Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh

Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh atau nama ringkasnya SMK Agaseh, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lahad Datu, Sabah, Malaysia. 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh
 Sabah
Lokasi
Peti Surat 60254 91112,, Lahad Datu,  Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoIlmu Pelita Hidup
Nombor sekolah+6089881836
Kod sekolahXEE3117[1]
Pengerusi PIBGPn Suhayati
PengetuaPn. Junainah Lo
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Andynelly Binti Andi Ariffin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Husir Salip Besar
Penolong Kanan KokurikulumEn. Ahmad Parakasi
Faks+6089881836
Laman sesawang

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh telah ditubuhkan pada tahun 1965. Ia merupakan sekolah menengah gred A luar bandar. Luas kawasan 28 ekar. Terletak kira-kira 3 km dari pekan Lahad Datu ke arah jalan Tungku/ Silabukan. Nama asalnya ialah Government Junior Secondary School (GJSS) dan bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris. Pada tahun 1970 namanya ditukar kepada Sekolah Menengah Lahad Datu. Kemudian pada tahun 1976 nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh. Nama ‘AGASEH’ digunakan sempena nama Ketua Anak Negeri Daerah Lahad Datu yang pertama iaitu Datu Agaseh. S.M.K Agaseh menumpang dengan Sekolah Kebangsaan Pekan 1, Lahad Datu sebelum mempunyai bangunan sekolah sendiri.

Pada awal penubuhannya, keseluruhan operasi dan pentadbirannya dijalankan (menumpang) pada sesi petang di Sekolah Rendah Pekan Lahad Datu (SK Pekan I, Lahad Datu). Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kelas Peralihan. Pelajar tingkatan satu dimulakan pada tahun 1967.

Bangunan-bangunan Blok A, B dan C yang ada sekarang sahaja yang digunakan sebagai bangunan pentadbiran dan pembelajaran. Pada tahun 1976, tingkatan empat dibuka dan bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah pembelajaran wajib. Aliran bahasa Arab mula ditubuhkan pada tahun 1994 untuk murid tingkatan 1. Pada tahun 1977, semua pelajar tingkat empat yang baru mendaftar menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris hanya diajar sebagai salah satu mata pelajaran wajib. Aliran Bahasa Arab ditawarkan kepada beberapa orang pelajar tingkatan satu yang terpilih mulai tahun 1994.[2]

Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh mempunyai sebuah sekolah cawangan dengan jumlah pelajar tingkatan satu seramai 250 orang. Sehingga akhir tahun 2005 jumlah keseluruhan pelajar sekolah ini ialah seramai 2000.

Bermula dari tahun penubuhannya sehinggalah ke tahun 2005 ini, SMK. Agaseh telah ditadbir oleh Sebelas orang pengetua dan seorang Ketua Guru yang bertindak sebagai pemangku,iaitu En Thanabalan Amayappen. En. Yeoh Sek Goh merupakan pengetua yang ke-11.

Bermula dari tahun penubuhannya sehinggalah ke tahun 2014, SMK Agaseh telah ditadbir oleh 13 orang pengetua dan Pn. Junainah Lo merupakan pengetua SMK Agaseh yang ke-13

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh
Peti Surat 60254
91112, Lahad Datu
 Sabah,  Malaysia
Telefon 089881836
Fax 089881836

Visi sunting

Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.

Misi sunting

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh
  3. ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-08-27.

Pautan luar sunting