Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong
Lokasi
Persiaran Anjung Seri,Bukit Jelutong Timur,40150 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan
Jalan Serambi U8/21,U2,40150,, 40150, Shah Alam, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan (2014-01-02) 2 Januari 2014 (umur 10)
Autoriti pendidikanPetaling Perdana
Kod sekolahBEA8650[1]
Pengerusi PIBGEn Bahari bin Said
PengetuaEn Bahari bin Said
Kelas9
Kelas ditawarkanKelas Aliran Perdana,Kemanusiaan & Sastera Iktisas,STEM
Bahasa pengantarBahasa Malaysia,Bahasa Inggris,Bahasa Cina
Bilik kelas1.Anggerik

2.Bakawali 3.Cempaka 4.Dahlia 5.Jasmine 6.Kemboja 7.Lily 8.Mawar 9.Seroja(sementara)

10.Teratai
WarnaUnggu,Kuning
SloganKepimpinan,Keterampilan,Keunggulan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Azizah Binti Che Mamat
Penolong Kanan KokurikulumPn Noor Khairani Binti Othman
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPn. Rosliza bt Abdul Mutalib


Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong ialah sebuah sekolah yang terletak di kawasan perumahan elit Guthrie di Kampung Bukit Lagi. Jelutong ialah nama sejenis pokok yang banyak terdapat di kawasan perumahan ini sebelum dijadikan kawasan perumahan. Sekolah mula dibina pada tahun 2000 di atas tapak seluas 36,412 meter persegi dan siap pada 26 Februari 2002. Sekolah mula beroperasi pada 6 Januari 2003.

Guru yang diberi tanggungjawab untuk membuka sekolah sekali gus bertindak sebagai caretaker sekolah ialah Puan Zanariah bt Abu Bakar. Pada 13 Disember 2002 beliau bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Azwin bt Abdul Aziz dan empat orang guru yang lain telah memulakan urusan menyediakan sekolah untuk menerima pelajar bagi sesi persekolahan pada tahun 2003. Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn. Sa’adiah bt Hassan memulakan tugas di SMK Bukit Jelutong pada 1 April 2003.

Sekolah mula beroperasi dengan 18 orang guru dan 124 orang pelajar. Bermula dengan 124 orang pelajar dan 18 orang tenaga pengajar pada tahun 2003, kini SMK Bukit Jelutong  mempunyai  lebih daripada 1000 orang murid dengan 92 orang guru.

Pengetua pertama yang menerajui SMK Bukit Jelutong ialah Pn. Ashah bt Saman yang memulakan tugas beliau pada bulan Ogos 2003. Pengetua bersama-sama dengan semua warga SMK Bukit Jelutong telah berusaha untuk menjadikan visi dan misi sekolah suatu realiti dan memberi tumpuan kepada pencapaian akademik pelajar serta pembinaan sahsiah yang cemerlang malalui pelbagai program yang terancang.

Sebagai sekolah baru, penerapan budaya yang baru adalah lebih mudah dilaksanakan. Benchmark SMK Bukit Jelutong ialah sekolah-sekolah premier yang berjaya menghasilkan pelajar serba boleh  yang mempunyai nilai pasaran tinggi.

Di SMK Bukit Jelutong, pelajar dididik untuk menghargai alam semula jadi apabila Program Orientasi Pelajar Tingkatan Satu, Mereka dibawa ke FRIM untuk menjalankan aktiviti seperti meredah hutan, meniti jambatan gantung, mengenali alam flora dan fauna serta menyiapkan folio Geografi berdasarkan lawatan tersebut. Di sini juga pelajar-pelajar diperkenalkan dengan pokok Jelutong yang berusia 100 tahun. Di samping itu aktiviti luar seperti ke Pulau Carey untuk melihat sendiri pokok-pokok kelapa sawit merupakan penerapan ilmu yang berkesan . Pihak sekolah percaya hanya dengan aktiviti 'hands on', pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Walaupun bilangan pelajarnya sedikit, namun para pelajar diberi peluang untuk menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Yang menjadi kebanggaan sekolah ialah kejayaan pihak sekolah menjadi juara dalam Pertandingan Tae Kwan Do Peringkat Daerah Kangar pada tahun 2004. Pelbagai kejayaan pelajar dicatat sepanjang tahun 2004. Penerjun (diver) sekolah berjaya mendapat tempat ketiga Sukan SUKMA pada tahun 2004. Seorang ahli Tea Kwan Do sekolah pula mewakili negara ke Korea dalam Kejohan Tae Kwan Do Dunia (junior) pada bulan Jun 2004.

Kumpulan pelajar pertama menduduki peperiksaan PMR 2004 membanggakan warga sekolah apabila berjaya mencapai peratus kelulusan 97.7%. Kejayaan ini merupakan satu sejarah yang dapat dijadikan sumber inspirasi kepada pelajar dan guru untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan di bidang akademik.

Pengetua kedua yang menerajui sekolah adalah Datin Aisah bt Jaman yang mula melapor diri pada 3 Januari 2005. Dengan berbekalkan pengetahuan yang luas dan keupayaan memimpin yang tidak diragui akan mampu membuat penambahbaikan atas segala kekurangan sekolah ini serta dapat merealisasikan misi dan visi SMK Bukit Jelutong.

Pada 2015, seorang pelajar telah masuk ke sekolah tersebut dan 5 tahun dia di sekolah ini, dia menjadi pelajar yang hebat. Dengan ramai peminat kerana kesegakkan dia. Pelajar ini terlalu pandai,segak sehingga satu sekolah mengenalinya sebagai “Si Kental”.

Pengetua yang menerajui sekolah pada masa ini adalah Puan Aisah binti Sidan. Sekolah ini kini beroperasi dalam 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 2 manakala sesi petang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 5.Pada tahun Sekolah ini amat berbeza kerana pada tahun 2024/2025 pelajar-pelajar menengah atas rendah dan menengah atas tinggi akan mulakan waktu pembelajaran pada waktu petang untuk meningkatkan lagi prestasi diri dan dapat mendisiplinkan diri pelajar.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam,
Persiaran Anjung Seri,
Jalan Arca U8/80,
Bukit Jelutong Timur
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon = 03-74992050[2]
Kod Sekolah = BEA 8668
E-mail = bea8668@btpnsel.edu.my

Rujukan sunting

Pautan luar sunting