Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik (bahasa Inggeris: Sik Religious Secondary School; Arab: المدرسة الثانوية الوطنية الدينية سيك) atau nama ringkasnya SMK Agama Sik (SMKAS), merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Sik, Kedah Darul Aman. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik kini memegang status Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) yang diterimanya pada tahun 2011. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik menjadi salah sebuah sekolah agama milik kerajaan. Sekolah ini termasuk dalam 4 buah sekolah menengah agama di Kedah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (SMKAY) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling (SMKAB). SMK Agama Sik diletakkan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
centr
Lokasi
 Malaysia Sik,, 08200, Sik, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoBerilmu Beriman Beramal
Nombor sekolah6044693270
Kod sekolahKRA8001
PengetuaTn. Hj. Zaini bin Hasbollah
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Arija Bt Azahari
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Hjh Al Rakhawah Bt Ariffin
Penolong Kanan KokurikulumEn. Zainuddin Bin Abd Majid
Faks6044693267

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik memiliki 353 pelajar lelaki dan 387 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 740 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009 Pada 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik memiliki 279 pelajar lelaki dan 490 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 769 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru. Pada 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik memiliki 279 pelajar lelaki dan 490 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 769 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.

Sejarah penubuhan sunting

SMK Agama Sik merupakan satu-satunya sekolah agama milik penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terletak di daerah Sik. Keseluruhan keluasan tanahnya sekitar 18 ekar. Rancangan awal penubuhannya bermula pada 1991. Kerja projek pembinaan bermula pada Mei 1995 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 1998.

SMKA Sik mula beroperasi pada 8 Februari 1998 dengan menerima kemasukan pelajar pertama seramai 173 orang pelajar tingkatan 1, iaitu pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 1997. Mereka ditempatkan di dalam lima buah kelas dengan purata 35 orang pelajar setiap kelas.

Pencapaian kokurikulum sunting

Berikut adalah antara beberapa pencapaian terbaik SMKAS:

Kebangsaan

  • Johan (lelaki) & Naib Johan (perempuan) pertandingan Tilawah Al-Quran antara sekolah kluster Malaysia
  • Pembentang terbaik Kem Kepimpinan Nadwah
  • Naib Johan keseluruhan Perkemahan Perdana KRS
  • Ketiga Kuiz Ilmu Wahyu
  • Johan pertandingan Teknologi pelancaran roket
  • Johan syarahan agama Majlis Tilawah Al-Quran
  • Naib Johan pertandingan Hiwar Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS)
  • Johan kepimpinan pelajar asrama (perempuan, menengah atas)
  • Naib Johan kepimpinan pelajar asrama (perempuan, menengah rendah)
  • Ketiga Bahas Ala Parlimen Gerkorama

Negeri

  • Johan pidato bahasa Ingeris
  • Ketiga memanah Institut Pengajian Agama (IPA)
  • Naib Johan kawad kaki IPA (perempuan)
  • Ketiga Bahas ala Parlimen
  • Keiga kawad kaki IPA (lelaki)
  • Johan nasyid MTQ
  • Johan kuiz sastera Negeri Kedah

Anugerah-anugerah khas sunting

  • Anugerah sekolah cemerlang SMKA kategori sekolah kawalan (2007)
  • Anugerah khas PMR (2007)
  • Anugerah kecemerlangan pengurusan asrama kategori SMKA (2007)
  • Anugerah pencapaian cemerlang asrama negeri & kebangsaan (2009)
  • Anugerah khas Hal Ehwal Murid (2009)
  • Anugerah Bilik Kemahiran Al-Quran (KKQ) terbaik kebangsaan (ketiga, 2014)

Pengiktirafan sunting

  • Anugerah sekolah Elit 2007/2008
  • Anugerah sekolah lima bintang 2007
  • Anugerah Sekolah Bestari Luar Bandar 2010
  • Anugerah Sekolah Kluster Kecermelangan 2011

Pencapaian kurikulum sunting

Smk Agama Sik terus mencapai kegemilangannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pada tahun 2008 dan 2009, seramai 20 orang calon PMR mendapat 9A sengan peratus kelulusan masing-masing 91.94% dan 100%. Kejayaan dalam PMR berterusan dengan peningkatan jumlah calon cemerlang keseluruhan A pada tahun 2010 (24 orang, 98.73%), 2011(34 orang, 100%), 2012 (44 orang, 99.25%) dan terakhir pada 2013 dengan 48 orang semua A dan 100% kelulusan. Dengan purata PNGK PMR 2013 (1.24) SMK Agama Sik menjadi antara sekolah terbaik PMR dalam keseluruhan SMKA di Malaysia dan antara sekolah terbaik di Kedah.

Dalam peperiksaan SPM 2012, seramai 25 orang telah mendapat keputusan cemerlang ( 8A, 9A, 10A, 11A). SMK Agama Sik berjaya mencapai peratus kecemerlangan 100% dengan keseluruhan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.69. Kejayaan ini telah meletakkan SMKA Sik sebagai sekolah terbaik SPM luar bandar di Negeri Kedah. Pada 2013, 27 orang pelajar mencapai keputusan cemerlang dan pada tahun tersebut SMKA Sik berada pada tangga ke-22 dalam keseluruhan SMKA dan antrara sekolah cemerlang SPM di negeri Kedah. Kehadiran Pengetua SMK Agama Sik, Ustaz Hayazi bin Abdullah telah menyuntik semangat baru apabila SPM tahun 2022 telah mencapai GPS paling cemerlang setakat ini dengan 2.71, peningkat GPS yang mendadak sebelumnya.

STPM SMK Agama Sik juga tidak kurang hebatnya apabila pada tahun 2012 dan 2013, SMKA Sik mendapat peratus kelulusan 100% dengan PNGK yang semakin meningkat daripada 2.48 kepada 2.89. Pada tahun 2013, seramai 54 orang calon daripada 60 mendapat 4 Principal. SMKA Sik menjadi antara sekolah cemerlang STPM di negeri Kedah. Pada tahun 2021, STPM SMK Agama Sik telah mendapat anugerah STPM Terbaik dgn PNGK 3.01, yang membolehkan anugerah Emas STPM diberikan.

Kejayaan dalam peperiksaan awam bertahun-tahun meletakkan SMK Agama Sik sebagai sekolah yang terbaik dalam daerah Baling/Sik.

Kebitaraan sunting

Akademik: Bahasa Arab

Kokurikulum: Sukan Memanah

Infrastruktur sunting

Seperti sekolah-sekolah yang lain, SMKA Sik juga mempunyai infrastruktur yang sama.

  • Bangunan Kelas (SMKA Sik menyediakan lima kelas untuk pelajar tingkatan 1- tingkatan 5 manakala dua kelas pula untuk tingkatan 6 atas & bawah)
  • Pejabat
  • Bilik Guru
  • Bangunan Koperasi sekolah
  • Bilik Rawatan
  • Bilik gerakan Bahasa Arab dan sukan memanah
  • Kantin
  • Surau
  • Asrama( lelaki & perempuan)
  • Perpustakaan
  • Padang sekolah
  • Dewan besar
  • Dewan makan asrama
  • Bilik Dokumentasi
  • Bilik gerakan MPP (Majlis Perwakilan Pelajar)
  • Bilik Sukan
  • Bilik Kelas Kemahiran Al-Quran
  • Bilik Bahasa Antarabangsa
  • Dewan Terbuka
  • Bilik Kuliah
  • Makmal Kompuer
  • Bilik Akses
  • Makmal Sains( Fizik,Kimia,Biologi & Sains menengah rendah)
  • Bilik Matematik
  • Bilik Tayangan Umum
  • Studio Seni Visual

Visi dan misi sekolah sunting

VISI

''SMK Agama Sik akan menjadi sekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2020"

MISI

  • Pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan
  • Peningkatan kecemerlangan pelajar dalam kurikulum dan kokurikulum
  • Pemupukan sahsiah mulia dalam kalangan pelajar
  • Pengwujudan prasarana sekolah yang kondusif
  • Jalinan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti

Subjek ditawarkan sunting

Menengah Rendah

  • Bahasa Melayu,
  • Bahasa Inggeris,
  • Bahasa Arab(komunikasi)
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Agama Islam
  • Kemahiran Hidup Bersepadu
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
  • Pendidikan Jasmani Kesihatan

Menengah Atas

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Matematik Moden & Tambahan
  • Fizik & Kimia & Biologi
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani Kesihatan

Tingkatan 6

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Inggeris
  • Pengajian Am
  • Syariah
  • Ekonomi
  • Sejarah

Badan-badan kokurikulum sunting

Badan Beruniform

  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Pengakap
  • Kadet Polis
  • Puteri Islam
  • Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM)
  • Persatuan Seni Silat

Kelab dan Persatuan

  • Seni
  • Fotografi
  • Prostar
  • Pendidikan Islam
  • Sejarah
  • Bahasa Melayu/Arab/Inggeris
  • Pramusaji
  • Geografi
  • Sains
  • Matematik
  • Pengguna
  • Ilmu Falak
  • Sejarah
  • Kelab tingkatan 6

Sukan

  • Badminton
  • Bola Tampar
  • Bola Baling
  • Catur
  • Ping Pong
  • Bola Jaring
  • Tenis
  • Memanah
  • Olahraga
  • Bola Sepak/Futsal

Program-program khas dan kluster sunting

Badan-badan khas sekolah sunting

  • Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) (Pengawas sekolah)
  • BADAR (Badan Dakwah & Rohani)
  • Pengawas Pusat Sumber
  • Pengawas Asrama
  • Sidang Redaksi Majalah Al-Hasif

Syarat kemasukan sunting

Syarat kemasukan ke SMKA Sik adalah sama seperti syarat kemasukan ke SMKA di seluruh Malaysia iaitu:

Tingkatan Satu sunting

  • Mendapat 6A/5A 1B (SK)
  • Boleh membaca Al-Quran
  • Boleh menulis jawi
  • Tahu sembahyang/solat
  • Beragama Islam
  • Lulus ujian PAFA (UPSR)
  • Berumur 12 tahun atau 13 tahun yang lahir pada 31hb Disember (tahun semasa)
  • Lulus Pendidikan Islam
  • Sekurang-kurangnya 3A dalam Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)
  • Pandai serba sedikit tentang Bahasa Arab
  • Memiliki 3 sijil berasaskan pendidikan islam

Tingkatan Empat sunting

  • Lulus PT3, sekurang-kurangnya mendapat 4A
  • B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
  • A dan B dalam lain-lain mata pelajaran
  • Lulus ujian PAFA dalam PMR
  • Berumur 16 tahun atau kurang

Tingkatan Enam Rendah sunting

  • Lulus SPM
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Kepujian dalam Bahasa Arab Komunikasi atau lulus Bahasa Arab Tinggi
  • Lulus mata pelajaran Pengajian al-Quran dan as-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah
  • Berumur antara 17 dan 20 tahun

Senarai pengetua sunting

Sekolah-sekolah berhampiran sunting

  1. SMK Sik (Sekolah Kluster Kecemerlangan)
  2. SMK Seri Enggang
  3. SMK Chepir
  4. SMK Gulau
  5. Maktab Mahmud Sik
  6. SK Teloi Tua
  7. SK Sik Dalam
  8. SK Sik
  9. SK Seri Dusun
  10. SK Paya Terendam
  11. SK Hujong Bandar
  12. SK Hj Hussain
  13. SK Batu Lima
  14. SJK (C) Chung Hwa

Kedudukan dan kemudahan sekolah sunting

Kedudukan sekolah ini dari segi bentuk geografinya amat strategik sekali. Jika anda berada di sekolah ini,pandangan anda pasti terpukau dengan keindahan gunung-ganang yang menjadi tembok semula jadi sekolah ini. Pada waktu pagi, pasti sahaja sekolah ini akan kelihatan keputihan kerana awan kabus yang tebal. Hal ini dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan efektif untuk pembelajaran. Selain itu, sekolah ini juga terletak berhadapan dengan IKM Sik dan berdekatan dengan IPD Sik. Malahan, jarak dari Hospital Sik ke sekolah ini hanya 5.2 km. Hal ini membolehkan pelajar yang sakit dapat menerima rawatan dengan segera. Pelajar hanya perlu mengambil masa 7 minit untuk ke Pekan Sik untuk membeli-belah barang keperluan semasa hari outing. Sekolah ini juga mempunyai sebuah bas dan sebuah van sekolah.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
Sik,
08200, Sik
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044693270
Faks = 6044693267

Pautan luar sunting