Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah atau nama ringkasnya SMKA (P) Alawiyah, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Persiaran Jubli Emas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah
Lokasi
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Asas Takwa
Nombor sekolah6049760336
Kod sekolahRRA0002[1]
Faks6049770834
Laman sesawang
Map

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah memiliki 830 pelajar perempuan dan seramai 69 orang guru.2009

Sejarah sekolah[2] sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar ini ditubuhkan ekoran daripada sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pelajar yang menuntut di al-Madrasah ad-Diniyyah, Arau, Perlis. Madrasah tersebut hanya menempatkan penuntut-penuntut lelaki sahaja. Oleh yang demikian, terdapat pihak yang merasakan bahawa pelajar perempuan juga perlu mendapat pendidikan yang sama. Sehubungan itu, Pejabat Zakat dan Fitrah Negeri Perlis juga telah mencadangkan supaya dibina sebuah madrasah yang khusus bagi pelajar-pelajar perempuan.

Pada mulanya, madrasah ini hanya menggunakan rumah Imam Masjid Alwi, Kangar iaitu rumah Tuan Syeikh Abu Bakar al-Asy’ari. Kemudian ia dipindahkan ke Pengkalan Asam, Kangar pada tahun 1367H bersamaan 1947M. Ketika itu madrasah ini hanya dikenali dengan nama al-Madrasah al-‘Alawiyah ad-Diniyyah, Arau, Perlis. Walau bagaimanapun, segala pengurusan dan pentadbirannya diurus sepenuhnya oleh pihak Jabatan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis dan pengetuanya yang pertama pada masa itu ialah Ustaz Salleh bin Osman.

Pada tahun 1957, madrasah ini berpindah ke Bandar Kangar yang terletak berhampiran dengan Masjid Alwi, Kangar.  Ketika itu, bangunan Pejabat Bekas Penasihat British telah digunakan buat sementara waktu sehingga bangunan baru siap dibina. Pada tahun 1963, dua blok bangunan telah siap dibina, satu blok bangunan dijadikan asrama.  Kedua-duanya dibina di atas tanah seluas 2.8 ekar.  Pembinaan bangunan baru ini adalah ekoran daripada pertambahan bilangan pelajar yang ingin menuntut di sekolah ini.  Penuntut di situ bukan sahaja terdiri daripada anak jati negeri Perlis, tetapi ada yang datang dari negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak.  Selain itu, ada yang datang dari negara jiran seperti Thailand.

Bangunan baru tersebut telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Halim Shah pada 16 Syaaban 1382H, bersamaan 21 Januari 1963 yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Pengetuanya pada masa itu ialah Ustaz Hassan bin Syed Mohamad. Pembinaan bangunan baru tersebut adalah atas daya usaha Allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim iaitu bekas Menteri Besar negeri Perlis dan bangunan itu dibina oleh kerajaan pusat.

Sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pelajar menyebabkan kerajaan pusat mengambil alih seluruh urusan pentadbirannya pada tahun 1977 semasa Ustazah Hajah Hijrah binti Haji Kassim yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir menjadi pengetua. Setelah itu, bahasa pengantar Bahasa Arab telah ditukar kepada Bahasa Malaysia supaya selaras dengan 26 buah sekolah aliran agama yang lain di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sistem pembelajaran yang digunakan adalah sama dengan sistem yang digunakan di al-‘Alawiyah ad-Diniyyah, Arau, Perlis. Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa pengantar. Mata-mata pelajaran akademik seperti Ilmu Hisab, Ilmu Sains, Sejarah dan lain-lain diajar dengan Bahasa Arab kecuali bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Kebanyakan pelajar di al-Alawiyah ad-Diniyayh Lil-Banat, pada masa itu terdiri daripada pelajar-pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP) dari sekolah-sekolah menengah biasa. Kini setiap pelajar yang ingin memasuki sekolah ini dikehendaki mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pemilihannya akan dilakukan oleh Panel Pemilihan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Oleh kerana tahap perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar yang semakin meningkat, maka Kementerian Pendidikan Malaysia membuat pengambilan pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR di negeri Sabah untuk melanjutkan persekolahan mereka di sini.  Segala urusan persekolahan dan perbelanjaan ditanggung oleh yayasan negeri Sabah.

Daripada sebuah madrasah, ia telah dinaik taraf standing dengan sekolah-sekolah yang lain.  Pada tahun 1987, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar, mula dikategorikan dalam sekolah gred A. Sebelum itu apabila permohonan mendaftar masuk pelajar meningkat, sebuah bangunan baru yang mengandungi 3 bilik darjah telah dibina pada tahun 1981. Seterusnya pada tahun 1983 dua blok bangunan dibina dan kelas Tingkatan Enam Aliran Usuluddin dan Syariah dibuka pada tahun 1986. Perkembangan bangunan berlaku lagi pada tahun 1993 di mana dua buah bengkel jahitan telah dibina dan sebuah bangunan baru yang mengandungi 5 bilik darjah telah dibuka pada tahun 1995. Pada tahun 2008, sekolah ini telah menerima 2 blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi pejabat, bilik mesyuarat, pusat sumber, makmal komputer, 3 makmal Sains Tulen dan 9 bilik darjah telah mula digunakan pada awal tahun 2010.

Visi dan misi sekolah[3] sunting

Visi sunting

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

Misi sunting

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

Lagu sekolah[4] sunting

Tajuk: BERIMAN DAN BERTAQWA


Sekolah kami ceria wajahnya

Kasih abadi tersemat di hati

Kami pelajar-pelajar puteri

Menuntut ilmu dunia UKHRAWI

Al Quran menjadi panduan

Nabi Muhammad jadi teladan


Beriman berilmu bertaqwa

Inilah visi sekolah kami


Cemerlang dunia cemerlang akhirat

Inilah matlamat SMKAP

Akhlak mulia kami hayati

Semoga Allah akan berkati

Pencapaian sunting

2000 : Anugerah Asram Cemerlang buat kali Ke-2 Peringkat Negeri, 2002 : Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan (Norhafizah bt Abd. Rahim), 2005 : Johan Kalimatus Sobah peringkat Kebangsaan (Norjannah bt Othman), 2007 : ‘Best Presentation’ Program Toyota Eco Youth Peringkat Kebangsaan, Johan pertandingan Kuiz Pelancongan Peringkat Kebangsaan 2007, Johan pertandingan Pantun peringkat Negeri Perlis

Rujukan sunting

Pautan luar sunting