Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said atau nama ringkasnya SMKA SHAMS, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau SMKA yang terletak di Jalan Tunku Kurshiah. Ia juga dikenali sebagai SHAMS, SMKA kedua selain SMKA Dato' Hj Abu Hassan Hj. Saildan merupakan sebuah sekolah agama persekutuan yang ditubuhkan pada 1 Jun 1959. Sekolah ini merupakan Sekolah Ugama pertama yang pernah ditubuhkan di Negeri Sembilan dan merupakan sekolah-sekolah ugama terawal di Malaysia. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said adalah antara sekolah agama kelas (SMKA) yang terbaik di Malaysia. Terletak di Jalan Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun 2008, SHAMS telah dianugerahkan "Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)". Sebagai salah satu sekolah kluster di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, SHAMS telah menandatangani MoU dengan Madrasah Aliah Negeri, Bukit Tinggi, Indonesia. Ia ditandatangani untuk mengurangkan jurang pendidikan antara Malaysia dan Republik Indonesia.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Tunku Kurshiah, 70400, 70400, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) |
Autoriti pendidikan | Seremban |
Nombor sekolah | +6067623778 |
Kod sekolah | NRA4001 |
Pengerusi PIBG | Dato' Hj . Nor Azmi bin Musa |
Pengetua | Tuan Haji Ahmad Shahrir Bin Abdul Ghani |
Tenaga pengajar | 61 |
Jumlah penuntut | 781 |
Kelas | 29 |
Bilik kelas | 29 |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn.Samsiah bt Mat Yusof |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Mohd Fuad bin Othman |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Rosiah bt Othman |
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said bermula pada tahun 1959 di Istana Seri Menanti lama Kuala Pilah dengan kemasukan 40 pelajar lelaki. Ia berada di bawah naungan kerajaan tempatan Negeri Sembilan dan secara rasmi dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama Tinggi (SUMT) Negeri Sembilan dengan rujukan sebagai sekolah agama pertama di Negeri Sembilan.
Pada tahun 1963, bermula dengan pengambilan 20 wanita, ia mencapai 135 pelajar. Sekolah ini mendapat tempat seluas 11 ekar (45,000 m 2 ) di Jalan Tunku Kurshiah, Sikamat, Seremban yang bersebelahan dengan Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban, sebuah sekolah berasrama terkemuka. Pada tahun 1977, pengurusan sekolah telah diserahkan kembali kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan nama sekolah kemudiannya diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama (SMKU) Seremban.
Pada tahun 1984, sempena perayaan Ulang Tahun Perak ("Silver Jubilee"), nama sekolah itu telah diubah menjadi nama semasa yang merupakan nama seorang ulama yang terkenal, Sheikh Haji Mohd Said . Pada tahun 2009, sekolah akan meraikan 50 tahun penubuhannya.
- ditubuhkan pada tahun 1959
- di seri menanti
- kod NRA4001
Pencapaian
suntingAntara pencapaian yang pernah di capai oleh SMKA SHAMS adalah:
Kluster Kebitaraan Catur
Kluster Kebitaraan Pendidikan Islam
Kluster Kebitaraan Unit Beruniform (Bomba)
Kluster Kebitaraan Akademik (SKK)
Anugerah Sekolah-sekolah Cemerlang Malaysia 2020
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said
- Jalan Tunku Kurshiah
- 70400, Seremban
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6067623778
- Fax = 6067627276