Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 atau nama ringkasnya SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2
Lokasi
 Malaysia Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn, CHERAS, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerdisiplin Berilmu Berwawasan
Nombor sekolah390766753
Kod sekolahBEA4630[1]
PengetuaPuan Hajah Zainap Binti Hj Sidek
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Md Yusup Bin Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Noor Zehan Binti Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumEn On Bin Arasad
Faks390763467
Laman sesawang
Map

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 memiliki 1258 pelajar lelaki dan 1195 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2453 orang. Ia mempunyai seramai 144 orang guru.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 beroperasi penuh pada 2 Januari 2004. Pembinaan sekolah ini meliputi seluas 13.75 ekar dan mempunyai 4 blok bangunan sekolah.

Sejarah sunting

SMK Bandar Tun Hussein Onn ditubuhkan pada Disember 2003 dan memulakan sesi pertama pada 1 Januari 2004. Pengetua pertama adalah Datin Azmah Abd Aziz. Beliau berkhidmat bermula Januari 2004 dan tamat perkidmatan pada Disember 2007 (bersara).

Sekolah ini terdiri daripada empat blok bangunan tiga tingkat. Sekolah ini mempunyai sesi berganda; sesi pagi bermula dari jam 7.20 pagi dan berakhir pada 1.05 petang. Sesi petang, yang bermula pada tahun 2006, bermula pukul 1.05 malam hingga 6.45 petang.

Pada tahun 2009, dua blok bangunan baru telah siap.

Majoriti pelajar berasal dari SK Bandar Tun Hussein Onn, SK Bandar Tun Hussein Onn 2, SK Alam Damai, SK Desa Baiduri, SK Cheras Jaya 1 dan SK Batu Sembilan.

Identiti Sekolah sunting

Visi sunting

Beriltizam melahirkan pelajar yang berdaya maju, berfikiran kreatif, berakhlak mulia dan berketrampilan dalam masyarakat berilmu.

Misi sunting

  • sentiasa menghayatai budaya cemerlang
  • memantapkan pengurusan akademik
  • berusaha membudayakan akhlak mulia
  • berusaha meningkatkan budaya akademik melalui pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti
  • berusaha mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni dan menarik
  • berusaha ke arah kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan inovatif

Matlamat/Objektif sunting

Melahirkan pelajar yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejathera yang sesuai dengan falsafah pendidikan negara.

Lagu Sekolah:- sunting

Sekolahku yang tercinta
Menjana ilmu dan wawasan
Ku usaha hingga berjaya
Mengejar cita mulia

Sekolahku yang tercinta
Kami semua berjanji
Memperkasakan sekolah
Jadi kebanggaan kita

Berilmu dan berwawasan
Akhlak mulia iltizam
Menjadi warga bestari
Penjana globalisasi

Bersama meningkatkan
Cemerlang sekolah kita
Bersatu bergangdingan
Menuju persada bangsa

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2
Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn
Selangor, Malaysia
Telefon = 390766753
Fax = 390763467

Rujukan sunting

Pautan luar sunting