Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati atau nama ringkasnya SMK (A) Lati, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terletak di Jalan Hospital Lati. Sekolah ini merupakan Sekolah Menengah Agama yang ke-55 ditubuhkan di Malaysia dan merupakan Sekolah Agama yang ke-6 kelahiran di negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan).

Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati
Lokasi
 Malaysia Jalan Hospital Lati, 17000, Pasir Mas,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBeriman , Berilmu , Beramal
Nombor sekolah6097902944
Kod sekolahDRA3001
Pengerusi PIBGYB Senator Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim
PengetuaDr. Wan Mohamad Zuhairi bin Wan Abdullah
SloganSMKA Lati Hebat , SMKA Lati Mumtaz , SMKA Lati Excellent
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Saupi bin Mohamad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Radzi bin Haji Ghazali
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mohamad Hatta bin Mahmood
Faks6097922001
Laman sesawang


Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati memiliki 235 pelajar lelaki dan 479 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 714 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2009

Sejarah sunting

Peletakan batu asas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Pasir Mas telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Najib Bin Haji Tun Abdul Razak iaitu Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1998 dan pembinaannya bermula pada tahun 1999. Dalam tempoh 3 tahun pembinaannya maka tanggal 13 Januari 2002 bangunan ini dengan rasminya beroperasi dengan menerima 210 orang pelajar tingkatan satu.

Seterusnya pada bulan Februari pada tahun yang sama juga sekolah ini seterusnya telah menerima 69 orang pelajar tingkatan 4. Dengan kapasiti pelajar berjumlah 279 orang pelajar, sebanyak 7 buah kelas telah menempatkan pelajar tingkatan satu dan 2 buah kelas telah menempatkan pelajar tingkatan empat.

Pada peringkat awal operasinya, sekolah ini telah diterajui oleh Tuan Haji Ghazali Bin Abd Rahman yang menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan dibantu oleh Tuan Haji Jusoh Bin Omar sebagai Penolong Kanan HEM. Seterusnya tanggal 16 Mac 2002, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati telah menyambut kedatangan Pengetuanya yang sulung iaitu Tuan Haji Abd Rahman Bin Mahmood dan dengan ini bertambah mantaplah kepemimpinan yang ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati.

Dari setahun ke setahun bermula dari tahun 2002 dengan serba kekurangan, kini kelengkapan logistiknya telah bertambah dan secara keseluruhannya. Kini pada tahun 2005 keseluruhan pengurusan, guru-guru dan staf sokongan sekolah ini semakin bertambah dan operasinya berjalan semakin lancar sesuai dengan perubahan masa yang berlaku.

Para pelajar tingkatan 5 sekolah ini buat kali pertamanya telah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tahun 2003 dan hasilnya pada tahun 2004 kejayaan yang sangat baik telah dicapai oleh pelajar- pelajar ini. Keputusannya 1 pelajar memperoleh 11A, 2 orang pelajar memperoleh 10A dan masing- masing seorang memperoleh 9A dan 8A, dengan gred purata keseluruhannya ialah 3.48. Seterusnya pada tahun 2005 kejayaan dalam SPM terus dijulang iaitu pelajar sekolah ini memperoleh gred purata keseluruhannya ialah 3.39 dan dijangkakan kejayaan dalam SPM akan diteruskan dari setahun ke setahun.

Begitu juga dalam pencapaian dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, buat pertama kalinya pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan pada tahun 2004 dan pelajar sekolah ini mencapai keputusan yang sangat baik iaitu seramai 15 orang pelajar memperoleh 9A dan 20 orang pelajar memperoleh 8A dengan gred purata keseluruhannya ialah 1.55. Seterusnya pada tahun 2005 kejayaan ini terus dicapai dalam peperiksaan PMR iaitu seramai 22 orang pelajar telah memperoleh 9A dan 34 orang pelajar memperoleh 8A dengan gred purata keseluruhanya ialah 1.39.

Sementara itu dalam bidang kokurikulum yang pernah dicapai oleh warga sekolah ini ialah pada tahun 2003 seorang pelajar sekolah ini telah mewakili negeri Kelantan ke Perkhemahan Kadet Bomba peringkat kebangsaan dan beberapa orang peserta kita telah menjadi Naib Johan keseluruhan dalam pertandingan teokwando (ITF) negeri Kelantan. Kejayaan ini terus dicapai oleh pelajar- pelajar sekolah ini dalam tahun 2004, antaranya ialah Juara Koagama Jabatan Pendidikan Kelantan, Naib Johan Pertandingan Nasyid negeri Kelantan dalam Festival Nasyid dan kemuncaknya dalam tahun ini seorang peserta perempuan sekolah ini memenangi Naib Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Dalam tahun 2005 pula, pelajar- pelajar sekolah ini turut menempa kejayaan dalam beberapa bidang yang disertai antaranya, Johan Cawangan Rantau Panjang dan Naib Johan Pertandingan Bola Jaring peringkat PPD Pasir Mas / Tumpat, Naib Johan Nasyid Kebangsaan (SLAD), Naib Johan Kebangsaan dalam Pertandingan Syarahan Agama kategori lelaki dan perempuan Peringkat Kebangsaan. Sekolah ini juga mensasarkan pada tahun 2006 pelajar- pelajar sekolah ini akan terus memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Kejayaan terkini dan masih menjadi kebanggaan warga SMK(A) Lati ialah apabila menduduki tempat Ketiga Kebangsaan dalam pertandingan 3K ( Keselamatan, Keceriaan dan Kesihatan) pada tahun 2005.

Dari segi penambahan pelajarnya, bermula dengan 279 orang pelajar pada tahun 2002 jumlahnya bertambah dari semasa ke semasa iaitu sejmlah 420 orang pelajar pada tahun 2003, 2004 sejumlah 519 orang pelajar dan pada tahun 2006 dianggarkan jumlah pelajar di sekolah ini ialah 671 orang yang merangkumi pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 5. Ternyatalah, dengan kewujudan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati di daerah Pasir Mas sememangnya sangat dinanti- nantikan oleh masyarakat sekitar kerana secara tidak langsung kesan pembangunan di pekan Lati ini seumpama “cendawan tumbuh selepas hujan”.

Seterusnya kami yakin sekolah ini akan terus berkembang untuk mengisi kekosongan dalam penyediaan modal insan di negara kita.Pada tahun 2007 SMKA LATI dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2013, seramai 66 orang pelajar memperoleh 9A dalam Penilaian Menengah Rendah. Manakala, dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SMKA Lati turut melakar kecemerlangan dengan seramai 12 orang pelajar memperoleh 11A, 10 orang pelajar memperoleh 10A, dan 8 orang pelajar memproleh 9A. Kejayaan ini sekaligus telah meletakkan SMKA Lati sebagai sekolah yang terbaik di daerah Pasir Mas dan tempat kelima terbaik di negeri Kelantan. Pada tahun 2014 dalam Penilaian PT3, seramai 23 orang pelajar memperoleh 11A, 20 orang pelajar memperoleh 10A dan 20 orang pelajar memperoleh 9A.

Lokasi sunting

SMKA Lati telah dibina di Kampung Lati yang terletak dekat dengan Bandar Pasir Mas ( mengambil masa kira - kira 9 - 11 minit menggunakan kereta ) .

Program Kebitaraan sunting

  • Kebitaraan Bahasa Arab
  • Kebitaraan Nasyid

Subjek Akademik sunting

Menengah Rendah ( Tingkatan 1 - Tingkatan 3 ) sunting

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Agama Islam
  • Sejarah
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Bahasa Arab

Menengah Atas ( Tingkatan 4 danTingkatan 5 ) sunting

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Sejarah
  • Biologi ( Biology)
  • Kimia ( Chemistry )
  • Fizik ( Physics )
  • Bahasa Arab
  • Ekonomi
  • Prinsip Perakauanan
  • Grafik Komunikasi Teknikal
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Syari'ah Islamiah
  • Pendidikan Al - Quran dan Sunnah


Kokurikulum sunting

Unit Beruniform sunting

  • Kadet Bomba dan Penyelamat
  • Pasukan Bulan Sabit Merah
  • Pengakap
  • Persatuan Puteri Islam
  • Kadet Remaja Sekolah
  • Kadet Pertahanan Awam

Kelab dan Persatuan sunting

  • Kelab Kerjaya
  • Kelab Pusat Sumber Sekolah
  • Kelab Setia / Rukun Negara
  • Kelab Pencegahan Jenayah
  • Kelab Pencinta Alam
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Rakan Muda
  • Kelab Tahfiz
  • Kelan Doktor Muda
  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Arab
  • Persatuan Matematik
  • Perstauan Sains
  • Persatuan Pendidikan Islam
  • Persatuan Sejarah / Geografi
  • Persatuan Kemahiran Hidup
  • Persatuan LKJ

Kelab Sukan Dan Permainan sunting

  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Sepak Takraw
  • Bola Jaring
  • Ping Pong
  • Badminton
  • Bola Baling
  • Catur
  • Indoor Games

Badan - Badan Khas Pelajar sunting

  • Badan Dakwah dan Rohani ( BADAR )
  • Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )
  • Majlis Kepimpinan Pelajar (MPK )
  • Lembaga Pusat Sumber Sekolah
  • Lembaga Koperasi Sekolah

Sistem Rumah sunting

SMKA Lati mempunyai 4 rumah sukan , iaitu :

  • Tariq Ibnu Ziyad ( Merah / TIZ ) Slogan : NOTHING IS IMPOSSIBLE
  • Luqman Al - Hakim ( Hijau / LAH ) Slogan : NO PAIN , NO GAIN
  • Ibrahim bin Adham ( Kuning / IBA ) Slogan : UNITED AND RISING
  • Abu Ayyub Al - Ansari ( Biru / AAA ) Slogan : STRIVE FOR EXCELLENCE

Pencapaian sunting

  • Sekolah Cemerlang
  • Sekolah Kluster Kecemerlangan
  • Antara sekolah yang mewakili Malaysia dalam TIMSS pada tahun 2018

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati
Jalan Hospital Lati
17000, Pasir Mas
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097902944
Fax = 6097922001