Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting


Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru Serting atau nama ringkasnya SMK (Felda) Bandar Baru Serting, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bandar Seri Jempol.[1]

Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru Serting
Lokasi
 Malaysia Bandar Seri Jempol, 72120, Bandar Seri Jempol,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-4581849
Kod sekolahNEA6008
SingkatanSMKBBS
Faks06-4583115
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru Serting memiliki 426 pelajar lelaki dan 409 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 835 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

SejarahSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Bandar Baru Serting (SMKBBS) terletak dalam daerah Jempol. Bahau ialah bandar yang terhampir dengan jaraknya kira-kira 12km. Sekolah ini dibuka pada 1hb. Disember 1989. Pada peringkat awalnya, sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting yang terletak bersebelahan dengan lokasi sekolah sebenar sekarang. Bilangan guru ketika itu hanyalah seramai 13 orang. Manakala jumlah pelajar tingkatan 1 pada tahun pertama persekolahan ialah seramai 193 orang yang diagih-agihkan kepada enam kelas. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang. Pada 1hb. Jun 1990, SMKBBS telah berpindah ke lokasi sekolah sebenar yang terletak di dalam kawasan pembangunan FELDA dengan keluasan kira-kira 16 ekar persegi. Pada awalnya, sekolah hanya mempunyai 3 buah bangunan setinggi 2 tingkat. Disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah, mulai tahun 1992 SMKBBS telah mengadakan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Sesuai dengan peningkatan jumlah pelajar, infrastruktur sekolah juga telah bertambah dengan pembinaan 3 buah bangunan baru iaitu sebuah bangunan setinggi 3 tingkat dan 2 buah bangunan setinggi 2 tingkat yang telah siap dibina pada pertengahan tahun 1994. Berdasarkan perkembangan fizikal dan pertambahan bilangan pelajar yang pesat, pada 1hb. Mac 1994 SMKBBS telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A.


PencapaianSunting

Pada tahun 1999 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting telah terpilih untuk perlaksanaan program Sekolah Bestari Perdana Bertaraf 5 Bintang.


AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru Serting
Bandar Seri Jempol
72120, Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 06-4581849
Fax = 06-4583115

Pautan luarSunting