Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah

sekolah menengah Islam di Kajang

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah atau nama ringkasnya SMKA Maahad Hamidiah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
Lokasi
Jalan Sungai Ramal Luar, 43000, Kajang, Hulu Langat, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama
MotoILMU ITU NUR
Ditubuhkan1977
Nombor sekolah03-87376300 / 011-58021206
Kod sekolahBRA4001[1]
Pengerusi PIBGKamalul Bahari bin Abdul Jalal
PengetuaNurul Amali bin Mohd Shamsudin
Laguيا معهدي علمتني

وبالهدى جملتني

حليتني من صغري

بكل خلق حاساني


كم فيك من معلم

بر كثر الميناني

بعلمه زودني

بنصحح أرشدني


تحية يا معهدي

يا أصل عيشي الحاني

أن شاءتني مبركا

لامتي ووطني
GPK Pentadbiran dan AkademikZainab binti Husin @ Osman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohd Azani bin Ghazali
Penolong Kanan KokurikulumWan Norainawati binti Hamzah @ W Hamzah
Faks03-87376295

Pada 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 915 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah. SMKA Maahad Hamidiah merupakan salah sebuah sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Fasa 5.

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, Puan Rohiyah @ Zainab Haji Taib dan seorang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok.

Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul Hamid, yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telah berpindah ke kawasan baharu yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang. Prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tiap tahun adalah menggalakkan. SMKA Maahad Hamidiah adalah antara Sekolah Asrama Harian yang terbaik dan terunggul di negeri Selangor. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 915 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga enam. Tenaga pengajar di sekolah ini pula seramai 74 orang dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah.

Lagu Sekolah sunting

Versi Arab:

-يا معهدي-


يا معهدي علمتني

وبالهدى جملتني

حليتني من صغري

بكل خلق حاساني


كم فيك من معلم

بر كثر الميناني

بعلمه زودني

بنصحح أرشدني


تحية يا معهدي

يا أصل عيشي الحاني

أن شاءتني مبركا

لامتي ووطني

Versi rumi:

Wahai Maahadku-


Wahai Maahadku mendidikku

Hidayahmu mengindahiku

Sejak kecil menghiasku

Dengan akhlak yang baik


Betapa guru-gurumu

Penuh dengan kabajikan

Ilmunya menyuluhku

Nasihatnya membimbingku


Sejahteralah wahai Maahadku

Engkau telah menyempurnakan hidupku

Membangunkanku penuh keberkatan

Demi bangsa dan watanku

Pencapaian sunting

  1. Bawah-15 dan Bawah-18 bola sepak mendapat johan dalam peringkat zon.
  2. Johan Keseluruhan Memanah Negeri Selangor 2010
  3. Pelajar Terbaik SPM Lelaki & Perempuan SMKA Peringkat Negeri Selangor 2010[2]
  4. Tempat Pertama SMKA Terbaik SPM 2010 Peringkat Negeri Selangor
  5. Kejohanan Debat Peringkat Kebangsaan
  6. Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah Hulu Langat 2011
  7. Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Hulu Langat 2011
  8. Johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kali ke-7[3]

Alamat sunting

Alamat:
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah,
Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang, Selangor Darul Ehsan, 43000
Telefon: 03-87376300
Faks: 03-87376295
E-mel: bra4001@btpnsel.edu.my

Rujukan sunting

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ "(DOCX) dokumentasi anugerah cmerlang". dokumen.tips. Dicapai pada 2023-07-30.
  3. ^ "News Clipping". news.usim.edu.my. Dicapai pada 2023-07-30.

Pautan luar sunting