Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur

Koordinat: 4°51′52″N 100°45′34″E / 4.86450°N 100.75931°E / 4.86450; 100.75931

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL) atau Kuala Lumpur Islamic School (KLIS) atau nama asalnya ketika ditubuhkan Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) ialah satu-satunya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Kuala Lumpur. Terletak di Bandar Menjalara Kepong, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur
سکوله منڠه كبڠساءن اݢام کوالا لومڤور
Lokasi
Jalan 2/62
Bandar Menjalara, 52200, Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Nama lainSMKAKL,SMAKL, KLIS
Jenis sekolahSekolah kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Pendidikan menengah
MotoBerilmu, Beramal, Berbakti
Ditubuhkan1 Januari 1988
StatusBeroperasi
Pengerusi PIBGEn. Azizulmalik
Pengetua CemerlangTuan Hj. Wan Jamaludin bin Wan Bidin
Penolong Kanan Pentadbiran & KurikulumEn. Hisamudin bin Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Sani bin Hamzah
Penolong Kanan KokurikulumCik Che Rogayah binti Che Daud
Tahun ditawarkanTingkatan 1-5
Sistem pendidikanTahfiz Model Ulul Albab
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Perancis
SloganMembina Legasi, Mencipta Bitara
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Mac 2023

Moto sunting

"Berilmu, Beramal, Berbakti"

Cogan kata ini menjadi moto sekolah ini, berdasarkan sistem ajaran Islam yang syumul, di mana setiap insan digesa supaya menuntut ilmu pengetahuan yang berguna, apabila dia sudah berilmu pengetahuan hendaklah pula dia beramal dengan ilmu yang diperolehinya itu bagi dirinya sendiri kemudian hendaklah disebarkannya pula kepada kaum keluarga dan masyarakat sekelilingnya

Objektif sunting

  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

Sejarah sunting

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1988. Pendaftaran pelajar sulungnya telah terima secara rasminya oleh Yang Berbahagia Puan Hajjah Badiah bt. Abdul Manan , Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan ketika itu. Untuk sementara waktu, pelajar putera sekolah ini ditempatkan di S.M. Wangsa Maju, Seksyen 2, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur, manakala pelajar puteri pula ditempatkan di S.M. Puteri Wilayah, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Setelah 5 tahun, pelajar-pelajar SMKAKL dipindahkan ke bangunan sendiri yang terletak di Bandar Menjalara, Kepong. Bangunan baru ini dibina di kawasan seluas 19 ekar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelajarnya seperti surau, dewan makan, asrama putera dan puteri, dewan besar, padang dan gelanggang permainan serta rumah guru dan kakitangan. Bangunan yang tersergam indah ini telah mula diduduki oleh pelajar putera pada 26 Disember 1993.

Semakin matang usia SMKAKL, banyak kemajuan telah dicapai. Kini sekolah ini telah pun mempunyai 2 buah makmal komputer, perpustakaan, bilik gerakan dan mini auditorium. Bukan itu sahaja, malah SMKAKL pernah dipilih sebagai salah sebuah sekolah perintis bersama 13 buah sekolah lain diseluruh Malaysia bagi projek Rangkaian Munsyi. Dalam projek ini, SMKAKL dilengkapi dengan sebuah Pusat Sumber Elektronik di mana 14 buah komputer dan sebuah ‘server’ disediakan. Di bawah projek yang diusahakan bersama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementeran Pendidikan Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad ini mendedahkan pelajar-pelajar dan guru-guru kepada Internet dan multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran. Di bawah projek yang sama, Pusat Sumber SMKAKL (Perpustakaan) dilengkapi dengan sistem pengurusan berkomputer. Dalam pada masa yang sama projek-projek keceriaan sedang giat dijalankan dalam usaha memprindahkan lagi persekitaran sekolah. Atas kesungguhan warga SMKAKL, SMKAKL telah dipilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan dalam Pertandingan 3K – Kebersihan, Keceriaan dan Kesihatan. SMKAKL juga memenangiAnugerah Johan Kurikulum Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1995) dan Anugerah Sekolah Harapan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1996).

Mulai 2 Januari 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur merupakan salah sebuah sekolah SMKA yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan melaksanakan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). TMUA merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan program Ulul Albab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Pada 3-5 November 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Sambutan 1 Dekad Tahfiz Model Ulul Albab anjuran Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lagu Sekolah sunting

SMK Agama Kuala Lumpur,
Mercu tanda jaya anak bangsa ,
Punya wawasan tinggi dan mulia,
Ilmu beramal dan berjasa

SMK Agama Kuala Lumpur,
Budaya cemerlang akhlak gemilang,
Guru tercinta teladan mulia,
Pelajar gigih dan berjaya

Sekolahku, kaulah pelita penyuluh kegelapan dunia,
Sekolahku, kau amat berjasa melahirkan pejuang agama satria negara.

Majlis Kepimpinan Murid sunting

Guru-guru dibantu oleh pelajar yang dilantik menjadi ahli Majlis Kepimpinan Murid seperti :

  • Pengawas Sekolah & Asrama (PENGAWAS)
  • Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas Pusat Sumber (PPS)
  • Ahli Lembaga Koperasi Berhad (KOOP)
  • Quatermaster (QM)
  • Skuad Siber (SS)
  • Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  • Sidang Redaksi (REDAK)
  • Ketua Dorm (KD)

Kurikulum sekolah sunting

Menengah Rendah (Tingkatan 1–Tingkatan 3) sunting

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Agama Islam
  • Sejarah
  • Geografi
  • Maharat Al-Quran
  • Hifz Al-Quran
  • Reka Bentuk Dan Teknologi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Bahasa Antarabangsa (International Language) - Pelajar boleh memilih antara bahasa Mandarin dan bahasa Perancis

Menengah Atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5) sunting

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains
  • Pendidikan Agama Islam
  • Pendidikan Syari'ah Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
  • Bahasa Arab
  • Maharat Al-Quran
  • Hifz Al-Quran
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Kokurikulum sekolah sunting

Rumah Sukan sunting

  • Ibnu Sina (Biru)
  • Ibnu Batutta (Kuning)
  • Ibnu Rusyd (Hijau)
  • Ibnu Khaldun (Merah)

Unit Beruniform sunting

  • Kadet Remaja Sekolah
  • Kadet Polis
  • Kadet Bomba
  • Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Pergerakan Puteri Islam
  • Pengakap Laut
  • Briged Bakti

Kelab dan Persatuan sunting

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Arab
  • Persatuan Bahasa Cina
  • Persatuan Bahasa Perancis
  • Persatuan Matematik dan Sains
  • Persatuan Sejarah dan Geografi
  • Kelab Bimbingan dan Kaunseling
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Rekacipta dan Inovasi
  • Kelab Alam Sekitar
  • Kelab Nasyid
  • Kelab Huffaz Qura'
  • Kelab Falak
  • Kelab Komputer
  • Kelab Pencegahan Jenayah
  • Kelab Robotik
  • Kelab Khat

Kelab dan Persatuan sunting

  • Bola Sepak
  • Bola Baling
  • Bola Tampar
  • Bola Jaring
  • Sepak Takraw
  • Badminton
  • Hoki
  • Jombola
  • Futsal
  • Memanah
  • Catur
  • Taekwondo
  • Silat
  • Ping Pong
  • Olahraga
  • Petanque

Keistimewaan sunting

  • Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
  • Banyak peluang melanjutkan pelajaran
  • Menguasai bahasa Arab, jawi dan Kemahiran Al-Quran
  • Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
  • Lahir pendakwah yang berhikmah dan bertanggungjawab
  • Tahfiz Model Ulul-Albab

Alumni terkenal sunting

Tahfiz Model Ulul Albab sunting

Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang telah dilaksanakan di SMKA Kuala Lumpur sejak 2014 ialah gabungan antara Kurikulum Kebangsaan,Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan ko-kurikulum dengan 3 pendekatan seperti yang dinyatakan di bawah:

* Pendekatan Al-Quran

Kaedah yang membolehkan pelajar untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran dan memahami kandungannya berdasarkan konsep BIFFAS (Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar) dalam tempoh lima (5) tahun pengajian.

* Pendekatan ensiklopedia

Kaedah ini menyediakan asas kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu dan bahasa, yang berkemahiran tinggi dan dapat bertindak sebagai sumber rujukan kepada rakan-rakan mereka.

* Pendekatan Ijtihadik

Satu kaedah untuk melahirkan pelajar yang dapat menyuarakan pandangan dan pendapat untuk menyelesaikan masalah, dan memaksimumkan keupayaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara kreatif dan inovatif. Pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum seperti menunggang kuda, berenang dan memanah

Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab di sekolah terpilih, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran, dijangka melahirkan 10,920 pelajar menghafaz al-Quran menjelang 2021.[2] Ia akan memberi alternatif kepada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menjadi huffaz dan memegang jawatan profesional.[2]

Media Sosial Badan Kepimpinan Murid sunting

Pautan luar sunting