Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

frames

Sehingga kini, terdapat 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ditubuhkan di seluruh Malaysia.

SejarahSunting

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan Negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.[1]

Matlamat SMKASunting

  • Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
  • Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi
  • Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
  • Member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara

Objektif SMKASunting

SMKA ditubuhkan dengan beberapa objektif, antaranya:

  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

Falsafah Pendidikan SMKASunting

"Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang seimbang kearah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara."

Visi SMKASunting

Melahirkan Modal Insan Teknokrat Agama (Mutadayyin)

Misi SMKASunting

Bagi merealisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited :

  • Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk realiti ilmu dan penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
  • Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisien dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
  • Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
  • Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim sini
  • Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi luar

KeistimewaanSunting

  • Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
  • Banyak peluang melanjutkan pelajaran
  • Menguasai Bahasa Arab, Jawi dan Kemahiran Al-Quran
  • Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
  • Lahir pendakwah yang berhikmah dan bertanggungjawab

Syarat kemasukanSunting

Bagi memasuki SMKA, calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minimum berikut :

Tingkatan SatuSunting

  • Mendapat 6A/5A 1B ( SK )
  • Boleh membaca Al-Quran
  • Boleh menulis jawi
  • Tahu sembahyang/solat
  • Beragama islam
  • Lulus ujian PAFA ( UPSR )
  • Berumur 12 tahun atau 13 tahun yang lahir pada 31hb Disember (tahun semasa)
  • Lulus Pendidikan Islam
  • Sekurang-kurangnya 3A dalam Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)
  • pandai serba sedikit tentang Bahasa Arab
  • memiliki 3 sijil berasaskan pendidikan islam

Tingkatan EmpatSunting

  • Lulus PT3, sekurang-kurangnya mendapat 4A
  • B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
  • A dan B dalam mata-mata pelajaran lain
  • Lulus ujian PAFA dalam PMR
  • Berumur 16 tahun atau kurang

Tingkatan Enam RendahSunting

  • Lulus SPM
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Kepujian dalam Bahasa Arab Komunikasi atau lulus Bahasa Arab Tinggi
  • Lulus mata pelajaran Pengajian al-Quran dan as-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah
  • Berumur antara 17 dan 20 tahun

Senarai Mata Pelajaran DitawarkanSunting

Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Geografi
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Asas Sains Komputer
  • Hifz Al Quran (SMKA TMUA)
  • Maharat Al Quran (SMKA TMUA)


Menengah Atas (Tingkatan 4-5)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Sains
  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Prinsip Perakaunan
  • Perniagaan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Hifz Al Quran (SMKA TMUA)
  • Maharat Al Quran (SMKA TMUA)

Pra-Universiti (Tingkatan 6)

  • Pengajian Am
  • Bahasa Melayu
  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Tahfiz Al Quran (TMUA)
  • MUET

Senarai SMKASunting

Senarai SMKA adalah seperti berikut:

JPN PerlisSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Logo Rasmi
1 SMKA Arau SMKAA TMUA - 1933 Ilmu, Usaha, Jaya
2 SMKA (P) Alawiyah SMKAP SKK - 1947 Ilmu Asas Taqwa

JPN KedahSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Logo Rasmi
3 SMKA Kedah SMKAK SKK, TMUA[2] PPD Alor Setar 1984 Ketekunan Asas Kejayaan
4 SMKA Baling SMKAB PPD Baling 1996 Berilmu, Beramal, Bertaqwa
5 SMKA Sik SMKAS SKK PPD Sik 1998 Beriman, Berilmu, Beramal
6 SMKA Yan SMKAY PPD Sungai Petani-Yan 1997 Berilmu, Beramal, Berjihad
7 SMKA Jerlun AJER - PPD Jerlun 2019 Berilmu, Beriman, Beramal

JPN Pulau PinangSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
8 SMKA Al Irshad SMAI SBT PPD Seberang Perai Utara 1977 الإيمان أساس النجاح
9 SMKA Sheikh Abdullah Fahim[3] SMKA SAF SKK, TMUA PPD Seberang Perai Selatan 1995 Iman, Amal, Taqwa
10 SMKA al-Mashoor (L) SMASH SKK PPD Barat Daya 1916 Beriman dan Berilmu
11 SMKA (P) al-Mashoor SMASH PPD Seberang Perai Utara 1916 Beriman dan Berilmu

JPN PerakSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
12 SMKA Sultan Azlan Shah KASAS SKK PPD Perak Tengah 1984 Berilmu, Beramal, Bertaqwa
13 SMKA Slim River SMKASR PPD Muallim 1993 Berilmu, Beriman, Beramal
14 SMKA Kerian KERIS TMUA PPD Kerian 1999 Istiqamah Cemerlang

JPN SelangorSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
15 SMKA Tun Hajah Rahah[4] SKK Sabak Bernam, Selangor 1983 Disiplin Teras Kejayaan
16 SMKA Kuala Selangor KUSISS SKK Kuala Selangor, Selangor 1994 Iman, Ilmu, Amal
17 SMKA Maahad Hamidiah MAHISS SKK Kajang, Selangor 1977 إن العلم نور

JPN Wilayah PersekutuanSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPW Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
18 SMKA Kuala Lumpur SMKAKL TMUA PPW Kuala Lumpur 1988 Berilmu, Beramal, Berbakti [1]
19 SMKA Putrajaya SMAPUTRA SKK PPW Putrajaya 2011 Berilmu, Beriman, Berintegriti [2]

JPN Negeri SembilanSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
20 SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said SMKA SHAMS SKK PPD Seremban 1959 Dunia dan Akhirat Tuntutan Hidup [3]
21 SMKA Dato' Hj. Abu Hassan Sail SEMADAH SKK, TMUA PPD Rembau 1995 Cemerlang di Dunia, Sejahtera di Akhirat

JPN MelakaSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
22 SMKA Sharifah Rodziah SHAHROD SBT PPD Melaka Tengah 1977 Al-Amanah [4]
23 SMKA Sultan Muhammad SULTAN SKK PPD Melaka Tengah 1967 Ilmu Punca Kejayaan [5]
24 SMKA Tun Perak[5] PPD Jasin 1965 Maju Terus [6]

JPN JohorSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Logo Rasmi
25 SMKA Maahad Muar MAAHAD SKK, TMUA PPD Muar 1963 العلم، الإيمان، العمل
26 SMKA Segamat SEMANGAT SKK PPD Segamat 1988 العلم، الإيمان، العمل
27 SMKA Johor Bahru SMKAJB SKK PPD Johor Bahru 1997 Beriman, Berilmu, Beramal
28 SMKA Bandar Penawar SMKABP SKK PPD Kota Tinggi 1993 Al-Falah
29 SMKA Pagoh SMKAP PPD Muar 2017 Ilmu, Takwa, Amal
30 SMKA Haji Muhammad Yassin SMKAHMY - PPD Muar 2021 Ilmu, Iman, Amal

JPN PahangSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
31 SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan SMKA TAHAP SKK PPD Jerantut 1984 Baca, Amal, Hayati [7]
32 SMKA Pahang SMKAP SKK PPD Rompin 1996 Berilmu, Bertaqwa
33 SMKA Kuala Lipis - - PPD Kuala Lipis 2017 Ilmu, Istiqamah, Amal -

JPN TerengganuSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
34 SMKA Sheikh Abdul Malek SHAMS SKK PPD Kuala Terengganu 1984 اقرا، أسجد، اقترب [8]
35 SMKA Dato' Haji Abbas SMKADHA SKK PPD Kuala Terengganu 1953 العلم نور
36 SMKA Wataniah SMKAWA SKK PPD Besut 1950 العلم أساس العلى [9]
37 SMKA Durian Guling SMKADG SKK PPD Marang 1954 Belajar Berjasa
38 SMKA Nurul Ittifaq SMKANI PPD Besut 1930 العلم أساس التقدم
39 SMKA Kuala Abang SMKAKA SKK PPD Dungun 1997 Al-Ihsan Hati Bestari

JPN KelantanSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
40 SMKA Naim Lilbanat SMART NAIM SBT PPD Kota Bharu 1941 Islam Suluh Tamadun
41 SMKA Falahiah SMKAF SKK PPD Kota Bharu 1939 نور على نور
42 SMKA Wataniah SKK PPD Machang Ilmu, Iman, Amal
43 SMKA Melor SKK PPD Kota Bharu 1990 Iman, Amal, Taqwa
44 SMKA Tok Bachok ToBaNISS SKK, TMUA PPD Bachok Beriman, Beristiqamah
45 SMKA Lati SKK PPD Pasir Mas 2002 Beriman, Berilmu, Beramal

JPN SabahSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
46 SMKA Tun Ahmadshah TUNAS PPD Kota Kinabalu 1988 Berilmu, Beramal, Bertaqwa
47 SMKA Kota Kinabalu SMKAKK TMUA PPD Kota Kinabalu 1990 Berilmu, Beriman, Beramal
48 SMKA Limauan SMALNIS PPD Papar 1977 Beramal dan Bertaqwa
49 SMKA Tun Datu Mustapha SMKA TDM PPD Papar 2003 Berilmu, Beriman, Bertaqwa
50 SMKA Mohamad Ali SEMEKAR PPD Ranau 1989 Berilmu, Beramal, Bertaqwa
51 SMKA Tun Said SMATS KB PPD Kota Belud 2001 Beriman, Berilmu, Beramal
52 SMKA Keningau SEMAKEN PPD Keningau 2013 Berilmu, Beramal, Bertaqwa [10]
53 SMKA Tun Juhar SEMAJU PPD Sandakan 1989 Tauhid Asas Iman
54 SMKA Tun Sakaran SMATS Semporna PPD Semporna 1983 من جد وجد

JPN SarawakSunting

No. Nama Sekolah Singkatan Status PPD Ditubuhkan Pada Moto Laman Rasmi
55 SMKA Sheikh Hj. Othman Abdul Wahab SMKA SHOAW SKK TMUA PPD Kuching 1976 Berilmu, Beramal, Bertaqwa [11]
56 SMKA Matang 2 SAMAKu PPD Kuching 1985 Ilmu, Iman, Amal [12]
57 SMKA Sibu SMKAS PPD Sibu 1985 Berilmu, Bertaqwa, Berbakti
58 SMKA Miri SMKAMi PPD Miri 1985 Berjihad dan Bertaqwa
59 SMKA Limbang SMKALim PPD Limbang 1985 Beriman, Berilmu, Beramal
60 SMKA Igan SMKAI PPD Mukah 1985 Berilmu, Beriman, Beramal
61 SMKA Tun Ahmad Zaidi SMKATUNAZ SKK PPD Kuching 1997 الإتقان فى العمل
62 SMKA Saratok SMK ASAR PPD Saratok 2002 Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa

RujukanSunting

  1. ^ SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)
  2. ^ TMUA stands for Tahfiz Model Ulul Albab, a status given to a school by MOE to organise Tahfiz al-Quran programme for its students.
  3. ^ Abdul Rohim, Andi; Azudin, Ammar Yas (30 January 2016). "SMKA Nibong Tebal kini SMKA Sheikh Abdullah Fahim". Malaysia Aktif. Dicapai pada 5 August 2016.
  4. ^ Mohd., Hariz (17 June 2016). "SMKA Sabak Bernam is now SMKA Tun Hajah Rahah". New Straits Times. Dicapai pada 5 August 2016.
  5. ^ "SMK Tun Perak kini SMK Agama". Utusan Malaysia. 9 May 2012. Dicapai pada 5 August 2016.