Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor

Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor atau nama ringkasnya SMK Bidor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Teluk Intan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor
Lokasi
 Malaysia Jalan Teluk Intan, 35500, Bidor,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6054347127
Kod sekolahAEA0042
Faks6054340400


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor memiliki 463 pelajar lelaki dan 383 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 846 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor (SMK Bidor) ialah sebuah sekolah menengah harian di Bidor, negeri Perak.

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor dibina berdasarkan konsep “build and design” oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kerja-Kerja pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 2001 oleh Syarikat Izoma Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Pulau Pinang sebagai kontraktor utama. Manakala syarikat perundingnya pula (PMC) ialah Ambang Height Sdn. Bhd. Yang beribu pejabat di Kedah.

Lokasi sekolah ini adalah terletak di tepi jalan raya persekutuan yang menghubungkan pekan Bidor dengan Teluk Intan. Jarak dari pekan Bidor ke sekolah ini adalah kurang daripada 2 kilometer dan lokasinya juga adalah sebelum sampai Pejabat Hutan Bidor bagi arah perjalanan ke Teluk Intan.

Sekolah ini,dibina di atas tanah dalam anggaran keluasan 5 hektar. Sekolah ini juga berjiran dengan yang paling hampir iaitu SK BIDOR BARU. Sebenarnya, sebelum sekolah ini beroperasi sepenuhnya, pada 17 Mac 2003, dua orang Caretaker telah dilantik untuk menguruskan hal-hal pembukaan sekolah ini iaitu En. Khamdan bin Ishkandar dari SMJK Choong Hua, Bidor dan En. Khusaini bin Sahari dari SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor.

Kedua-dua orang guru ini dipertanggungjawabkan dalam semua urusan penerimaan bekalan dan pelbagai keperluan barangan daripada Jabatan Pendidikan. Mereka juga bertanggungjawab merangka, menggubal dan merancang program berkenaan dasar dan polisi sekolah dengan berpandukan peraturan-peraturan KPM.

Pada tahun 2005, SMK Bidor telah melangkah setapak lagi, di mana 2 kelas tingkatan 6 telah dibuka dan satu kelas khas bagi pelajar-pelajar istimewa telah dibuka. Jumlah pelajar telah meningkat menjadi 797 orang. Begitu juga bilangan guru sejumlah 49 orang. Pada tahun ini,(2009) terdapat 3 kelas pendidikan khas, jumlah pelajar : 842 orang. Bilangan guru sejumlah 74 orang, dan 12 orang kakitangan sokongan (maklumat sehingga 25 Disember 2009).

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor
Jalan Teluk Intan
35500, Bidor
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054347127
Fax = 6054340400

Rujukan sunting