Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis atau nama ringkasnya SMK Clifford, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di sebelah sungai Lipis.
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford | |
---|---|
Lokasi | |
Kuala Lipis, 27200, Lipis, Pahang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ad Sapientiam (Towards Excellency) |
Nombor sekolah | +6 09 3101 242 |
Kod sekolah | CEE3037 |
Pengetua | Roziah Abdul Latiff |
Faks | +6 09 3101 241 |
Laman sesawang | http://www.klcliffordschool.com |
Sekolah ini berada di Kuala Lipis, Pahang di sebelah Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis. Sekolah dan setahun kemudian sebagai perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar tahun 4 terpilih.
Moto sekolah ini ialah "Ad Sapientiam"(Bahasa Latin)("Ke arah kearifan" dalam bahasa Malaysia).
DYMM Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Negeri Pahang) merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.
Antara nama Bekas Pelajar SMK Clifford Kuala Lipis yang terkenal
- Ghazali Shafie (Mantan Menteri Pertahanan Malaysia dan Mantan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)
- Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) (Wartawan, Penulis dan Aktivis Politik)
- Siti Nurhaliza Binti Tarudin (Penyanyi)
Sejarah
sunting-
Pintu Pagar SMK Clifford
Pada Tahun 1913 SMK Clifford ditubuhkan dan merupakan sekolah Inggeris kerajaan yang tertua di negeri Pahang. Pada permulaan sekolah ini dinamakan Sekolah Inggeris Kerajaan (Government English School) dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa Penghantar (English Medium) dan dibuka kepada semua kaum. Pada masa itu, ia hanya berupa sebuah rumah kayu beratap nipah di Jalan Besar Bandar Kuala Lipis. V.N. Bartlett yang berasal dari Ceylon(Sri Lanka) merupakan pengasas dan pengetua pertama sekolah ini.
Menjelang Tahun 1914, sebuah bangunan baru yang boleh menampung lebih kurang 100 pelajar telah dibina di Jalan Batu Kurap (kini Desa Jeram Batu).
Pada tahun 1919, sebuah bangunan telah dibina ditengah padang sekolah pada masa ini, namun telah musnah dilanda banjir besar tahun 1926.
Pada tahun 1926 sebuah asrama telah dibina dan di bahagian bawahnya dijadikan bilik-bilik darjah.
Dalam tahun 1928, sebuah bangunan batu dua tingkat telah dibina dan Sir Hugh Clifford yang merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Bersekutu telah merasmikan bangunan ini dan seterusnya menamakannya Sekolah Clifford (Clifford School).
Dalam tahun 1939, orang Inggeris yang pertama menjadi guru besar ialah D.B.J.Ambler.
Januari 1942 - September 1945, Semasa peperintahan Jepun, bangunan ini telah dijadikan Markas Polis Askar Jepun (Kempetai). Ia juga dijadikan ”pusat transit” bagi pelajar-pelajar yang akan memasuki Sekolah Pelayaran Syonan (Syonan Nautical School). Rodo Jimu Kyoku Tyo (Pegawai Tentera Jepun) dalam memonya kepada Pegawai Daerah Kuantan menghendaki pegawai itu mendapatkan sepuluh orang belia untuk mengikuti Malacca Nautical School yang baru dibuka. (rujuk http://psmkawasanlipis.blogspot.com/2013/08/clifford-school-markas-polis-tentera.html)
Pada tahun 1945 sebaik sahaja selepas hari kemenangan pihak Bersekutu dalam perang dunia kedua iaitu pada 15 September 1945, pihak berkuasa British Military Administration telah dengan segera membuka Sekolah Clifford, Tuan V.Rasiah telah menjadi pemangku guru besar.
Pada tahun 1946, C.M. Coats berbangsa Australia telah mengambil alih pentadbiran sekolah.
Pada tahun 1959, sekolah rendah(SK Clifford) dan menengah telah diasingkan apabila sekolah rendah mempunyai tapak dan bangunannya sendiri. Oleh itu semua bangunan yang ada pada ketika itu telah diserahkan kepada Sekolah Menengah Clifford.
Pada 1959 kelas aliran melayu di bawah tadbiran sekolah Inggeris, dinamakan Darjah Menengah Melayu (DMK) – Malay Secondary Classes dimulakan di sekolah ini (rujuk https://alberangque.wordpress.com/2012/08/29/majlis-graduasi-smkpt-2008/)
Encik Seow Bin Hak (Guru besar 1965-1967) telah berusaha untuk mendirikan dua buah pavilion bagi para tetamu untuk melihat program dan aktiviti yang dijalankan di padang. Satu perubahan besar telah dilakukan oleh Tuan Ketua Pelajaran Pahang, Dato’ Idris Babjee mengenai status sekolah. Sekolah Menengah Clifford telah diarahkan untuk menawarkan pelajaran tingkatan 1, 2 dan 3 dalam bahasa Inggeris dan tingkatan 4 dan 5 sahaja dalam aliran Melayu.
Pada awal tahun 1971, Sekolah Menengah Clifford sekali lagi dilanda banjir besar dengan teruknya yang menyebabkan kerugian besar. Di atas bencana yang berlaku, Kementerian Pelajaran telah meluluskan bangunan baru. Diantaranya ialah bangunan mengandungi 4 bilik darjah, 2 makmal sains dan perpustakaan, kantin, bengkel dan dewan.
Pada tahun 1975, sekolah ini mendapat beberapa bangunan tambahan. Pada tahun 1986 sebuah bangunan asrama 4 tingkat telah dibina bagi menampung murid-murid dari kawasan luar bandar. Pada tahun 1991, satu blok bangunan mengandungi 16 bilik darjah dan satu blok makmal yang mengandungi makmal sains telah dibina.
Pada tahun 1996, sekolah ini telah diisytiharkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah sebuah sekolah "premier" di Malaysia.
Pada tahun 1997, sejarah berulang kembali dengan penubuhan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang melibatkan murid sekolah rendah bermula dari tahun 4 sehingga tahun 6. Idea ini adalah saranan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu adalah Menteri Pendidikan Malaysia.
Kini Sekolah Menengah Clifford merupakan sebuah sekolah yang menawarkan 4 peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM. Sekolah ini adalah sebuah sekolah model khas dan sekolah premier bagi negeri Pahang dan daerah Lipis dan terkini Sekolah Kluster kecemerlangan.
Beberapa keistimewaan yang telah memberi identiti / watak / imej sekolah ini antaranya:
- SMKC adalah merupakan sekolah premier yang telah diasaskan oleh pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada tahun 1913.
- Kini 2 blok bangunan tertua di sekolah ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara.
- Kewujudan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang merupakan penubuhan program yang pertama dalam intipati Sekolah Model Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
- SMK Clifford telah diangkat menjadi Sekolah Model Khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1996. Ia meliputi pengambilan pelajar daripada Tahun 4 hingga Tingkatan 6 Atas(Pra Universiti).
- SMK Clifford merupakan sebuah sekolah yang menawarkan 4 peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM.
- Mulai tahun 2006 SMK Clifford telah terpilih sebagai sebuah Bestari dalam Projek Perluasan Sekolah Bestari Fasa I Negeri Pahang.
- Pada tahun 2009, SMK Clifford telah mendapat gelaran "Sekolah Kluster Kecemerlangan" yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lencana Sekolah
sunting-
Lencana Sekolah
Beginilah rupanya lencana rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford yang dilekatkan pada baju atau kain tudung setiap pelajar yang menjadi warga Clifford. Terdapat beberapa makna yanag tersirat disebalik lencana ini.
Lambang | Maksud |
---|---|
Gajah | Kekuatan |
Pelita yang menyala | Sinar Pembelajaran |
7 batang tunggak | Kebijaksanaan |
AD SAPIENTIAM | Ke arah Kearifan |
Warna Kuning | Taat Kepada Raja |
Warna Biru | Penyayang |
Warna putih dan hitam | Warna bendera Pahang |
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
- Km 1 Jalan Lipis-Raub,
- 27200, Kuala Lipis,
- Pahang Darul Makmur,
- Malaysia
- Telefon = +6 09 3101 242
- Faksimili = +6 09 3101 241
Lagu Sekolah
suntingWhat'er our hearts are turning
What'er hopes, what'er yearning
May we never cease discerning
What is right to do
To our sultan and our leaders
To our friends and those who need us
To our school our seat of learning
Ever loyal and true
Both to those who taught us
And the faith they brought us
To ensure that we endure
With justice and with reason to support us
So that helping one another
With the steadfast hands of brother
May we in the years to come
Bring pride to Clifford School
Pautan luar
sunting- Laman Web SMK Clifford Kuala Lipis
- Laman VLE Frog SMK Clifford Kuala Lipis (intranet)
- Pyrokumprinx Advanced Media The only known personal site about living in Kuala Lipis. Features recent happenings and news.
- ONCE CLIFFORDIAN ALWAYS CLIFFORDIAN Laman Web untuk pelajar, bekas pelajar, guru-guru dan bekas guru SMK Clifford Kuala Lipis.
- Peta SMK Clifford Kuala Lipis
- Sejarah Clifford School sebagai Markas Jepun
- teks ucapan Cikgu Abdul Wahab bin Sidek (Guru Besar Pertama SMK Padang Tengku)sempena anugerah Tokoh Guru SMK PT semasa Majlis Graduasi SMK PT pada 31 Oktober 2008
Koordinat: 4°10′45″N 102°03′19″E / 4.179152°N 102.055231°E