Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River atau nama ringkasnya SMKA Slim River, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Besar Tg. Malim-Slim River.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River atau Slim River Islamis Secondary School
Lokasi
Jalan Besar Tg. Malim-Slim River, 35800, Slim River,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan agama, Sekolah kerajaan
MotoBersama Mengukir Kegemilangan
Ditubuhkan1991
Nombor sekolah6054527213
Kod sekolahARA0001
PengetuaTUAN HAJI HALIMI BIN KASDI
GPK Pentadbiran dan AkademikTUAN HAJI JAMALUDDIN BIN HALID
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN HAJAH JASNANI BINTI YASIN
Penolong Kanan KokurikulumENCIK WAN KHAIRUDDIN BIN WAN AS'ARI
Faks6054526214
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River memiliki 337 pelajar lelaki dan 348 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 685 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMKASR merupakan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan konsep sekolah berasarama yang berteraskan penghayatan Islam dalam cara hidup yang dididik sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dibuka pada pertengahan tahun 1993, ambilan pertama pelajar tingkatan satu telah dilakukan dan seterusnya pelajar tingkatan 4 hingga seterusnya diteruskan pengambilan pelajar setiap tahun. SMKA SR merupakan sekolah kedua di Perak dibawah program pengembangan kewujudan SMKA dibawah kerajaan pusat selepas SMKA sultan Azlan Shah, Bota. Sejajar dengan peningkatan kesedaran pelajaran berteraskan agama dan kemantapan subjek-subjek berteraskan agama, SMKA SR kemudiannya telah mengambil pelajar tingkatan 6 rendah (pada tahun 1996) dan kemudiannya juga telah menambah bilangan kelas bagi aliran tingkatan 4 teknikal. Dengan itu, aliran seperti kejuruteraan/teknikal telah mula wujud di SMKA SR sekaligus menaikkan lagi nama SMKA SR sejajar pengembangan dan kemantapan ilmu pengetahuan berteraskan sains, teknikal, fizikal dan agama yang dipelajari oleh pelajar-pelajar di bumi SMKA SR.

Pada tahun 1998, SMKA SR telah melakar sejarah tersendiri apabila ambilan tingkatan 1 1994 (SPM 98) telah berjaya membuktikan bahawa berkat ilmu pengetahuan yang diajar dengan ikhlas oleh para pendidik, bimbingan diluar waktu persekolahan dan penerapan nilai2 kerohanian telah diterjemahkan dengan keputusan 100% mendapat pangkat satu dengan kedudukan Sekolah no.1 di Perak dan yang ke 5 di Malaysia. SMKA SR merupakan antara sekolah agama yg berkembang pesat dan menonjol sejal awal pembukaannya sehingga kini. selain sejarah dalam bidang akademik, SMKA SR juga telah berjaya memberi tanggapan luarbiasa terhadap sekolah-sekolah lain apabila berjaya memenangai pelbagai pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan terutamya dalam bidang tilawah al quran, sukan dan sebagainya.

Sehingga kini, telah ramai lulusan SMKA SR yang bertebaran berada di serata Malaysia dan di luar negara bagi memenuhi pelbagai kekosongan jawatan-jawatan penting dalam sektor kerajaan mahupun swasta dengan kelebihan penerapan nilai Islam dalam kehidupan sebenar seharian. EZ

Pencapaian sunting

Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, antaranya, pemenang Anugerah Asrama Terbilang, Penilaian Perpustakaan Pusat Sumber Cemerlang, Anugerah Surau Imarah dan banyak lagi. Dalam bidang kokorikulum pula, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River telah mencatatkan nama sehingga ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan Catur, STEM, Kawad Kaki, Pantun, Pengakap, Bulan Sabit Merah dan sebagainya.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River
Jalan Besar Tg. Malim-Slim River
35800, Slim River
Negeri Perak,   Malaysia
Telefon = 6054527213
Fax = 6054526214

Pautan luar sunting