan akan berasa pijar
Video
 
CONGKAK sunting
  • Congkak ialah sejenis permainan dalaman yang menggunakan kayu bujur berlubang atau lubang di tanah dan buah-buahnya daripada biji saga, guli, batu kecil dan lain-lain.
  • Ia dipercayai berasal dari dunia Afrika atau Arab.
  • Objektif permainan congkak biasanya ialah mengutip jumlah buah paling banyak.
Video
 

Program sepanjang 2017 sunting

  1. Pendaftaran Murid Ting 1 - Ting 5 Untuk Sesi Persekolahan 2017
  2. Merentas Desa Peringkat Sekolah SMK Ade Putra 2017
  3. Majlis Penyampaian Watikah Pengawas 2017
  4. Program Fokus Spm 2017
  5. Majlis Pelancaran Program Nilam Dan Tahun Membaca 2017
  6. Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-23 SMK Ade Putra 2017
  7. Lawatan Penanda Arasan Ke SMK Dato Ali Haji Ahmad,Pontian
  8. Program Rekreasi Dan Motivasi Pendidikan Khas SMKAP
  9. Perkhemahan Bersapadu Unit Beruniform 2017
  10. Hari Guru SMKAP 2017
  11. Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah
  12. Program Sumbagan Hari Raya
  13. Majlis Iftar Ramadan Peringkat Sekolah
  14. Sambutan Aidilfitri Peringkat SMK Ade Putra
  15. Karnival Kokurikulum 2-3 Ogos 2017
  16. Sambutan Bulan Kemerdekaan 2 Ogos-16 September 2017
  17. Solat Hajat dan Bacaan Yasin PT3 dan SPM 28 September 2017

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 sunting

Pada bulan Ogos dan bulan September setiap tahun, masyarakat Malaysia sama ada di bandar atau di desa, sekolah, badan-badan kerajaan atau swasta akan menganjurkan program sambutan bulan kemerdekaan agar usaha melahirkan modal insan berkualiti di samping memiliki jati diri yang jitu dapat dilahirkan. Pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat akan menjadikan sebuah bangsa Malaysia yang berani, tegas, berkeyakinan tinggi dan dihormati. Generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang seharusnya memiliki semangat sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara. dihormati. Generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang seharusnya memiliki semangat sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara. Tema sambutan pada tahun 2017 "SEKOLAHKU, NEGARAKU, SEHATI SEJIWA" Objektif program ini,adalah diharapkan murid berupaya menghargai diri sendiri dan bertindak untuk meningkatkan semangat bersatu, dan saling menghormati serta berusaha menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai


Barisan Guru Majlis Pelancaran Nyanyian Lagu Patriotik Merdeka Mountaineering Challenge 2- Angsi 2017
 
Barisan pendidik bersama-sama pihak pentadbir dan Yang Dipertua PIBG, Datuk Dr Hj Ihsan bin Osman.SMK Ade Putra mempunyai 64 orang guru (22 guru lelaki dan 42 guru perempuan).
 
Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah dilancarkan pada 3 Ogos 2017 oleh YB Datuk HJ Md Rawi Bin Mahmud (ADUN Tg Bidara ) di Dataran Tun Fatimah. Sempena pelancaran tersebut telah diadakan larian Jalur Gemilang.
 
Para pendidik dan tetamu serta murid-murid menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan rasa bangga dan cinta akan negara.
 
Program Merdeka Mountaineering Challenge 2- Angsi 2017 ini disertai oleh seramai 45 orang murid dan 15 orang guru termasuk guru pelatih.Tujuan program ini untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar sambil mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Angsi Ulu Bendol.


Ceramah Keselamatan Jalan Raya Larian Jalur Gemilang Eksplorasi Merdeka Tg Tuan 2017 Merdeka Mountaineering Challenge 2- Angsi 2017
 
Ceramah keselamatan jalan raya ini telah diadakan pada 8 September 2017 bertempat di Dataran Tun Fatimah.Ceramah tersebut telah disampaikan oleh wakil Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pemakaian topi keledar.
Larian ini telah di sertai oleh murid-murid tingkatan 1 dan 2.Larian perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda agar mereka sentiasa cergas, cerdas dan menjadi warga produktif untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan dan kesejahteraan negara ini.
 
Eksplorasi Merdeka Tg Tuan 2017 telah diadakan pada 6 September 2017 bertempat di Tanjung Tuan,Port Dickson. Disertai seramai 42 orang murid dan 6 orang guru. Tujuannya untuk memupuk semangat cinta akan negara dan menghargai keindahan alam sekitar.
 
Sebahagian daripada anggota rombongan Program Merdeka Mountaineering Challenge 2- Angsi 2017 telah berjaya menawan dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Angsi. Ekspedisi ini telah diadakan pada 9 September 2017 di Ulu Bendol,Kuala Pilah

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra
78300, Masjid Tanah
Melaka,   Malaysia
Telefon = 06-3841200
Faks = 06-3844085

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Laporan akhbar