Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muarالمدرسة الثانوية الوطنية) الدينية معهد موار) ) ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terletak di Muar, Johor. Pengetua sekolah ini adalah Tn. Hj Mokhtar Ashari (Md. Firdaus) bin Nahlawi

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar
Lokasi
Jalan Junid, Muar,, Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Beriman Beramal Muafakat Membawa Berkat
Ditubuhkan1942
Nombor sekolah06-9521943
Kod sekolahJRA 5036
Pengerusi PIBGTn. Hj. Mohd. Anuar bin Hayan
PengetuaUstaz Ahmad Zakuan bin Md Khudzari
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Hj Ab Razak bin Leman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Normaria BINTI Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumPn. Atikah binti Zahari
Faks06-9543145
Laman sesawang

Sejarah sunting

Pada tahun 1942, atas daya usaha Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hassan untuk mendirikan sebuah sekolah yang berteraskan ajaran Islam, keluarga Allahyarham Tun Haji Mohd Khatib bin Haji Shahid telah mewakafkan wang sebanyak RM 10,000 untuk merealisasikan cita – cita tersebut.

Sebuah jawatankuasa pengurusan projek telah ditubuhkan pada tahun 1950 yang diberi nama 'LUJNAH' yang juga merupakan satu badan dakwah yang aktif di daerah Muar ketika itu . Badan ‘LUJNAH’ ini telah berjaya mengumpulkan wang hasil sumbangan dari orang ramai yang berjumlah RM 10,000. Dengan modal sebanyak RM 20,000 inilah pada tahun 1963 sebuah sekolah telah didirikan di Jalan Joned Muar yang dikenali dengan nama ‘Al- Maahad Al – Dini Al – Arabi’. Sekolah ditadbir oleh sebuah lembaga yang dianggotai oleh sekumpulan penduduk tempatan yang berpengaruh dan mempunyai cita-cita untuk mendidik anak- anak dengan pengetahuan agama Islam.

Setelah beroperasi selama tiga tahun di bawah pengembang agama Islam ‘LUJNAH’ Muar, ia mula menghadapi pelbagai masalah terutama sekali dalam bidang kewangan. Akhirnya pada tahun 1966, pihak LUJNAH telah bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran sekolah ini kepada Jabatan Agama Islam Johor. Nama sekolah ini lalu ditukarkan kepada Sekolah Maahad Muar. Sepanjang sejarahnya sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang berwibawa sebagai pegawai-pegawai agama dan juga guru-guru agama dalam negeri Johor. Pada tahun 1972, pihak Jabatan Agama Islam Johor telah membina bangunan tambahan untuk Maahad Muar.

Oleh kerana tuntutan dan desakan semasa dari orang ramai yang inginkan lulusan sekolah–sekolah agama diberikan nilai ekonomi yang sewajarnya sebagaimana sekolah–sekolah akademik yang lain, akhirnya atas persetujuan semua pihak sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1977 dan diletakkan di bawah perhatian khas Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan. Dengan itu bertukarlah kurikulum sekolah ini. Pelajaran akademik mula diperkenalkan di sekolah ini dengan mata pelajaran Bahasa Arab dan agama Islam Tinggi diwajibkan kepada pelajar-pelajar sekolah ini. Walau bagaimanapun, orientasi pendidikan tetap menuju ke arah pendidikan Islam di dalam penghayatan dan amalan Islam ditekankan. Nama sekolah ini lagi sekali ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar.

Visi dan Misi Sekolah sunting

Visi sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Moto Sekolah sunting

BERILMU BERIMAN BERAMAL

Lagu Sekolah sunting

Bergerak kami majulah bersama

Pelajar agama Maahad Muar

Ke arah satu cita mulia

Untuk nusa bangsa agama

Berusaha kami bersama berbakti

Kebersihan keindahan dijaga

Berdisiplin, Berilmu, Beriman Beramal

Menaikkan maruah sekolah

Usaha biar jaya

Mempunyai azam cita-cita

Walau aral melintang

Takkan kami berputus asa

Bergerak kami majulah bersama

Pelajar agama Maahad Muar

Ke arah satu cita mulia

Untuk nusa bangsa agama

Pengiktirafan Sekolah sunting

  • Sekolah Cemerlang Kategori SMKA 2009
  • Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa ke-5 2011
  • Anugerah Tawaran Baharu Pengetua 2012,2013,2014

Falsafah sunting

  • Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beriman kepada Allah sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah sebagai satu tanggungjawab “makhluk” kepada “Khalik”.
  • Mendidik generasi pelajar yang berilmu yang sentiasa cintakan ilmu “Fardu Ain” dan ilmu “Fardu Kifayah” yang menjadi tuntutan ummah. Dengan ilmu itu manusia sentiasa kreatif berupaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
  • Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beramal dengan ilmu yang didapati untuk memakmurkan bumi ini sesuai dengan tuntutan agama yang mengkehendaki hambanya menjadi “Khalifah” di bumi ini. Ilmu hanya akan bernilai sekiranya diamalkan untuk faedah manusia sejagat.

Matlamat sunting

Melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan dan berakhlak mulia mengikut nilai-nilai Islam dan bertanggungjawab kepada ALLAH, masyarakat, bangsa dan negara.

Objektif sunting

  • Membina sahsiah pelajar yang mulia selaras dengan Islam, mempunyai ketahanan untuk menghadapi cabaran zaman yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
  • Membina pelajar yang berkualiti dan mempunyai semangat yang kuat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
  • Membina kesedaran kepada pelajar-pelajar bahawa menuntut ilmu itu adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai dan ia merupakan kekayaan yang mesti digarap dari semasa ke semasa.
  • Membina golongan pelajar yang peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling mereka dan mereka akan tertinggal sekiranya bersikap beku, acuh tak acuh terhadap perubahan yang berlaku.
  • Membina golongan pelajar yang menyedari hakikat masyarakat majmuk di Malaysia memerlukan perpaduan, bertolak ansur, bekerjasama, percaya mempercayai dan sebagainya yang sesuai dengan nilai-nilai Islam dan mengikut batas-batas yang ditentukan oleh Islam.
  • Membina golongan pelajar yang mempunyai pengetahuan sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi.
  • Membina golongan pelajar yang mampu mempertingkatkan mutu pengajaran Islam dan Bahasa Arab untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negeri.

Carta Organisasi Pengurusan SMKA Maahad Muar sunting

  • Pengetua : Tn. Hj. Mokhtar Ashari @ Md. Firdaus bin Nahlawi
  • Penolong Kanan 1 : Tuan Hj Ab Razak bin Leman
  • Penolong Kanan HEM : Tn. Hj. Tazudin bin Selamat
  • Penolong Kanan Ko Kurikulum : Pn. Atikah binti Zahari
  • Penolong Kanan Tingkatan 6: En. Ahmad Nor Azmi bin Ishak
  • Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Jabatan
    • Bahasa : Pn Hjh Aini binti Ariffin
    • Sains dan Matematik : Pn Hjh Husnul Khatimah binti Haji Zakaria
    • Pend. Islam dan Bahasa Arab : Pn. Hjh. Wan Hakimah binti Wan Hamzah
    • Sains Sosial : En. Mohd Fauzi bin Dahlan
    • Teknik dan Vokasional : Pn. Siti Raudzah binti Abdillah
    • Tahfiz: En. Che Nur Azizi Aizuddin bin Che Kadir

Senarai Guru Cemerlang sunting

  1. En. Muhammad Asri bin Mansor (GC Sejarah)
  2. Pn. Farahdila binti Haron (GC Sains Teras)

Perkembangan sekolah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar terletak di Jalan Jonid, lebih kurang dua kilometer di pinggir Bandar Maharani Muar, Johor. Penuntut-penuntut yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada pelajar Islam lelaki dan perempuan yang datang dari daerah Muar, Batu Pahat dan Pontian dalam negeri Johor.

Pada awal penubuhan sekolah ini,iaitu pada tahun 1963, ia hanya mempunyai satu blok bangunan yang diperbuat daripada kayu yang dibina oleh masyarakat Islam tempatan. Bangunan tersebut dapat mengadakan tiga kelas sahaja iaitu tahun satu, dua dan tiga. Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian terpaksalah manyambung pelajaran mereka ke sekolah Maahad di Johor Bahru. Jumlah pelajar pada ketika itu hanya lima belas orang sahaja. Setelah pentadbiran sekolah ini diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Johor, pihak Jabatan Agama telah membina sebuah bangunan tambahan pada tahun 1972.

Apabila pentadbiran sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1977 nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar. Pada dasarnya sekolah ini adalah sama seperti sekolah menengah kebangsaan yang lain. Walau bagaimanapun sekolah ini ada keistimewaannya yang tersendiri iaitu memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Bahasa Arab Komunikasi dan Pengajian Agama Islam Tinggi. Mata pelajaran khas ini membolehkan lepasan sekolah melanjutkan pelajaran dalam aliran agama di sekolah-sekolah yang mengkhusus dalam aliran tesebur seperti Maahad Johor untuk mendapat Sijil Empat Thanawi dan seterusnya layak melanjutkan pelajaran ke Mesir. Keistimewaan lain yang menjadi matlamat sekolah ini adalah ia berorientasikan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar (SMKA Maahad Muar) bermula pada tahun 1977 dengan satu kelas sahaja menempatkan sejumlah pelajar seramai 12 orang (3 pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan). Kumpulan pelajar ini menamatkan persekolahan mereka di SMKA Maahad Muar pada tahun 1979 iaitu selepas peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Kumpulan pelajar ini meneruskan pelajaran mereka di sekolah-sekolah yang lain seperti Kolej Islam Klang dan sebagainya.

Kumpulan kedua pelajar sekolah ini pada tahun 1978, menempatkan empat buah kelas dengan nama Abu Bakar, Omar, Ali dan Othman. Kumpulan pelajar 1978 juga merupakan kumpulan pertama pelajar tingkatan empat sekolah ini pada tahun 1981 dan juga kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada tahun 1977 sekolah ini diserahkan pula di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada awal pengambilannya oleh pihak Kementerian Pendidikan, sekolah ini sukar untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat negeri Johor lebih-lebih lagi dengan keadaan fizikal sekolah yang usang dan uzur dan tidak mempunyai kelengkapan yang diperlukan bagi sesebuah sekolah menengah.Sehubungan dengan itu juga kurikulum sekolah bertukar daripada kurikulum asal kepada kurikulum akademik sepenuhnya.Perubahan inilah yang menjadikan masyarakat tempatan sukar untuk menerimanya pada peringkat awal.

Untuk penempatan pelajar-pelajar yang datang dari jauh, pihak kementerian pendidikan telah menyewa rumah-rumah yang berdekatan untuk dijadikan asrama. Pelajar-pelajar terpaksa menunggang basikal dan berjalan kaki ke sekolah dan ada yang jaraknya lebih dari 2 kilometer dari sekolah.

Keadaan telah berubah apabila Kementerian Pendidikan telah mendirikan 5 blok bangunan baru 3 tingkat yang telah selesai pembinaannya pada tahun 1983. Selepas itu barulah sekolah ini mendapat kepercayaan penuh daripada orang ramai.Lebih-lebih lagi sekolah ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SRP dan SPM setiap tahun.Untuk menampung kekurangan tempat tinggal bagi pelajar-pelajar yang tinggal berjauhan dari sekolah, bilik darjah dan juga makmal sains, pihak Kementerian telah membina sebuah asrama puteri 3 tingkat bersama bangunan dewan makan puteri dan juga 1 blok bangunan makmal sains. Dengan pembinaan bangunan ini, ia dapat menyelesaikan masalah tempat tinggal pelajar-pelajar, lebih-lebih lagi apabila tingkatan 6 telah diwujudkan pada tahun 1987.Pelajar-pelajar juga dapat belajar matapelajaran sains dengan lebih efektif lagi dengan penggunaan makmal sains secara optimum.

Mulai dari tahun 1986, sekolah ini telah memperkenalkan kursus al-Quran dan Tahfiz. 11 orang pelajar telah dipilih untuk mengikuti kelas tahfiz ini dibawah bimbingan 5 orang guru yang mendapat latihan khas mengenai ilmu al-Quran dan Tahfiz. Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan generasi yang mahir dengan al-Quran dan hafaz al-Quran. Selepas tamat tingkatan 5 mereka akan menyambung pelajaran ke Maahad al-Quran dan Tahfiz di Pusat Islam Kuala Lumpur.

Pada tahun 1992, sebuah surau yang diberi nama “Surau Muhajirin” yang boleh memuatkan 300 jemaah telah dibina untuk kemudahan warga Maahad.Pembinaan surau ini adalah usaha pihak sekolah dan juga PIBG Maahad. Ianya menelan belanja sebanyak RM 120,000. Pihak sekolah sangat prihatin mengenai kebajikan kakitangan sekolah terutamanya pihak guru. Untuk memberikan keselesaan berkhidmat di sekolah ini, sebuah bangunan khas telah dibina pada tahun 1999 untuk dijadikan bilik guru yang dilengkapi dengan penghawa dingin. Bangunan bilik guru ini kemudiannya diberi nama ‘Al-Ansar’.

Pihak PIBG sesi 1999/2000 yang begitu prihatin dengan keadaan fizikal sekolah telah berusaha untuk memberi kemudahan untuk pelajar-pelajar beriadah dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang lain. Pada tahun 2000, berkat doa dan sokongan semua pihak maka terbinalah sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 6 gelanggang badminton. Dewan ini digunakan oleh pelajar-pelajar untuk beriadah, perhimpunan mingguan dan aktiviti-akiviti lain dari masa ke masa.Kedua-dua bangunan Bilik Guru dan Dewan Besar telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor pada bulan Mei 2000.

Pada masa sekarang,sekolah ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat kerana keistimewaan yang meletakkan falsafah pendidikan Islam menjadi teras sekolah ini.Bilangan pelajar yang memohon untuk memasuki sekolah ini tidak kurang 3 ribu orang setiap tahun.Tetapi sekolah ini hanya mampu untuk menerima kira-kira 180 orang sahaja pelajar tingkatan satu.Jumlah pelajar semasa sekolah ini,iaitu dari tingkatan satu hingga tingkatan 5 ialah 850 orang. Boleh dikatakan bahawa sekolah ini sejak ditadbir oleh Kementerian Pendidikan 25 tahun yang lalu, mempunyai potensi yang amat memberangsangkan dengan melahirkan pelajar–pelajar yang mengamalkan akhlak mulia serta berjaya dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Kini SMKA Maahad Muar bakal langkah maju setapak lagi kerana bakal dilengkapi oleh prasarana dan kemudahan fizikal yang baru dan sempurna seperti makmal komputer, blok pentadbiran serta perpustakaan, asrama lelaki dan perempuan, dewan besar, surau, kantin sekolah, dewan makan asrama, padang, kuarters guru dan sebagainya.

Pada tahun 2015, SMKA Maahad Muar telah dipilih oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan kurikulum TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) bermula dengan Tingkatan 1 2015 dan menerima 18 guru Tahfiz yang baharu yang diterajui oleh Ustaz Fazrul Azman bin Khairuddin, penyelaras TMUA 2015.

Kebitaraan Sekolah sunting

  • Akademik : Bahasa Arab
  • Ko Kurikulum  : Nasyid

Kejayaan sekolah sunting

Tahun 2009 sunting

  • Keputusan Anugerah Akademik SMKA 2009:
    • SMKA Maahad Muar: PMR 2008 – Tempat kedua Bahasa Arab Komunikasi
  • Keputusan Anugerah Kualiti SMKA 2009:
    • Anugerah Pengurusan Kokurikulum – Tempat pertama
  • Keseluruhan
    • SMKA Maahad Muar – Tempat keempat
  • Sekolah Cemerlang SMKA Peringkat Kebangsaan 2009
  • Johan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2009 di Pahang
  • Johan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2009 di Kelantan

Tahun 2010 sunting

  • Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri 2010

Tahun 2011 sunting

  • Menjadi tuan rumah bagi Festival Nasyid Kebangsaan yang ke-7
  • Ketiga Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2011

Tahun 2012 sunting

  • Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2012 di Kelantan
  • Naib Johan Kuiz Bahasa Arab Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Selangor
  • Tempat Kedua Bahasa Arab PMR 2012 Kebangsaan.

Tahun 2013 sunting

  • Kedua Festival Nasyid Negeri Johor 2013
  • Ketiga Pertandingan Nasyid Kluster di SMKASAS
  • Ketiga Kuiz Bahasa Arab Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Kelantan
  • Johan Kuiz Bahasa Arab, Kalimatussobah, dan Hiwar Mahrajan Arabi SMKA KPM di Negeri Sembilan
  • Tempat Ketiga Pertandingan Bantu Mula, Perkhemahan KRS IPA Kebangsaan di Perak
  • Johan Bintang Nasyid Mukmin Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaya
  • Tempat kedua Bahasa Arab dan Ketiga Matematik PMR 2013
  • Tempat Kedua PMR 2013 antara SMKA Peringkat Kebangsaan (98 calon mendapat 9A)

Tahun 2014 sunting

  • Naib Johan Festival Nasyid Negeri Johor 2014
  • Ketiga Kuiz Bahasa Arab, Hiwar Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Melaka
  • Johan Tilawah Al-Quran (Perempuan) Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) KPM di Selangor
  • Tempat Ketiga Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah-sekolah Menengah KPM di Negeri Sembilan.

Tahun 2015 sunting

  • Naib Johan Festival Nasyid Sekolah-sekolah (FNSS) KPM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Ketiga Kuiz Ilmu Wahyu (Menengah Rendah) Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Pulau Pinang.
  • Naib Johan Kuiz Bahasa Arab (Menengah Rendah) Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Pulau Pinang.
  • Johan Kuiz Bahasa Arab (Menengah Atas) Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Pulau Pinang.

Tahun 2019 sunting

  • Tempat Ketiga Kuiz Bahasa Arab (Menengah Rendah) Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Kedah.
  • Naib Johan Kuiz Bahasa Arab (Menengah Atas) Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Kedah.
  • Penyertaan Kuiz Ilmu Wahyu (Menengah Rendah) Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Kedah.
  • Penyertaan Hafazan Kategori TMUA (Menengah Rendah) Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Kedah.
  • Penyertaan Hafazan Kategori TMUA (Menengah Atas) Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Kedah.
  • Penyertaan Qiraah Sab'ah (Menengah Rendah) Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM di Kedah.

Tahun 2020 sunting

  • Pingat Perak 11th TM(WT)-NSC MILO NATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP POOMSAE & KYOROGI
  • Saguhati Pertandingan Global Arabic Game Peringkat Kebangsaan Anjuran USIM/ISESCO
  • Saguhati Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan Anjuran KUIS/ISESCO/BPI

Senarai Pengetua SMKA Maahad Muar sunting

  1. En. Mohd Ali b. Taib (1/1/1977- 31/12/1978)
  2. En. Achok b. Mohd Nor (1/1/1979- 30/1/1980)
  3. En. Ismail b. Hj Hassan (1/2/1980-24/10/1983)
  4. En. Abdul Wahab b. Lebai Yahya (25/10/1983-1/8/1984)
  5. Tn. Hj Md Salleh bin Hj. Ahmadi (1/8/1984-1/3/1985)
  6. En. Md Saim b. Ithnain (1/3/1985-1/8/1987)
  7. En. Mahmud b. Mohd Rasid (1/8/1987-28/2/1989)
  8. Pn. Hajah Aisah bte Hussin (1/3/1989-5/6/2000)
  9. Tn. Hj Md Salleh bin Hj Ahmadi (16/7/2000-3/3/2001)
  10. Pn. Hajah Hamizah bte Hassan (1/12/2001- 16/11/2010)
  11. Tn.Hj Omar bin Salleh (16/11/2010-30/6/2014)
  12. Pn.Hatina bte Yaakob (30/6/2014 - 28/10/2015)
  13. Tn.Hj Ahmad Bin Awang (1/12/2015 - September 2019)
  14. Tn.Hj Mokhtar Ashari @ Md Firdaus bin Nahlawi (Oktober 2019 - 2023)
  15. Us Ahmad Zakuan bin Md Khudzari (Mac 2024 - kini)

Pautan luar sunting