Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integ)


Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integ) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Lorong Maarof 1, Bangsar Park, Bangsar, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integ)
Lokasi
Lorong Maarof 1, Bangsar Park, Bangsar,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"Ilmu Pengetahuan Tangga Kejayaan"
Ditubuhkan1974 (50tahun)
Nombor sekolah03-22847134
Kod sekolahWEB0256
Pengerusi PIBGEn. Faizal bin Sharei
PengetuaPn. Hjh Salina binti Shaari
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Noor Kartini binti Hashim
Penolong Kanan KokurikulumPn. Sharmila a/p Bangaroo
Faks03-22835724

Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integrasi) ini adalah salah satu sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan sekolah program sekolah amanah. Sekolah ini menyediakan subjek elektif Fizik, Kimia, Biologi, Rekacipta, Matematik Tambahan, Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Pendidikan Seni Visual, Tasawwur Islam, dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) seperti Kerja Paip Domestik (KPD) bagi murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Pada tahun 2024, sekolah membenarkan semula pelajar perempuan untuk mengambil Mata Pelajaran Vokasional.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integ) memiliki 533 pelajar lelaki dan 418 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 951 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru.2009

Sejarah Sekolah sunting

Ditubuhkan pada 1974 dan didaftar pada 15 Januari 1979 dengan Pengerusi pertamanya Tan Sri Ahmad Perang.

Pengasas Sekolah sunting

Pengetua pertama En. Ali bin Abu Bakar adalah pengasas sekolah ini. Beliau bertugas semenjak SMK Bangsar menumpang di SRK Lick Hung, Lembah Pantai sehingga SMK Bangsar berpindah ke bangunan yang sekarang. Beliau telah mengadakan beberapa perubahan dan kemajuan hingga Mei 1982 apabila tempat beliau diambil alih oleh En. Martin Spykerman.

Sejarah Penuh sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar ialah sebuah sekolah campuran yang terletak di kawasan segi tiga seluas lima hektar yang dikelilingi oleh kawasan Bangsar Park, Rumah Pangsa kos rendah Sri Pahang, Bukit Bandaraya, Kawasan Perumahan KTMB dan pinggir barat, Bukit Persekutuan.

Sekolah ini ditubuhkan pada Januari 1974 untuk memenuhi peningkatan penduduk kawasan Bangsar. Sekolah ini bermula dengan lima buah kelas dan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Lick Hung, Lembah Pantai.

Pada tahun 1975 dua buah kelas lagi ditambah dengan menumpang di SRK Brickfields. Pada tahun 1976, sekolah ini menumpang pula di SRK Methodist (P). Sekolah ini mula berpindah ke bangunan sekarang pada April 1977. Pada tahun 1978, sekolah telah mula mengadakan kelas khas bagi kanak-kanak cacat pendengaran untuk tingkatan satu yang mengandungi seramai 23 orang murid.

Idea penubuhan sekolah ini adalah untuk menempatkan murid-murid di kawasan ini, akibat daripada pertambahan penduduk kepada sebuah sekolah yang berhampiran tempat kediaman sekitar pembinaan Rumah Pangsa Sri Pahang, Bukit Bandaraya dan Kawasan Perumahan KTMB.

Oleh itu, tujuan utama penubuhan adalah untuk mengisi keperluan penduduk setempat yang memerlukan sekolah di kawasan ini.

Senarai Pengetua sunting

Nama Tempoh Pentadbiran
En. Ali bin Abu Bakar 1974-1982
En. Martin Spykerman 1982-1989
Pn. Fatimah Zaharah bt Ahmad 1989-1993
Pn. Halimah bt Dato' Ali 1993-1995
Pn. Maimunah bt Yahya 01.04.1995-01.12.1995
En. Rasiman bin Matsil 1995-1996
Pn. Lai Chik Peng 16.03.1997-16.06.1997
Pn. Goh Thuan Jig nee Ho Sau Lai 1997-1998
Tn. Hj. Ab Rahman bin Asit (bersara) 1998-2003
Pn. Hjh. Samsiah bt Ismail (bersara) 01.01.2004-15.11.2004
Pn. Hjh. Zainab bt Hashim 2005-2007
Pn. Hjh. Nazifah bt Abdul Latiff 2007-2012
Pn. Hjh. Esaah bt Ismail (bersara) 2012-2015
Pn. Hjh. Noraizan bt Mohamed (bersara) 2015-2018
Pn. Ramlah bt Muda (bersara) 2018-2023
Pn. Hjh. Salina binti Shaari 2023-kini

Ikrar Sekolah sunting

Kami,

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar

sesungguhnya berikrar dan berjanji,

akan memelihara nama baik sekolah ini,

dengan mematuhi segala peraturannya,

dan belajar bersungguh-sungguh,

demi kepentingan diri kami,

ibu bapa kami,

sekolah kami,

bangsa kami,

agama kami,

dan negara yang kami cintai ini.

Lagu Sekolah sunting

Maju Ayuhlah Maju

Maju ayuhlah maju,

Harumkan namamu selalu,

Disebut di mana jua,

Menjadi kemegahan kita,

Penggerak budaya ilmu,

Melahir insan cemerlang,

Berbakti penuh setia,

Pada nusa dan bangsa,

SMK Bangsar ternama,

Berjasa terus berjasa,

Mendidik dan mengasuh,

Putra putri tercinta,

Maju ayuhlah maju,

Harumkan namamu selalu,

Disebut di mana jua,

Menjadi kemegahan kita,
Ciptaan = Nazri Ahmad Jabar

Lirik= Abdul Halim Ahmad

Susunan= Md. Said Bidin


Misi & Visi Sekolah sunting

MISI : Pendidikan Cemerlang, Individu Terdidik, PPPM Terlaksana

VISI : Mencermelangkan Pendidikan Di SMKB Untuk Melahirkan Individu Yang Holistik Bagi Melonjakkan Nama Sekolah Ke Peringkat Antarabangsa

Rumah Sukan sunting

Para pelajar SMK Bangsar dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan sejak kemasukan ke sekolah pada tingkatan satu. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada hari Temasya Sukan Tahunan SMK Bangsar. Berikut merupakan 4 rumah sukan di SMK Bangsar :-

Rumah Sukan Warna
Jentayu Hijau
Garuda Biru
Helang Merah
Rajawali Kuning

Bekas Murid Yang Terkenal sunting

Black Hanifah (Penyanyi dan Pelakon)

Zahid Baharuddin (Penyanyi)

Maklumat Am sunting

1. Jenis Sekolah : Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan

2. Status Sekolah : Sekolah Gred A / Sekolah Integrasi / Sekolah Kewangan PTJ

3. No. Pigeon Hole : B 21

4. Bilangan Blok Bangunan : 5 buah

5. Keluasan Tanah : 5 hektar

6. Bilangan Tenaga Pengajar : 64 orang

7. Bilangan Staf Sokongan : 12 orang

8. Maklumat Asas Kelas :

  • Pendidikan Khas : 8 kelas
  • Tingkatan 1 : 5 Kelas (5 kelas Kemahiran Teknikal), (5 kelas Ekonomi Rumah Tangga)
  • Tingkatan 2  : 5 Kelas (5 kelas Kemahiran Teknikal), (5 kelas Ekonomi Rumah Tangga)
  • Tingkatan 3  : 5 Kelas (5 kelas Kemahiran Teknikal), (5 kelas Ekonomi Rumah Tangga)
  • Tingkatan 4 : 5 Kelas (1 kelas Sains Tulen), (1 kelas Teknikal), (2 kelas Sastera), (1 kelas MPV)
  • Tingkatan 5 : 5 Kelas (1 kelas Sains Tulen), (1 kelas Teknikal), (2 kelas Sastera), (1 kelas MPV)

  Jumlah Kelas – 33 kelas

Pautan luar sunting