Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha atau nama ringkasnya SMKA Tun Datu Mustapha, merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Jalan Limau-Limauan berhampiran dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pekan Kinarut, Papar, Sabah. Pada 2009, SMKA Tun Datu Mustapha memiliki 160 orang pelajar lelaki dan 194 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 354 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009 Pada 2013, SMKA Tun Datu Mustapha memiliki 525 orang pelajar dan mempunyai seramai lebih 54 orang guru serta 12 orang anggota kakitangan sekolah. Sehingga Oktober 2020, SMKA Tun Datu Mustapha memiliki 451 orang pelajar, 51 orang guru serta 13 orang anggota kumpulan sokongan sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha.jpg
Lokasi
WDT 15, Papar, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Kerajaan
MotoTekun, Dedikasi, Maju Jaya
Ditubuhkan6 Januari 2003
Nombor sekolah6088-752955
Kod sekolahXRA4201
Pengerusi PIBGEncik Karim Bin Rahim (Pemangku YDP)
PengetuaUstaz Rapihi Bin Derim @ Wasihim
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Zainab Binti Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Elizah Binti Abdul Hamid
Penolong Kanan KokurikulumEncik Nasbi Bin Lasai
Faks6088-752954

SejarahSunting

 
Pemandangan bangunan sekolah dari asrama pada tahun 1982-1986

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar (SMKA TDM) telah dimulakan operasinya pada 6 Januari 2003 dengan menggunakan tapak SMKA Limauan Kota Kinabalu. Tapak dan bangunan asalnya ialah Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah sejak tahun 1973 yang di bawah pengawasan Yayasan Sabah. Kemudian pihak Yayasan Sabah membuat penyerahan rasmi pada tahun 1997 kepada Jabatan Pendidikan Sabah melalui Datuk Dr. Hasbullah Mohd. Taha, Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu. Maka, rasmilah tapak dan bangunan asal ini di bawah kawalan dan penjagaan Jabatan Pendidikan Sabah.

Pada Disember 2002, SMKA Limauan berpindah ke bangunan baru di Kimanis. SMKA Tun Datu Mustapha mengambil alih bangunan ini bermula pada 6 Januari 2003. Pada 7 Januari 2003, sekolah ini menerima pendaftaran pelajar seramai 120 orang dengan membuka 4 kelas tingkatan satu dan 1 kelas tingkatan dua. Pada 12 Januari 2003, Majlis Penyerahan Kunci dan Inventori SMKA Tun Datu Mustapha diadakan dengan rasminya dengan disaksikan oleh Pemangku Ketua Sektor SPPIM, Ustaz Mohd. Kassim Tusin.

 
Rumah lama warden

Sejak dibuka, SMKA Tun Datu Mustapha telah diterajui oleh Ustazah Fatmawati Binti Mohd. Sahari sebagai Pemangku Pengetua merangkap Penolong Kanan Pentadbiran, dibantu oleh Ustaz Ismail Haji Anam sebagai Penolong Kanan HEM dan Puan Raimah Samari sebagai Penyelia Kanan KOKUM bersama 17 orang guru dan 6 orang staf sokongan. Bermula 16 September 2003, Ustaz Haidon Hadi Sapiri memulakan tugas sebagai Pengetua pertama SMKA Tun Datu Mustapha dibantu oleh Ustazah Fatmawati Binti Mohd. Sahari sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Ismail Bin Haji Anam sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Ustaz Melih Bin Bedin sebagai Penolong Kanan Kokurikulum bersama 36 orang guru dan 10 orang staf sokongan.

Pada bulan Jun 2012, semua warga sekolah SMKA Tun Datu Mustapha telah berpindah ke bangunan baharu yang terletak berhampiran dengan lokasi asal. Beberapa blok akademik telah diubahsuai untuk dijadikan asrama bagi semua pelajar sementara pembinaan asrama dijalankan di tapak bangunan yang lama. Pada awal tahun 2013, SMKA Tun Datu Mustapha menyambut kedatangan pengetua baharu iaitu Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul yang menggantikan Ustaz Haidon Hadi Sapiri yang berpindah ke SMKA Keningau. Beliau dibantu oleh Ustazah Shamiza Ahamad sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Agus Salim bin Abdul Ghafur sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Dayang Rosimah Binti Awg. Tengah sebagai Penolong kanan Kokurikulum.

Pada akhir bulan Mac 2019, SMKA Tun Datu Mustapha menyambut kedatangan Pengetua baharu iaitu Ustaz Rapihi Bin Derim @ Wasihim yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengetua di SMKA Tun Said, Kota Belud, menggantikan Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Bin Sangul yang dilantik menjadi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Pentadbiran SMKA Tun Datu Mustapha yang baharu diterajui oleh Ustaz Rapihi Bin Derim @ Wasihim dan dibantu oleh tiga orang Penolong Kanan baharu bermula pada bulan Jun 2020 iaitu Puan Zainab Binti Ahmad selaku Penolong Kanan Pentadbiran yang berpindah dari SMKA Tun Juhar, Sandakan, Encik Nasbi Bin Lasai selaku Penolong Kanan Kokurikulum yang berpindah dari SMKA Tun Said dan Puan Elizah Binti Abdul Hamid selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Prinsip sekolahSunting

VisiSunting

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

MisiSunting

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Logo sekolahSunting

 

Warna

Hijau - Suasana dan persekitaran yang selamat.
Kuning - Kesetiaan kepada raja dan negara.
Biru - Bersatu padu.
Putih - Ketulusan.

Bentuk

Bulatan - Melambangkan kesejagatan.
Bulan Sabit - Melambangkan agama Islam.
Piala - Kecemerlangan dalam semua aspek.
Pen Hijau - Menuntut ilmu untuk akhirat.
Pen Kuning - Menuntut ilmu untuk dunia.
Buku - Penerapan budaya membaca.
Gunung - Negeri Sabah.
3 Bucu Di atas - Melambangkan ilmu, iman, taqwa.

Lagu sekolahSunting

SMK Agama Tun Datu Mustapha
Pembentuk warisan bangsa
Penegak Agama makmurkan bumi bertuah
Malaysia yang tercinta

Tekun dedikasi maju jaya
Itulah cogan kita
Sahsiah terpuji mengikut syiar ilahi
Terserlah jati diri

Pegang teguh ikhlas setia
Iltizam tinggi junjung amanah
Kasih sayang sesama insan
Quran dan hadis jadi panduan

Junjung kecemerlangan
Wawasan kita jayakan
Bergerak maju memburu seribu harapan
TDM di puncak jaya
TDM di puncak jaya
TDM di puncak jaya

Lirik lagu sekolah telah dicipta oleh Ustaz Haidon Hadi Sapiri, Ustaz Melih Bedin, Haji Zakaria Bin Haji Nasip dan Puan Hajah Rosana Binti Abdullah.

Ikrar pelajarSunting

Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, berikrar dan berjanji akan:

  • menunaikan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala laranganNya,;
  • mentaati dan menghormati para guru;
  • berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran;
  • menjaga dan menyayangi sekolah;
  • mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah,

demi mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, kami juga berikrar, sekiranya kami melanggar peraturan dan undang-undang sekolah, kami bersedia dikenakan tindakan tatatertib daripada pihak sekolah.

PentadbiranSunting

PengetuaSunting

  • Ustaz Haidon Hadi Sapiri (2003 - 2012)
  • Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Bin Sangul (2013 - 2018)
  • Ustaz Rapihi Bin Derim @ Wasihim (2018 - kini)

Penolong Kanan PentadbiranSunting

  • Ustazah Fatmawati Binti Mohd. Sahari (2003 - 2006)
  • Ustazah Shamizah Binti Ahmad (2006 - 2019)
  • Puan Zainab Binti Datuk Hj Ahmad (2020 - kini)

Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSunting

  • Ustaz Ismail Bin Anam (2003 - 2006; 2019)
  • Puan Khadijah Binti Ahmad (2006 - 2008)
  • Encik Rosmazlan Bin Abd Rashid (2008 - 2013)
  • Ustaz Mohamad Agus Salim Bin Abdul Ghafur (2014 - 2017)
  • Ustaz Shukor Bin Bahari (2018)
  • Puan Elizah Binti Abd Hamid (2020 - kini)

Penolong Kanan Kokurikulum Sunting

  • Puan Raimah Binti Samari (2003)
  • Encik Melih Bin Bedin (2004 - 2008)
  • Encik Mulsid Otohdikih (2008)
  • Puan Dayang Rosimah Binti Awg. Tengah (2009 - 2019)
  • Encik Nasbi Bin Lasai (2020 - kini)

EnrolmenSunting

Bilangan muridSunting

  • Tingkatan 1 : 117 orang
  • Tingkatan 2 : 90 orang
  • Tingkatan 3 : 66 orang
  • Tingkatan 4 : 101 orang
  • Tingkatan 5 : 77 orang

Jumlah murid = 451 orang

Bilangan guruSunting

  • Guru Lelaki : 15 orang
  • Guru Perempuan : 36 orang

Jumlah guru = 51 orang

Bilangan anggota kumpulan sokonganSunting

  • Staf Lelaki : 4 orang
  • Staf Perempuan : 9 orang

Jumlah staf = 13 orang

AkademikSunting

Semua pelajar menengah rendah (tingkatan 1 hingga tingkatan 3) mengambil pakej mata pelajaran yang sama yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Sejarah, Georafi, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Bermula pada tahun 2020, pakej mata pelajaran untuk semua pelajar tingkatan 4 yang ditawarkan adalah seperti berikut;

4 Ibnu Sina 4 Ibnu Khaldun 4 Ibnu Rushdy 4 Al-Khawarizmi
Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sejarah

Bahasa Arab

Pendidikan Syariah Islamiah

Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Fizik

Kimia

Biologi

Matematik Tambahan

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sejarah

Bahasa Arab

Pendidikan Syariah Islamiah

Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Prinsip Perakaunan

Matematik Tambahan

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sejarah

Bahasa Arab

Pendidikan Syariah Islamiah

Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Geografi / Perniagaan (Pilihan)

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sejarah

Bahasa Arab

Pendidikan Syariah Islamiah

Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Untuk tingkatan 5, pakej mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:

5 Ibnu Sina 5 Ibnu Khaldun 5 Ibnu Rushdy 5 Al-Khawarizmi
Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sejarah

Bahasa Arab

Pendidikan Syariah Islamiah

Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Fizik

Kimia

Biologi

Matematik Tambahan

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sejarah

Bahasa Arab

Pendidikan Syariah Islamiah

Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Prinsip Perakaunan

Matematik Tambahan

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sejarah

Bahasa Arab

Pendidikan Syariah Islamiah

Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Geografi

Perniagaan

KokurikulumSunting

Rumah sukanSunting

Semua pelajar SMKA Tun Datu Mustapha menganggotai salah satu daripada empat rumah sukan. Di awal sesi penggal satu persekolahan, kesemua ahli rumah sukan akan terlibat dalam pertandingan Merentas Desa, Sukantara dan Sukan Tahunan. Juara Keseluruhan Sukan Tahunan, Olahragawan dan Olahragawati akan dinobatkan semasa Majlis Penutupan Sukan Tahunan SMKA Tun Datu Mustapha. Empat rumah sukan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Rumah Sukan Warna Utama
Syafie      Kuning
Hanafi      Biru
Hambali      Merah
Maliki      Hijau

Kelab dan PersatuanSunting

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Arab
  • Persatuan Sains, Matematik dan Teknologi (STEM)
  • Kelab Rukun Negara dan Kelab Malaysiaku
  • Kelab Kesenian Islam
  • Kelab Kerjaya dan Kaunseling
  • Kelab Koperasi dan Keusahawanan
  • Kelab Kemahiran Al-Quran (KKQ)
  • Kelab Reka Bentuk dan Teknologi

Sukan dan Permainan / 1 Murid 1 Sukan (1M1S)Sunting

  • Kelab Sukan Bola Sepak
  • Kelab Sukan Bola Tampar
  • Kelab Sukan Ping Pong
  • Kelab Sukan Bola Baling
  • Kelab Sukan Badminton
  • Kelab Sukan Hoki
  • Kelab Sukan Sepak Takraw
  • Kelab Permainan Dalaman
  • Kelab Sukan Bola Jaring
  • Kelab Sukan Memanah

Badan BeruniformSunting

  • Pasukan Kadet Remaja Sekolah
  • Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia
  • Pasukan Pengakap
  • Kor Kadet Polis

Majalah sekolahSunting

 
Edisi pertama Majalah UFUK

Pada tahun 2010, sidang redaksi sekolah yang diketuai oleh Puan Zuariah Binti Bakar sebagai Ketua Editor pada ketika itu telah menerbitkan edisi pertama majalah sekolah yang diberi nama UFUK untuk menggarap kembali segala catatan dan peristiwa penting yang berlaku sepanjang penubuhan SMKA Tun Datu Mustapha. Edisi kedua Majalah UFUK telah diterbitkan pada hujung tahun yang sama diketuai oleh Puan Khairulza Binti Abd Rashid selaku Ketua Editor sidang redaksi. Penerbitan edisi kedua tersebut telah memberikan input serta informasi yang bermanfaat selain menjadi cendera kenang-kenangan buat pelajar yang menamatkan alam persekolahan di SMKA Tun Datu Mustapha.

Kejayaan sekolahSunting

  • Pada tahun 2014, pasukan Forum Remaja Sekolah telah mendapat tempat kelima dalam Pertandingan Forum Remaja peringkat kebangsaan 2014.[1]
  • Pada tahun 2016, pasukan PsychoScience telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Pertandingan School Lab peringkat kebangsaan anjuran British Council.[2]

AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha
WDT 15,
89609, Papar
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088-752955
Faks = 6088-752954

RujukanSunting

  1. ^ Nurdiana inti Mohd Nor (September 2014). "Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2014". Klik Web DBP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 19 Ogos 2017.
  2. ^ "School Lab 2016". British Council. Dicapai pada 13 Oktober 2020.


Pautan luarSunting

Koordinat: 5°48′14″N 116°01′54″E / 5.8040°N 116.0318°E / 5.8040; 116.0318