Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya

Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya atau nama ringkasnya SMK Aman Jaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sungai Lalang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya
Lokasi
Sungai Lalang, 08000, Sungai Petani,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6044581996
Kod sekolahKEA3111
Faks6044584708
Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya memiliki 1352 pelajar lelaki dan 1341 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2693 orang. Ia mempunyai seramai 139 orang guru.2009

Sejarah sunting

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Sungai Lalang. Sekolah ini diwujudkan sebagai sebuah sekolah cawangan kepada Sekolah Menengah Bedong pada awal Januari 1983 dengan menumpang di bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa,Sungai Lalang Setahun kemudian, apabila bilangan pelajar bertambah.Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lalang ini terpaksa berpindah dan menumpang di SRJK(Cina) Sin Kuo Min dan di Sekolah Kebangsaan Bedong,iaitu 4km dari sekolah kini.

Akhirnya pada 15 Julai 1985 baharulah pelajar Sekolah Menengah Sungai Lalang mendapat bangunan sekolah sendiri seperti yang ada sekarang ini.Pada tahun 1986 hingga 1993 SMK Sungai Lalang telah menempa banyak kejayaan dalam bidang akademik, sukan dan olahraga. Antara guru-guru yang pernah berkhidmat disini ialah Cikgu Abdullah, Cikgu Hj. Nazri, Cikgu Ghazali dan Tn.Hj. Shahrom dan Tn.Hj Ismail Othman. Pengetua SMK Aman Jaya pada masa ini ialah Encik Ong Kim Heng. Penolong Kanan ialah En. Omar. Pada akhir tahun 2007 sekolah telah menerima peruntukan daripada kerajaan untuk membina kemudah-kemudaha baru seperti pembinaan Blok F dan lain-lain kemudah yang akan menyusul. Kini sekolah telah menerima sistem (CCTV) daripada Kementerian Pelajaran bagi memantau aktiviti para pelajar. Pada tahun 1994, Sekolah Menengah Sungai Lalang telah menukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya.

Pencapaian sunting

dalam mata pelajaran sejarah dari tahun 1996 hingga 2000

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya
Sungai Lalang
08000, Sungai Petani
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044581996
Fax = 6044584708

Pautan luar sunting