Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor atau nama ringkasnya SMKA Kuala Selangor, SMKAKS atau KUSISS, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terletak di Pasir Penambang, daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor
Lokasi
Pasir Penambang,
45000 Kuala Selangor
,
 Selangor


 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama
Nombor sekolah03 - 3289 5509
Kod sekolahBRA3001[1]
PengetuaPuan Haryati binti Borham
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Khalijah bt Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Shuhaimi bin Latip
Penolong Kanan KokurikulumTuan Rahim bin Rimon - Pemangku
Faks03 - 3289 5518


Pada 2009, SMKA Kuala Selangor memiliki 351 pelajar lelaki dan 544 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 895 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru

Sejarah sunting

Asrama SMK Agama Kuala Selangor dibina pada tahun 1991 dan disiapkan pada tahun 1994. Pengambilan pelajar untuk menduduki asrama pada 16 April 1994. Penempatan pelajar asrama diwajibkan kepada semua pelajar. Jumlah pelajar pada mulanya beroperasi seramai 500 orang iaitu 200 pelajar lelaki dan 300 pelajar perempuan.

Asrama SMK Agama Kuala Selangor boleh menempatkan 700 orang pelajar. Disamping itu juga kemudahan lain yang disediakan ialah satu dewan makan, satu bangunan surau, padang sepak takraw, padang futsal, padang tenis dan padang bola sepak. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan sebuah Bas dan sebuah Van untuk kemudahan pengangkutan pelajar asrama bagi kegiatan aktiviti pelajar asrama.

Pencapaian sunting

Penilaian Menengah Rendah (PMR) sunting

Tahun Keputusan Bilangan Pelajar
2013 9A
8A
7A
56 orang
37 orang
13 orang
2014 9A
8A
7A
60 orang
39 orang
11 orang

SPM 2016 seorang pelajar mendapat 11 A (10 A+ dan 1A)

SPM 2017 dua orang pelajar mendapat 11 A dan tiga orang pelajar mendapat 10 A

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor
Pasir Penambang
45000 Kuala Selangor
Selangor, Malaysia
Telefon = 03 - 3289 5509
Faks = 03 - 3289 5518
Emel = smkaks08@yahoo.com

Rujukan sunting

Pautan luar sunting