Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abbas


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abbas atau nama ringkasnya SMKADHA ialah sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, Malaysia. Ia pernah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dan Pondok Tok Jiring sebelum diambil alih oleh pihak kerajaan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abbas
Lokasi
Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama
MotoAnak Soleh Terbilang[3]
Ditubuhkan1953
Nombor sekolah6096670130
Kod sekolahTRA3001[1]
PengetuaPuan Hajah Anisah binti A Mubin[2]
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Ramli bin Ijon
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Norzihan binti Abd. Karim
Faks6096670131
Laman sesawang

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dibuka pada tahun 1953 dalam bentuk pengajian pondok dengan jumlah pelajarnya 180 orang, oleh Tuan Guru Haji Abas Haji Mohamad. Pada tahun 1965, sekolah ini telah diletakkan di bawah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu manakala sistem pengajian pondok telah ditukar kepada sistem pengajian agama dan arab.

Pada 1 Julai 1977 menjadi tarikh keramat apabila sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1982, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah gred A.

Dalam sejarahnya selama kira-kira setengah abad, sekolah ini berkembang maju menjadi sebuah institusi pendidikan terkemuka di Terengganu setanding dengan sekolah-sekolah ternama di tanah air.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah diberikan nama baru sempena nama pengasas sekolah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abbas berkuatkuasa 11 Februari 2014.[4]

Pada 5 April 2013, SMKADHA diberi pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Kebitaraan Bahasa Arab dan Catur Fasa Ke-7.[5][6]

Logo Sekolah sunting

  • Warna Merah - Melambangkan cita-cita yang tinggi dan berpandangan jauh
  • Warna Kuning - Melambangkan kegigihan dan kecekalan dalam mengharungi cabaran
  • Warna Putih - Melambangkan tulus dan ikhlas dalam melaksanakan amanah
  • Warna Hijau - Melambangkan kedamaian dalam kehidupan iklim persekolahan
  • Kitab Yang Terbuka - Melambangkan ilmu pengetahuan
  • Logo Yang Berbentuk Perisai - Melambangkan perjuangan pelajar dalam menuntut ilmu

Visi dan Misi sunting

Berikut adalah[7]

Visi

  • Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

  • Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Polisi Sekolah sunting

Berikut adalah[8]

  • GURU - Mendidik pelajar-pelajar adalah amanah
  • MURID - Menuntut ilmu adalah amanah

Piagam SMKA Dato Haji Abbas sunting

  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar kami.
  • Memastikan semua pelajar sekolah ini mendapat peluang belajar yang optimum.
  • Kerjasama yang erat di kalangan ahli masyarakat dalam dan luar sekolah.
  • Amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
  • Tahap yang cemerlang menjadi motto dan konsep kami.
  • Organisasi yang peka, prihatin dan penyayang.
  • Kesihatan fizikal dan mental masyarakat sekolah.
  • Jasa bakti yang berterusan dan berpanjangan.
  • Imaginatif, inovatif, kreatif, proaktif dan produktif.
  • Ramah mesra dan tatasusila.
  • Iklim perkhidmatan dan persekitaran sekolah yang bersih dan harmoni.
  • Norma dan nilai-nilai mulia diamalkan.
  • Generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh dan bertaqwa dilahirkan.
 
Pandangan Satelit Sekolah

Organisasi 2019 sunting

Berikut adalah senarai pentadbir SMKADHA[9]

  • Pengetua : Puan Anisah binti A Mubin
  • Penolong Kanan 1: Encik Ramli bin Ijon
  • Penolong Kanan HEM: Puan Norzihan binti Abd Karim
  • Penolong Kanan Kokurikulum: ???


Ketua-Ketua Bidang:

  • Ketua Bidang Sains & Matematik: Encik Ismail bin Abdullah
  • Ketua Bidang Bahasa: Puan Siti Hamedah binti Md Sukor
  • Ketua Bidang Teknik & Vokasional: Puan Tengku Rugayah Binti Tengku Sembok
  • Ketua Bidang PAI: Puan Saminah bin Mustaffa
  • Ketua Bidang Kemanusiaan : Cik Salmi binti Harun

Senarai Pengetua sunting

  • Tuan Guru Haji Abbas bin Mohammed (Pengasas) (1953-1958)
  • Ustaz Abdullah bin Taib (1958-1960)
  • Ustaz Abdul Rahman bin Taib (1960-1965)
  • Tuan Haji Rahman bin Haji Awang (1965-1974)
  • Tuan Haji Lub Yussof bin Abdul Rahman (1974-1978)
  • Ustaz Wan Mustaffa bin Wan Abdul Latif (1978-1983)
  • Tuan Haji Muhammad Sahapien bin Haji Mat Zin (1983-1986)
  • Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Ngah (1986-1989)
  • Tuan Haji Nawawi bin Haji Salleh (1989-1999)
  • Puan Hajjah Hindong binti Ali (1999-2006)
  • Puan Hajjah Zakiah binti Salleh (2006-2010)
  • Puan Hajjah Engku Mariah binti Syed Ahmad Al-Idrus (2010-2015)
  • Haji Abdul Aziz bin Abdullah (2015)
  • Tuan Haji Awi bin Salleh (2015-2016)
  • Encik Awang bin Abdullah@Sulong (2016-2018)
  • Puan Hajah Anisah binti A Mubin (2018-Sekarang)

Pencapaian sunting

2018 sunting

  • Pertandingan Chain Story Telling Piala Yayasan Sultan Mizan 2018 - Juara[10]
  • Nasyid Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) - Johan[11]
  • Festival Nasyid Sekolah-Sekolah (FNSS) Peringkat Negeri Terengganu - Johan
  • Kejohanan MSSD Kuala Nerus
    • Bola Jaring Bawah 15 Tahun - Naib Johan[12]
    • Hoki Lelaki Bawah 18 Tahun - Tempat Ketiga[13]
  • Dewan Makan SMKADHA - Gred A[14]

2017 sunting

  • Smart School Qualification Standards (SQSS) - 5 Bintang[15]
  • Pertandingan Program Reveal Postharvest UMT Inovasi Pembungkusan Produk Postharvest - Johan[16]
  • Pertandingan Pantun Peringkat Daerah Kuala Nerus - Tempat Kedua[17]
  • Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Kuala Nerus - Johan[18]
  • Kain Rentang Terpanjang 2KM Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 - Malaysia Book Of Records[19]

2016 sunting

  • SPM 2016:
    • Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama - Kedudukan 21 drp 56 buah sekolah[20]
    • Bahagian Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama & Sekolah Agama Bantuan Kerajaan - Kedudukan 35 drp 223 buah sekolah[21]
  • Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Antara sekolah terbaik di Terengganu[22]
  • Pertandingan Inovasi Tenaga Bio Jisim - Johan[23]
  • SUKMA 2016 Acara Air Pistol 10M Woman - Tempat Kedua (Pingat Perak)[24]
  • Spell It Right Peringkat Negeri Terengganu - Antara 10 Terbaik[25]

2008 sunting

  • RHB-NST Spell-It-Right Challenge Peringkat Negeri Terengganu - Kategori Sekolah Menengah - Juara[26]

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abbas
Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096670130
Faks = 6096670131

Majalah Sekolah sunting

  • Majalah Annur

Rujukan sunting

Pautan luar sunting