Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar atau nama ringkasnya SMK Bukit Besar, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar
Lokasi
 Malaysia Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu, Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096236594
Kod sekolahTEA3119[1]
Faks6096239762


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar memiliki 765 pelajar lelaki dan 739 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1504 orang. Ia mempunyai seramai 129 orang guru.2009

Sejarah sunting

Terletak di atas sebidang tanah seluas kira-kira 5 hektar (12 ekar) yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari Jalan Sultan Muhammad. Sekolah ini dikelilingi oleh pelbagai projek dalam kawasan pembangunan Bandar Baru Padang Hiliran. Bangunan sekolah yang terdiri daripada dua blok pengajaran dan pembelajaran serta sebuah kantin mula di bina pada tahun 1991 . Di antara prasarana yang disediakan termasuk pejabat pentadbiran, bilik pendidik, 16 bilik darjah, 5 makmal sains, 2 makmal ekonomi rumah tangga, pusat sumber (perpustakaan dan bilik bahan pandang dengar), bilik solat, klinik pergigian dan padang permainan. Sebuah gelanggang serba guna telah dibina pada tahun 1993.

Mula beroperasi pada 1 Mei 1992 di bawah pimpinan pengetua pertama iaitu Encik Mohamad Bin Abu Bakar. Kemasukan pelajar bermula pada hari Ahad, 3 Mei 1992 dengan menerima pelajar peneroka dari Sekolah Menengah Padang Midin, Sekolah Menengah Sultan Ahmad dan Sekolah Menengah Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Mereka ditawarkan ke sekolah ini berdasarkan lokasi tempat tinggal yang berdekatan. Pada minggu awal persekolahan, seramai 130 orang pelajar yang terdiri daripada 74 orang lelaki dan 56 orang perempuan telah melaporkan diri. Tenaga pengajar (pendidikan) yang dibekalkan pada tahun pertama ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada 5 orang guru siswazah dan 7 guru bukan siswazah.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar
Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096236594
Fax = 6096239762

Rujukan sunting

Pautan luar sunting