Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian (Cf)

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian (Cf)

Lencana SMK Confucian (Cf)

Alamat  Malaysia Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur
Telefon 0320783394
Faksimili 3320310452
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto “勤朴勇毅”
Slogan -
Kod Sekolah WEB0212
Pengetua Lee Bok Gui
Penolong Kanan Akademik Phua Siew Ching
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Ong Lay Hua
Penolong Kanan Kokurikulum Kee Bee Suan
Tahun dirasmikan 1963

Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian (Cf) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian (Cf) memiliki 702 pelajar lelaki dan 452 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1154 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009

Sekolah memulakan servis pada tahun 1963 dan mengunakan bangunan sekolah swasta (SM Confucian Swasta atau dikenali sebagai SM Confucian Private School) sejak itu.

SejarahSunting

Pada tahun 1906, seorang nazir bernama Low Si Ji bercadang mewujudkan sekolah untuk keperluan pendidikan orang Cina di Tanah Melayu. Encik Loke Yew mendermakan RM30,000 untuk menyewa 3 buah rumah baru di kampung Attap untuk dijadikan sekolah yang kemudian dinamakan Sekolah Menengah Confucian. Pada tahun 1942, Sekolah terpaksa ditutup akibat serangan Jepun. Bangunan sekolah diduduki oleh tentera Jepun dan segala kemudahan dimusnahkan. Selepas peperangan pada tahun 1945, Lembaga Pengelola Sekolah melantik Encik Lim Lian Geok sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Sekolah bersama empat orang AJK bertanggungjawab memulihkan sekolah.

Pada tahun 1962, Sekolah Menengah Confucian menerima cadangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memisahkan sekolah menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Namun Sekolah Menengah Confucian (SUWA) diteruskan dengan Moto dan Visi Sekolah Menengah Confucian. Pada tahun yang sama, kerajaan telah memberikan tanah berdekatan Jalan Sungai Besi untuk pembinaan sekolah rendah.

Pada tahun 1963, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian (SMJK Confucian atau SMK Confucian (CF)) dengan rasminya dipisahkan daripada Sekolah Menengah Confucian (SUWA, dulu dikenali sebagai SM Confucian).

Oleh kerana Sekolah Menengah Confucian (SUWA) ialah pemilik tanah dan harta Sekolah Menengah Confucian, Lembaga sekolah SUWA dengan murah hati meminjamkan bangunan lama kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian (SMK Confucian CF) walaupun sekolah SMK Confucian CF ialah hak milik atau sekolah kerajaan.

Untuk membalas kesyukuran, SMK Confucian juga memberi sokongan sepenuh-penuhnya kepada pemilik tanah SM Confucian (SUWA) dengan membantu mendapatkan dana untuk bangunan sekolah baru yang berada di atas tanah yang sama.

Apa Maksud CF atau sekolah conformingSunting

Sekolah conforming (CF) juga dikenali sebagai SMJK (Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan). Ia diklasifikasi sebagai sekolah bantuan kerajaan. Kerajaan memberikan gaji kakitangan sekolah, memberi sokongan dan sekolah adalah dalam pentadbiran kerajaan. Sekolah conforming juga ialah hak milik kerajaan. 

AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian (Cf)
Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur

Pautan luarSunting