Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman atau nama ringkasnya SMK Bandar Baru Darulaman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Darulaman.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman
Lokasi
Bandar Baru Darul Aman, 06000, Jitra, Kedah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKualiti Sepanjang Masa
Nombor sekolah6049189880
Kod sekolahKEA4066
PengetuaPn. Hajah Ramlah Mohd Hussain
Faks6049189881

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman memiliki 761 pelajar lelaki dan 761 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1522 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman telah diserahkan kepada pengetua sekolah iaitu Tuan Haji Padzil B. Jaafar secara rasmi pada 29 Disember 2001. Pelajar mula memasuki kelas bermula pada 6 Januari 2002 dengan slogan, Kualiti Sepanjang Masa".
Pada 2007, pengetua digantikan oleh Pn. Hajah Dewi Rosnah sebelum telah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, Alor Setar. Pada tarikh 16 Februari 2010 pengetua baru, Pn. Hajah Ramlah Mohd Hussain dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Setar ditukarkan ke sini. Pelbagai pencapaian cemerlang telah dicapai oleh sekolah ini.

Pengetua yang berkhidmat sunting

  1. Tuan Haji Padzil B.Jaafar (29 Disember 2001 - 2007)
  2. Pn.Hajah Dewi Rosnah Radin Suhadi (16 Ogos 2007 - April 2010)
  3. Pn Hajah Ramlah Mohd Hussain. (16 Februari 2010 - kini)

Pencapaian sunting

  • Anugerah Prestasi Terbaik 2005 – Kategori Sekolah Harian, Pertandingan Meningkatkan Keselamatan Sekolah Peringkat Negeri Kedah.
  • Anugerah Inisiatif Meningkatkan Keselamatan dan Keceriaan Alam Sekitar (3K) Peringkat Kebangssan 2006.
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik PMR dan SPM 2006 – Kategori Sekolah Harian
  • Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan Peringkat Daerah Kubang Pasu 2007 – Golf, KRS, Pandu Puteri dan Taekwando
  • Pengetua Kluster (Fasa 1) 2007
  • Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2007/2008
  • Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan 2008 (Pengurusan, Tilawah Al-Quran Negeri, KRS Kebangsaan, Bola Sepak MSSM dan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu)
  • Anugerah Pangkat Koperal KRS -4 orang pelajar
  • Anugerah Pangkat Staf Sarjan KRS – seorang pelajar
  • Johan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Peringkat Negeri 2008
  • Johan Forum Remaja 2014
  • Naib Johan Pertandingan Koir Peringkat Daerah 2014
  • Naib Johan Pertandingan Drama Komsas (UUM)

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman
Bandar Baru Darulaman
06000, Jitra
Kedah, Malaysia
Telefon = +6-04-9189880
Fax = +6-04-9189881

Pautan luar sunting