Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam (SMK Ayer Hitam) ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Simpang Empat Kerpan, Ayer Hitam, Kedah. Pada 2009, SMK Ayer Hitam memiliki 912 pelajar lelaki dan 990 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1902 orang. Pada tahun yang sama, jumlah guru ialah seramai 128 orang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam
Lokasi
 Malaysia Simpang Empat Kerpan, 06150, Ayer Hitam, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6047940226
Kod sekolahKEE4041
Pengerusi PIBGHj Yahaya b. Ahmad
PengetuaTuan Hj Mohamad Asri Bin Mokhtar
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hjh Roshadah Bt Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Wan Ropiah Binti Wan Yusof
Penolong Kanan KokurikulumEn Azman Bin Husin
Faks6047948785

Sejarah sunting

Sekolah ini telah dirasmikan pada 10 Januari 1965.

Sejarah Sekolah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam (SMKAH) telah ditubuhkan pada 10 Januari 1965. Penubuhan sekolah ini adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan peringkat menengah di kawasan Kubang Pasu Barat. Sekolah ini ialah sekolah menengah yang pertama di kawasan ini. Pada peringkat awal penubuhannya, pelajar-pelajar terpaksa ditempatkan di SK Jerlun. Kemudian apabila bilangan pelajar semakin ramai, bangunan SRJK(C) Yuh Min, SK Alor Janggus dan SMA Nurul Islam terpaksa dipinjam oleh pihak pentadbir sekolah ini.

Bangunan asal SMKAH, iaitu tiga buah bangunan dua tingkat telah siap pada 6 April 1968. Bangunan asal tetap ini telah dirasmikan pada 6 Mei 1969 oleh YB En. Mohamed Khir Johari, Menteri Pendidikan ketika itu.

Pada tahun 1972, sebuah bangunan makmal dua tingkat dan bengkel KHB telah dibina. Seterusnya, asrama telah dibina dalam tahun 1985. Memandangkan bilangan pelajar yang semakin meningkat, bangunan “kilat” dan bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1990. Sekolah ini juga telah mendapat sebuah dewan besar yang mula beroperasi pada tahun 2010.

Sekolah ini telah mendapat penghormatan untuk menubuhkan kelas Pra-Universiti. Pada tahun 1994 pula, kelas aliran agama telah diwujudkan. Akhirnya sebagai langkah awal menjadikan SMKAH sebagai sebuah sekolah elit, Kelas Rancanagn Khas yang menempatkan pelajar-pelajar terpilih telah mula beroperasi pada tahun 2001.

Sekolah ini juga telah mendapat dua buah blok bangunan 4 tingkat yang mula dibina pada tahun 2012 bagi menampung pertambahan pelajar yang begitu pesat.

Pencapaian sunting

Sekolah ini telah menyambut Jubli Emas pada tahun 2015 yang dirasmikan oleh pengetua sekolah ini iaitu Tn. Haji Mohammad Abdullah.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam
Simpang Empat Kerpan
06150, Ayer Hitam
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047940226
Faks = 6047948785

Lihat juga sunting


Pautan luar sunting