Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok atau nama ringkasnya SMK Bandar Baru Sintok, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sintok.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok
Lokasi
Jalan Sintok, 06010, Sintok,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Menengah Harian Luar Bandar Gred B
MotoILMU TONGGAK JAYA
Nombor sekolah6049241028
Kod sekolahKEA4065
Pengerusi PIBGProf. Madya Dr. Rusdi Bin Omar
PengetuaEn. Shamsudin b. Aroff
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Azwan Bin Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumPn. Nor Rizan bt. A. latif
Faks6049241028


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok memiliki 319 pelajar lelaki dan 299 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 618 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok memulakan sesi persekolahannya pada 2 Januari 2001. Peringkat awal pengoperasian sekolah ini menumpang di Bangunan Blok B Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun pada sesi petang untuk 2 kelas tingkatan satu dan tingkatan dua.


Dalam aspek pengurusannya, sekolah ini terdiri daripada 14 orang guru dan 6 orang staf sokongan. Pejabat sekolah ini menumpang di bilik kelab komputer SMK Changlun yang telah diubahsuai. Bilangan pelajar pada masa itu hanya seramai 114 orang iaitu terdiri daripada 72 pelajar lelaki dan 42 pelajar perempuan yang berasal daripada 4 buah kampung iaitu Kampung Changkat Setul, Kampung Baru, Risda Tanjung Genting dan Perumahan Awam Kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM).


Setelah lebih 1 tahun menumpang di SMK Changlun, pada 12 November 2001, SMK Bandar Baru Sintok telah berpindah ke bangunan sendiri bersebelahan Risda Tanjung Genting Sintok dan pada 06 Januari 2002 sekolah ini telah memulakan sesi persekolahan di sini.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok
Jalan Sintok
06010, Sintok
Kedah,   Malaysia
Telefon = +6-04-9241028
Fax = +6-04-9241028

Pautan luar sunting