Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling (SMKAB) ialah sebuah sekolah menengah agama di Baling, Kedah.

SMK Agama Baling
Lokasi
 Malaysia Batu 42, Jalan Baling, 09100, Baling, Kedah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) berasrama
MotoBerilmu Beramal Bertaqwa
Ditubuhkan1996
Kod sekolahKRA0001
PengetuaTuan Abdul Ghani bin Abidin
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Mohd Shamsurry bin Yahaya
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Md Zuki bin Ali
Penolong Kanan KokurikulumPuan Hajah Zahirah binti Ishak
Laman sesawang

Sejarah sunting

Upacara pecah tanah pembinaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada bulan Ogos 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini memakan masa selama lebih satu setengah tahun. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 1996 dengan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 1 seramai 259 orang.

Nama sekolah sunting

Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling mula digunakan pada 1 Januari 1996. Nama ini diambil kerana sekolah ini yang mempunyai aliran pendidikan agama yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Baling.

Senarai pengetua sunting

Nama pengetua Tempoh berkhidmat
Abdul Wahab Bin Jamaluddin 2000—2003
Tuan Haji Abdul Rahim Bin Shaari 2003—2005
Tuan Haji Syed Baharom Bin Syed Husin 2005—2006
Tuan Haji Yahaya Bin Lebai Mat 2006—2011
Tuan Haji Mohamad Mokhtar Bin Md Isa 2011—2014
Pn. Hajah Maznah bt Wadin 2014—11 September 2017
Tuan Haji Abdul Somat bin Mat Don 13 September 2017—2019
Tuan Abdul Ghani Bin Abidin 2019-2023 Mac
Puan Fazilah Binti Mat 2023 Mac-Mei

Tuan Mahyuddin bin Zakaria 2023-?

Misi, visi dan moto sekolah sunting

Visi SMKAB

SMK Agama Baling menjadi sekolah gemilang di negeri Kedah menjelang tahun 2020

Misi SMKAB

  • Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan
  • Mencapai kegemilangan pelajar dalam kurikulum
  • Memantapkan program ko-kurikulum dengan berkesan
  • Mempertingkatkan tarbiah dan sahsiah di kalangan pelajar
  • Mewujudkan prasarana yang paling selamat, kondusif dan ceria untuk pembelajaran
  • Mengekalkan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti ke arah kegemilangan akademik

Logo Sekolah

 
  • Merah = Kerohanian
  • Kuning = Kegigihan
  • Hijau = Semangat keislaman yang jitu
  • 3 Penjuru = Kecemerlangan tiga aspek
  • Bunga Jitu = Negeri Kedah Darul Aman

Moto Sekolah

BERILMU, BERAMAL, BERTAKWA

Pembelajaran dan Pengajaran sunting

Waktu sunting

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) di sekolah ini dijalankan pada setiap hari persekolahan. Pada hari Ahad hingga Khamis pada pukul 7.30 pagi setiap hari, para pelajar akan bergerak ke sekolah dan sesi P&P dimulakan. Pelajar akan diberi masa rehat dari pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Sesi P&P akan berakhir pada pukul 2.30 petang.

Kelas sunting

  • Tingkatan 1, 2,dan 3
  1. Abu Bakar
  2. Umar
  3. Uthman
  4. Ali
  5. Shafie
  • Tingkatan 4 dan 5
  1. Al-Kindy (sains tulen agama) {DLP}
  2. Al-Razi (sains tulen agama)
  3. Al-Khawarizmi
  4. Al-Farabi (sains ikhtisas agama)
  5. Al-Jazari (sains teknikal agama)

Prasarana sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan tersebut untuk keselesaan para pelajar untuk kegunaan tertentu. Antaranya:

  • Sebuah Dewan Besar Utama
  • Sebuah Bilik Gerakan
  • 20 bilik kelas
  • 6 bilik Makmal Sains
  • Sebuah Makmal Bahasa
  • Sebuah Makmal Komputer (Makmal Mimos)
  • Sebuah Perpustakaan
  • Sebuah Bilik Kuliah
  • Surau di asrama (Surau Al-Mutaqqin)
  • Sebuah Bilik Kaunseling
  • Sebuah Blok Makmal Kejuruteraan
  • Sebuah Bangunan Kemahiran Hidup
  • 4 Bangunan Asrama
  • Sebuah Kantin & Dewan Makan
  • Kuarters Guru
  • Kompleks Sukan
  • Bilik PPSMI
  • Makmal Bestari

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling,
Batu 42, Pulai,
09100 Baling,
Kedah Darulaman.

Tel : 044705303 (Pejabat) / 044705305 (Asrama)

Faks : 044705387

E-mel : kra0001@moe.edu.my

Pautan luar sunting

Media sosial sunting