Sekolah Menengah Kebangsaan Arau

Sekolah Menengah Kebangsaan Arau atau nama ringkasnya SMK Arau, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Besar Arau.

Sekolah Menengah Kebangsaan Arau
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Arau.jpg
Lokasi
533, Jalan Besar Arau, Kampung Guar Sanji, 02600 Arau, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoInstitusi Gemilang Insan Cemerlang[6]
SesiPagi[1]
Nombor sekolah6049863907
Kod sekolahREA0078[2]
Fakulti92[3]
Jumlah penuntut756[4]
Kelas43[5]
Bahasa pengantarBahasa Malaysia
Faks6049862171

Sekolah ini memiliki 756 pelajar dan 92 orang guru.

Sejarah[7]Sunting

SMK Arau mula ditubuhkan pada 1 Disember 1990 dengan menumpang di bangunan SK Tengku Budriah, Arau pada sesi petang. Pada tahap awal penubuhannya, SMK Arau mempunyai pelajar seramai 198 orang dan 12 orang guru. Setelah tiga tahun menumpang, SMK Arau telah berpindah ke bangunan barunya seperti yang ada sekarang pada 1 Disember 1994.

Pengetua pertamanya ialah Puan Hajah Sharifah Sofiah binti Syed Ahmad yang dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1, Encik Lamin bin Awang, Guru Penolong Kanan HEM, Puan Hanisah binti Jusoh dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Encik Abu Hassan bin Jusoh. Pada tahun 1996, beliau telah bertukar ke SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit. Tempatnya digantikan oleh Encik Idris bin Buyong dari SMV Arau. Setelah beliau berpindah, tempatnya digantikan oleh Puan Temu binti Omar yang berkhidmat dari tahun 1998 hingga tahun 2001, sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad. Kemudian tempatnya digantikan oleh Encik Azhar bin Ismail dari tahun 2001 hingga 2004. Setelah beliau bersara, tempatnya digantikan oleh Puan Natrah binti Samat dari tahun 2005 hingga pertengahan tahun 2007. Kekosongan jawatan yang ditinggalkan beliau ini kemudian telah diisi oleh Encik Halim bin Mansor hingga tahun 2011. Seterusnya beliau telah diganti oleh Puan Hajjah Azizah binti Jafar hingga Januari 2013. Setelah pertukaran beliau ke SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, tempat beliau telah diisi oleh Tuan Haji Azni bin Man sehingga persaraan pada bulan Disember 2014. Puan Hajah Fitriah binti Che’Pi telah mengambil alih tempat beliau sehingga April 2017. Tanggungjawab ini telah diserahkan kepada Puan Hajah Azizah binti Mustafa yang masih bertugas sehingga kini.

Senarai pengetuaSunting

Nama Tempoh pentadbiran
Puan Hajah Sharifah Sofiah binti Syed Ahmad 1990-1996
Encik Idris bin Buyong 1996-1998
Puan Temu Binti Omar 1998-2001
Encik Azhar bin Ismail 2001-2004
Puan Natrah binti Samat 2005-2007
Encik Halim bin Mansor 2007-2011
Puan Hajjah Azizah binti Jafar 2011-2013
Tuan Haji Azni bin Man 2013-2014
Puan Hajah Fitriah binti Che’Pi 2014-2017
Puan Hajah Azizah binti Mustafa 2017-sekarang

Misi sekolah[8]Sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Arau menjadi sebuah institusi pendidikan yang unggul menerusi pengisian bersepadu warga sekolah agar dapat:

  • Meningkatkan pencapaian akademik setara dengan peringkat Negeri atau Kebangsaan;
  • Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan guru dan pelajar.
  • Membentuk pelajar berdisiplin dan berakhlak mulia.
  • Melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang ko-kurikulum peringkat Negeri dan Kebangsaan.
  • Mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan kondus.
  • Menguasai Teknologi Maklumat atau ICT dalam kalangan guru dan pelajar.
  • Meningkatkan kemudahan fizikal sekolah.

PencapaianSunting

  • Johan Pembestarian Sekolah 2018

Bekas-bekas pelajar yang terkenalSunting

Julia Ziegler - Pelakon

RujukanSunting

Pautan luarSunting