Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson atau nama ringkasnya SMK Anderson, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Hospital.

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson
Andersonbadge.png
Lokasi
Jalan Raja Ashman Shah, 30450, Ipoh,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTo Strive, To Seek, To Find and Not to Yield
Nombor sekolah+6052494900
Kod sekolahAEB2043[1]
Pengerusi PIBGEn. Ishsam bin Shahruddin
PengetuaEn. Zahidi bin Abd Ghani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Shaharul Anuwar b. Abd. Wahab
Faks+6052423924
Laman sesawang
Nama asalnya Anderson School Ipoh selepas itu Sekolah Menengah Anderson Ipoh sehingga bertukar kepada nama sekarang.


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson memiliki 1209 pelajar lelaki dan 41 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1250 orang. Ia mempunyai seramai 119 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson terletak di Jalan Raja Ashman Shah, bandar raya Ipoh , Perak. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Sekolah Anderson Ipoh, dibuka dengan rasminya pada 6 Februari 1909.

SejarahSunting

 
Bangunan SMK Anderson.

Sekolah Menengah Anderson telah dibuka dengan rasminya pada 6hb. Februari 1909. Nama "Anderson" diambil sempena nama Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu, (juga Gabenor Negeri-Negeri Selat), Sir John Anderson. Sekolah Anderson diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar Melayu yang tidak berpeluang memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar. Atas sebab-sebab fahaman agama pula, ibu bapa Melayu enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris yang telah sedia ada seperti Sekolah Inggeris-Cina.

Lt. Col. J. H, Tyte, Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dilantik menjadi Guru Besar pertama. Beliau dibantu oleh Mr. E. C. Smith yang menjadi Penolong Kanan. Guru perintis terdiri dari seorang guru terlatih dan 5 orang murid tua SMK Victoria. Bangunan sekolah pertama telah direka oleh jurubina tempatan, iaitu Mr. C. H. La Brooy dan terletak di Jalan Douglas. Bangunan ini kini digunakan sebagai Pejabat Agama Perak.

Pada 9 Februari 2009, SMK Anderson telah menyambut 100 tahun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson yang dilancarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Dihilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Menteri Besar Perak Ke-11, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Sekolah Menengah (SMK) Anderson telah meraikan ulang tahun acara sukan tahunan sekolah ke-100 melalui sambutan Karnival Sukan 100 Tahun pada 7 dan 8 Julai 2018. Kejohanan Olahraga Kali Ke-100 telah diadakan pada 7 July 2018, penaungnya ialah DYTM Raja Jaafar Bin Raja Muda Musa berserta Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu. Acara Fun Ride yang melibatkan 25km berbasikal dan Majils Makan Malam Amal diadakan pada hari berikutnya, 8 Julai 2018.

AlumniSunting

Antara bekas pelajar terkenal sekolah ini ialah:

  1. DYTM Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa, Raja Muda Perak
  2. Tun (Dr) Haji Ahmad Sarji Abdul Hamid - bekas Ketua Setiausaha Negara
  3. Tun Mohammed Hanif Omar - bekas Ketua Polis Negara
  4. Tun S. Samy Vellu - Presiden MIC, Bekas Menteri Kerja Raya
  5. Tan Sri Datuk Megat Junid Megat Ayob
  6. Tan Sri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
  7. Dato' Dr. Abdullah Fadzil Che Wan
  8. Ahmad Boestamam - aktivis politik anti-penjajahan Tanah Melayu oleh pihak British, mengasaskan Kesatuan Melayu Muda
  9. Loke Hoi Kwong - pengarah teater di London [1]
  10. Chan Sek Keong - Ketua Hakim Singapura (Chief Justice of the Republic of Singapore) [2]
  11. Dato' Dr. Haji Ahmad Adlan bin Nuruddin (A.M.P) - Perunding Obstetrician and Gynaecologist di Ipoh Specialist Hospital
  12. Dato' Mohammad Nor Khalid (Lat) - Kartunis Malaysia
  13. Dr. Wong Jeh Shyan - Ketua Pegawai Eksekutif syarikat dana perintis antarabangsa CommerceNet Singapura (CEO of CommerceNet Singapore)
  14. Dr. Wong Jun Shyan - Pakar Mata dan Pengarah Perubatan di ISEC - Pusat Pakar Mata Antarabangsa, Kuala Lumpur [3]
  15. Datuk Loo Yeng Peng
  16. Datuk Jeffrey Tan Kok Wha (Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia)
  17. Mohd Hezri bin Shaharil (Bekas Majistret / Peguam)
  18. Dato' Sivarraajh Chandran - Ketua Pemuda MIC Pusat, bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands
  19. Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu - Menteri Besar Perak Ke-12
  20. Mohd Fande Abdullah Sani - Chef terkemuka

Lagu SekolahSunting

In Striving Shall our glory be,
We seek until we find,
Stand loyal in each trying time,
Nor ever lag behind.
Each palm tree waves us on,
The golden sands rejoice,
We move with single aim,
And strong united voice.
We will not yield whatever task,
May lie within our path,
But revel in the work itself,
Nor fear the aftermath.
The sea strives with the land,
The river with the fields,
We strive and seek and find,
And finding will not yield.

Lain-lainSunting

  • Penggambaran filem 'Talentime" arahan Yasmin Ahmad diadakan di sekolah ini pada bulan Ogos 2008.

AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson
Jalan Hospital
30450, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052494900
Fax = 6052423924

RujukanSunting

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0217&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm http://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-lain/artikel/smk-anderson-rai-karnival-sukan-ke-100-tahun/85821

Pautan luarSunting