Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB) atau nama ringkasnya SMKA Johor Bahru adalah salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia. Sekolah ini terletak di bandar Johor Bahru Tengah, Johor. Walaupun sekolah ini terletak di bandar Johor Bahru Tengah namun, sekolah di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Sekolah ini merupakan SMKA yang terbaik di negeri Johor. Sekolah ini telah mendapat sekolah paling cemerlang dalam daerah Pasir Gudang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru | |
---|---|
Lokasi | |
Johor Bahru Tengah, Johor Bahru, ![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Kerajaan |
Moto | Beriman, Berilmu, Beramal |
Nombor sekolah | 07 3517057 |
Kod sekolah | JRA 1001 |
Pengetua | Puan Hajah Normala binti Ismail |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Norsaleha binti Abdul Ghani |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Norzaidi bin Ismail |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Ruziana binti Ahmad |
Faks | 07 3517054 |
![]() |
SejarahSunting
SMKA Johor Bahru telah dibuka pada 1 Januari 1997. Sejarah awalnya bermula dengan penubuhan Kolej Tunku Ampuan Mariam yang merupakan hasil inisiatif Allahyarhamah Tan Sri Zainun binti Munsyi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Perbelanjaan pembinaan kolej ini adalah hasil daripada kutipan derma orang ramai. Pada mulanya Kolej Tunku Ampuan Mariam merupakan sekolah persendirian yang menempatkan pelajar-pelajar dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Pada 1 Januari 1985, Kolej Tunku Ampuan Mariam diambil alih oleh kerajaan selepas beberapa rundingan antara Ibu Zain dengan yang Berbahagia Dato' Wira Haji Abdul Rahman Arshad dan pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Kolej Tunku Ampuan Mariam diletakkan di bawah sekolah induk iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail ketika itu, Encik Karim bin Man. Cik Hamidah binti Mahmud dilantik sebagai penyelia. Pada tanggal 1 Januari 1987, kolej ini ditukar dan beroperasi sebagai Sekolah Bantuan Modal.
Sehingga 1995, kolej ini dinaik taraf sebagai sekolah gred A. Pada 16 Jun 1996, kolej ini telah berpindah dari bangunan lama di Jalan Abdul Rahman Andak ke bangunan baru yang terletak di Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Warga kolej ketika itu terdiri daripada 17 orang guru, 5 orang kakitangan dan 207 orang pelajar perempuan. Kolej ini terus beroperasi di bangunan ini sehingga 31 Disember 1996.
Pada 1 Januari 1997, kolej ini meneruskan operasi dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru yang beralamat di Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor. Warga sekolah terdiri daripada pengetua yang dilantik pada 16 Januari 1997, seorang guru penolong kanan 1, seorang guru penolong kana Kokurikulum. seorang guru penolong kanan HEM, lima orang guru kanan mata pelajaran, 41 orang guru siswazah, enam orang guru bukan siswazah, 14 orang kakitangan sokongan dan 654 orang pelajar.
Terdapat empat blok bangunan sekolah, sebuah dewan perhimpunan, sebuah surau, sebuah kantin, sebuah makmal komputer, sebuah bengkel pertanian, dua buah blok asrama perempuan, dua buah blok asrama lelaki, sebuah dewan makan, sebuah banglo kelas C, dua buah bangunan kelas D, 12 unit rumah semi D, enam unit rumah kelas H, sebuah padang bola sepak, sebuah padang hoki dan kompleks sukan.
Alamat SekolahSunting
SMKA Johor Bahru
Jalan Anggerik 21,
Taman Johor Jaya,
Johor Bahru, 81100 Johor
Johor Darul Takzim
No Tel : 07-3517057
Visi SekolahSunting
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
Misi SekolahSunting
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.
Lagu SekolahSunting
Beriman Berilmu Beramal,
Cogan kata sekolah kita,
Sentiasa mencari keredhaan Allah,
Mendukung wawasan negara.
Putera puteri tekun berusaha,
Bimbingan guru tercinta,
Ibu bapa turut bersama,
Membangun seiring tuntutan agama.
Akhlak susila dijaga,
Ilmu dituntut bersama,
Falsafah pendidikan negara,
Quran Sunnah panduan kita.
Kejayaan sama dirasa,
Pelajaran tetap diutama,
Beristiqamah mendukung cita,
Hingga kita berjaya.
SMKA Johor Bahru,
Gagah melangkah meneraju,
Iqrar setia bersatu padu,
Maju kita terus maju(x3).
Senarai PengetuaSunting
- 1924 :G.E.Gates
- 1928 :T.Drury
- 1928 :R.F.Gunn
- 1928 :E.Deshvan
- 1933 :E.C.Hicks
- 1934 :J.Bain
- 1936 :C.A.Scott
- 1937 :W.H.Little
- 1938 :C.E.H.Jacobs
- 1939 :F.Cobb
- 1940 :C.A.Scoot
- 1941 :T.J.Thomas
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.