Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di , Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya
Lokasi
Lorong Maarof,, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu,Berakhlak,Beramal
Nombor sekolah603-2095 3645
Kod sekolahWEA0213
PengetuaEn. Selva Kumar a/l Arumugam
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPn Shamsiah Binti Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridDatin Aslindawati Binti Asmone
SingkatanSMKBB


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan salah satu sekolah anak angkat Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan sekolah kawalan. SMK Bukit Bandaraya terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Sekolah ini mengambil pelajar-pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah. Sekolah ini menyediakan aliran Sains Tulen dan Sains Sosial bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Juga menyediakan subjek Rekacipta, Pendidikan Seni, Tasawwur Al-Quran, English and Science for Technology (EST), Catering, Elektrik dan Elektronik.

Sekolah ini menjadi begitu terkenal sehinggakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil pernah beberapa kali memberikan sumbangan dan merasmikan pertandingan Street Soccer.

Piagam SMKBBSunting

Kami warga SMK Bukit Bandaraya:

Berakhlak mulia, cerdas dan berketerampilan. Suasana pendidikan sekolah yang kondusif, harmoni dan selamat. SMK Bukit Bandaraya sebagai wadah menjana ilmu untuk menghadapi dan melayan tetamu dengan mesra.

Matlamat SMKBBSunting

Meningkatkan prestasi akademik dalam semua mata pelajaran dan menyedarkan pelajar-pelajar tentang hubungkait pelajaran dengan kerjaya dan kehidupan masa hadapan mereka.

Meningkatkan akhlak pelajar-pelajar dengan amalan nilai-nilai murni supaya terbentuk generasi pelajar yang berdisiplin, berhemah tinggi dan bermaruah.

Mewujudkan suasana harmoni melalui pemupukan budaya kebersihan, tolong-menolong, penyayang dan budaya kerjaya yang cemerlang dalam kalangan pelajar dan guru.

AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya
Lorong Maarof, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur
Telefon = +603-2095 3645

Lagu sekolahSunting

Kami berikrar penuh setia,
Mencapai cita,
Patuh pada ajaran guru,
Bapa juga ibu,
Ingin jadi rakyat yang berguna,
Bina nusa bangsa.
Sukan juga seni budaya,
Mengikut tunas agama,
Nama yang harum dibina,
SM Bukit Bandaraya.
Kami berikrar penuh setia,
Mencapai cita,
Patuh pada ajaran guru,
Bapa juga ibu,
Ingin jadi rakyat yang berguna,
Bina nusa bangsa.

Rumah sukanSunting

  • Bendahara (kuning)
  • Laksamana (biru)
  • Syahbandar (merah)
  • Temenggung (hijau)