Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor

Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor atau nama ringkasnya SMK Bingkor, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di pekan Bingkor, Keningau yang dahulunya dikenali sebagai Government Junior Secondary School (GJSS) Bingkor pada tahun-tahun awal pembentukannya sekitar tahun 60-an.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor
Bingkor National Secondary School
Alamat
Peti Surat 115, 89007 Keningau.
Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTaat Setia, Ilmu Pokok Hidup
Ditubuhkan1967
Nombor sekolah6087391191
Kod sekolahXEE1008[1]
PengetuaHajah Faridah Binti Kamarudin
SloganSMK Bingkor Ke Arah Transformasi
Faks6087392241


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor memiliki 617 Pelajar lelaki dan 635 Pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1252 orang. Ia mempunyai seramai 91 orang guru. Jumlah ini telah meningkat pada tahun 2018.

Jumlah guru dan pensyarah tingkatan enam semakin meningkat kepada jumlah lebih daripada 100 orang dan begitu juga dengan jumlah pelajar.

Latar belakang dan sejarah SMK Bingkor sunting

Era awal pembentukan sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor terletak di pekan Bingkor. Jaraknya dari Pekan Keningau kira-kira 10 hingga 12 Kilometer. Lokasi ini sangat strategik kerana terletak di tengah kampung-kampung sekitar pekan Bingkor. SMK Bingkor ditubuhkan pada tahun 1967. Idea penubuhannya adalah hasil daripada permintaan pemimpin dan masyarakat kawasan Bingkor. Sebelum itu,pelajar-pelajar sekolah di Bingkor akan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah St. Francis Xavier, Keningau. Oleh hal yang demikian ramai pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah disebabkan masalah-masalah yang tertentu. Antara masalah tersebut ialah ketiadaan pengangkutan ke sekolah dan tempat menginap di Pekan serta ketidakmampuan kewangan ibu bapa. Hanya orang yang berkemampuan sahaja yang dapat menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

Pada tahun 1967, Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan penubuhan sebuah sekolah menengah di pekan Bingkor. Sekolah ini dikenali sebagai 'Goverment Junior Secondary School (GJSS). Sebuah bangunan sekolah didirikan berdinding papan,beratap zink dan berlantaikan simen yang mengandungi 2 buah kelas dan sebuah pejabat guru. Kumpulan pertama yang memasuki sekolah ini adalah seramai 66 orang. Pada tahun-tahun berikutnya apabila bilangan pelajar meningkat,mereka menumpang belajar di Sekolah Rendah Kerajaan Bingkor yang terletak tidak jauh dari sekolah itu. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris.

Pelajar-pelajar dari SRK Bingkor aliran bahasa melayu akan memasuki sekolah ini di peringkat kelas peralihan atau dikenali sebagai 'Kelas Bridge One'. Kelas peralihan ini bertujuan memantapkan penguasaan pelajar-pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Sistem ini berkuatkuasa selama 8 tahun. Tidak hairanlah ramai pelajar yang berumur 17 tahun ke atas tetapi masih berada di kelas 'Form One'. Pada tahun 1974, sistem ini diubahsuai iaitu pelajar-pelajar yang lulus dalam peperiksaan 'Kelas Bridge one' akan terus memasuki 'Kelas Form One' tanpa memasuki 'Kelas Bridge Two'. Perubahan Dasar Pendidikan Negara juga telah mengubah sistem persekolahan di SMK Bingkor. Pada tahun 1975, semua sekolah menengah mula menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar termasuk di SMK Bingkor, Keningau.

Pengetua yang telah berbakti sunting

Seramai 13 orang pengetua telah bertugas di sekolah ini. Antaranya ialah En. Musa Hj. Abd Rahman (1967-1969), En. Joseph Tangit (1969-1971), En. Alfred A. Linggi (1971-1973), En. Ali Hassan Abd Lattif (1974-1977), En. Ag Besar Hj Abu Bakar (1978-1979), Mr. P.M John (1980-1981), En. Mohd. Ukang Lisong (1982-1984), En. Hamzah Sangkit (pemangku 1984-1985), En. Ribus Tingadon (Pemangku 1985-1987), En. Mas Duki Shahri (1987-1995), En. Mokhtar Sulong (1996-1999), En. Sahumin Hj. Daud (2000 -2011), En. Johari Jaibet Sabin (2012-2015), Puan Kinit Tagok (2015 - 2018), Puan Jamilah Talib (2018-2019) dan En. Alexius Tingadon (Disember 2019- sekarang).

Era perubahan sunting

Pada masa kini sekolah ini masih berkembang.jumlah pelajarnya sudah melebihi angka 1,301 orang. Makmal komputer untuk pelajar mempelajari kemahiran Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) telah beroperasi sejak tahun 2003. Pada tahun 2003 juga, kelas Tingkatan 6 telah dibuka di SMK Bingkor. Dua tahun kemudian tepatnya pada tahun 2005, satu lagi mata pelajaran kemahiran ditawarkan iaitu Kemahiran Kimpalan Arka dan Gas (KAG) kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 untuk mata pelajaran Vokasional SPM.

Pembinaan bangunan tambahan yang telah diluluskan pembinaannya sejak tahun 2003 lagi telah siap sepenuhnya dan dirasmikan pada tahun 2009 untuk pengajian pra universiti dan dikenali sebagai Pusat Tingkatan Enam (PTEM) .

Semoga SMK Bingkor akan terus berkembang dan menjadi Sekolah yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan melahirkan insan yang berupaya untuk membangunkan negeri Sabah dan negara Malaysia di masa hadapan.

Alamat SMK Bingkor sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor
Peti Surat 115
89007 Keningau
Sabah, Malaysia.
Telefon: 6087391191 Fax: 6087392241

Pencapaian Sekolah sunting

Pencapaian yang berulang kali dicapai oleh SMK Bingkor adalah termasuk dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum. Berdasarkan statistik sekolah ini juga seringkali menonjol dalam bidang Sukan (Kokurikulum) kerana hampir setiap tahun ada sahaja berita gembira yang diterima melalui penonjolan para pelajar dalam pertandingan di peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri mahupun kebangsaan.

Kurikulum sunting

Sekolah ini juga pernah menjadi sekolah yang menonjol dalam pencapaian peperiksaan STPM yang cemerlang pada tahun 2016 dengan pencapaian totalnya 100% dan berjaya mencapai CGPA tertinggi sekaligus menjadi sekolah terbaik STPM di daerah Keningau pada ketika itu. Pencapaian ini sekali lagi diperolehi untuk kedua kalinya pada tahun 2019, di mana semua pelajar STPM pada tahun itu berjaya mencapai keputusan 100% lulus dan beberapa orang pelajar telah mendapat CGPA 3.00 ke atas dan hal tersebut telah disahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Pencapaian SPM pada setiap tahun juga amat membanggakan kerana pasti ada sahaja pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A dan ke atas. Sebagai contoh, pada tahun 2019 yang lalu pelajar terbaik sekolah ini berjaya mencapai 7A 1C bagi peperiksaan pada tahun itu. Pencapaian SPM 9A juga pernah dicatatkan bebrapa tahun sebelumnya. Pencapaian yang dikecapi amatlah banyak dan diharapkan ianya berterusan dan semakin membaik dari tahun ke tahun.

Kokurikulum sunting

Antara pertandingan yang pernah di sertai ialah seperti Choral Speaking, Bola Tampar, Bola Sepak, Sofbol, Sukan SAGA Sabah, Debate/Debat dan juga Bicara Berirama. Pelajar Reka Cipta sekolah ini juga pernah menyertai satu pertandingan yang melibatkan inovasi dan ciptaan yang datang daripada kekreatifan dan idea bernas pelajar.

Selain itu, terdapat banyak lagi pertandingan yang pernah disertai dan juga dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor.

Sekolah ini juga pernah menjuarai PMWL iaitu liga sedunia PUBG Mobile dengan pertarungan akhir yang sengit menentang Yoodo Gank

Pautan luar dan rujukan sunting