Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane

Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Shahbandar, Off Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane

Lencana SMK Cochrane

Alamat Jalan Shahbandar, Off Jalan Cochrane, Kuala Lumpur,  Malaysia
Telefon 0392857387
Faksimili -
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Pengetahuan Suluh Kemajuan
Slogan All for One, One for All
Kod Sekolah WEB0211
Pengetua En Hamzaisham bin Hamzah
Penolong Kanan Akademik Puan Zuraidah binti Mat Pa
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Puan Normiza binti Ridzwan
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Laili Norani binti Mamat
Tahun dirasmikan 1957

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1957, bermula hanya dengan sebuah bangunan setingkat yang mempunyai lima bilik darjah. Di sebelahnya terdapat sebuah pondok beratap yang dijadikan sebagai kantin sekolah. Sekolah ini diasaskan oleh sekumpulan 83 orang pelajar bersama 4 orang guru. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Chew Ah Kong yang sebelum itu bertugas di Sekolah Menengah Victoria. Tapak asal SMK Cochrane ialah Jalan Cochrane yang kini menjadi pusat komersil Ikea dan Mytown. Pada 30 Ogos 2004, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Jalan Shahbandar off Jalan Cochrane, iaitu lebih kurang 300 meter letaknya bangunan sekolah yang baru ini daripada sekolah asal.

Setelah berpindah ke premis baharu, SMK Jalan Cochrane telah dikenali sebagai SMK Cochrane. Sekolah baharu ini merupakan sebuah bangunan yang berkonsepkan ‘city school’ yang pertama di negara ini. Bangunan baharu SMK Cochrane telah dirasmikan pada 4 Februari 2005 oleh Menteri Pelajaran, YB Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein.

Kehadiran 2016 mencipta sejarah kerana pada  tahun  ini SMK  Cochrane telah terpilih dalam Program  Sekolah Amanah.  Program  ini  berpaksikan  kepada  dua dimensi  iaitu   pengurusan  sekolah  mengikut  penanda  aras   tahap  global   serta  kemenjadian  murid yang lestari. SMK Cochrane mempunyai pasukan pancaragam yang merupakan kebitaraan sekolah. Semoga  segala kemudahan  yang disediakan di SMK Cochrane dan guru yang komited akan   menjadi  pemangkin    kepada   para pelajar   untuk mencapai  keputusan  yang  lebih  cemerlang   dan   melonjakkan  nama  SMK Cochrane seiring  dengan  sekolah-sekolah elit  lain seterusnya   dapat  menyediakan  modal  insan  berkualiti  tinggi  pada  masa   hadapan  secara berterusan.     

Pautan luar sunting